Senda gurau membangkitkan gelak ketawa. Suami isteri digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius. Gurauan suami isteri memberikan ketenangan dan mencetuskan suasana harmoni dalam rumahtangga. Tidak salah bergurau sesuatu yang melucukan seperti ketika memasak, mengemas rumah atau ketika hendak melelapkan mata.
Bersenda gurau antara suami isteri sebenarnya elok jika dimulakan sejak dari awal usia perkahwinan. Namun jika tidak biasa, tiada salahnya anda cuba untuk bergurau mulai sekarang. Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari lama kelamaan akan menjadi biasa. Bergurau berkait rapat dengan menimbulkan perkara-perkara lucu yang boleh mendatangkan ketawa.
Baca nukilan Zureiny Zulkafly ini.
Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk.
Best giler masa tu. Macam mak sakat anak-anak hehe
IKLAN
Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.
Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.
Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, “Abang nak solatlah.” Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.
IKLAN
Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.
Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.
Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.
IKLAN
Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.
Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.
Kenangan-kenangan beginilah yang meninggalkan memori terakam kemas dalam kotak fikiran.
Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat zohor. Fenomena ini dapat dilihat berlaku di mana-mana sahaja, malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri. Sudah tentu ia situasi yang amat menyedihkan.
Masalah akan lebih banyak dihadapi oleh pengantin perempuan kerana perlu bermekap. Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 – 12 pagi hingga 4 – 5 petang. Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?
Kalau ada pun pengantin yang sempat solat zohor malangnya sudah di akhir-akhir waktu. Apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak bukan?
Berikut tip berguna untuk bakal pengantin baru.
Tip untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2, 3 kali
1) Pakai fullglove. Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.
2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.
3) Jangan kentut!
Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah
Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri. Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.
Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii. Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.
Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting.
Thank you husband, NorTaufiq Ishaq yang bagi idea full glove tu.
Tidak dinafikan sebagai pasangan yang baru berkahwin, soal kewangan menjadi tunggak utama dalam merencakan perjalanan hidup sebagai suami isteri.
Jangan disebabkan sudah berbelanja berlebihan di majlis perkahwinan atau pergi berbulan madu selepas itu menyebabkan pasangan menghadapi masalah kewangan di awal perkahwinan.
Perkongsian lelaki ini yang memberi nasihat kewangan kepada pengantin baru. Boleh dijadikan panduan kepada yang bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat atau merancang pada masa telah ditetapkan.
7 Nasihat Kewangan Untuk Pengantin Baru
====
Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.
Sebaik saja selesai majlis, ada yang tanpa berfikir panjang terus bercuti ke luar negara, tidak kurang terus swipe kad kredit untuk beli macam-macam keperluan berkeluarga. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.
Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk mengharungi bahtera perkahwinan. Jadi, apabila baru berkeluarga, kami cadangkan ikut tips ini;
1. Merangka Bajet Keluarga
Dulu makan seorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berumahtangga, kena mula ada bajet kewangan supaya tahu berapa kos barang keperluan setiap bulan.
Nanti apabila dah ada anak nanti mudah, sebab dah terbiasa buat bajet.
2. Merekod Perbelanjaan
Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Ada banyak apps yang bantu korang ‘track’ belanja misalnya:
– Spendee
– Wally
– Seedly
– Pocket Expense
3. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan
Bila dah kahwin, eloklah merancang semua kos keperluan dan perlu dibincang bersama-sama. Boleh ikut idea ini (susunan tidak mengikut keutamaan):
Belanja barang dapur
Belanja makan
Belanja utiliti (bil air & elektrik)
Hiburan
Ansuran rumah
Ansuran kereta
Perlindungan takaful
Tabung simpanan
Tabung pelaburan
Tabung pendidikan anak-anak
Tabung kecemasan
Tabungan bercuti
Tabung pencen
4. Menabung & Melabur
Menyimpan dalam bank itu baik tetapi tidak bijak. Simpan duit di bank hanya untuk tujuan kecemasan. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang sah dan selamat.
Antaranya ialah pelaburan saham Bursa Malaysia, unit trust, simpanan emas, ASB Financing dan sebagainya.
5. Perlindungan Takaful
Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak produk takaful yang bagus. Jangan ambil remeh hal ini. Ini langganan Astro mampu bayar bulan-bulan, takaful tak nak ambil.
Bila dah dalam hospital dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, jangan mula menyesal tak sudah.
6. Jauhkan Hutang
Amalkan doa ini, baca tiap kali lepas solat:
“Ya Allah, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku.”
Apabila memulakan kehidupan baru, memang banyak nak pakai duit. Nak beli katil, tilam, almari, sofa, dapur semua. Ingat, jangan sampai korang berhutang. Skim ansuran mudah dekat kedai tu memang mengiurkan, tetapi lebih baik kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.
7. Kad Kredit Cukup Satu
Jika anda dan pasangan masing-masing ada kad kredit, bila dah kahwin biar tinggal satu saja. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit. Senang nak uruskan dan jaga kewangan.
Kena ingat tindakan sekarang akan memberi kesan yang besar kepada cash flow 5-10 tahun akan datang.
Kepada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Kalau bergaduh, kena sabar, jangan dua-dua meletup. Tak perlu juga perang sampai update dekat Facebook dan Instagram. Tak selesai masalah. Bila seorang jadi api, seorang kena jadi air atau salji.
Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Dalam sebuah rumah tangga, tentunya suami menjadi pemimpin ke arah membentuk rumah tangga yang bahagia. Maka sebab itulah suami perlu menjalankan peranan mereka sebagai seorang ketua. Ibarat seorang nakhoda yang mengemudi sebuah kapal, maka sudah tentulah besar tanggungjawab yang harus dipikul.
Kepimpinan suami dalam rumah tangga membentuk imej seorang isteri.
Bila suami lemah lembut, insyaAllah, isteri pun akan lemah lembut. Sekeras mana wanita, kalau dilayan dengan kelembutan dan kesopanan, pasti akan merubahnya.
Ibaratnya seperti batu disiram air, lama-lama akan lekuk juga. Ibarat kerak nasi direndam air, lama-lama akan lembut juga.
Suami soleh perlulah bijak menangani makhluk beremosi bernama isteri. Bila wanita menjadi bakal ibu, dia bukan sahaja mengandungkan bayi tetapi juga menjadi bayi.
Bila wanita menjadi ibu, suami bukan hanya ada anak-anak, tetapi isteri juga bertukar sensitif seperti anak kecil.
SABAR DIDIK ISTERI
Matanglah dalam menyantuni emosi isteri. Memahaminya bukan mudah, tetapi tetaplah teguh mencintai dan sabar dalam mendidik.
Ikutlah seperti pesan Nabi SAW, didiklah wanita dan nasihatilah ia seperti tulang rusuk yang bengkok, terlalu keras akan mematahkannya. Maka, santunilah dan berlemah lembutlah, tetapi tetap tegas mentarbiyahnya dalam hal agama & akhirat.
Jangan sesekali memukul isteri dengan perbuatan mahupun dengan kata-kata kasar, menghina, memaki, mencarut.. ia akan menjadikan hatinya keras dan membuatkan dia mungkin takut, tetapi sudah hilang hormat. Bahkan.. jika kamu memukul wanita, kamu sebenarnya bukanlah lelaki. Rasulullah tak pernah memukul wanita. Malah memuliakannya.
MUDAHKAN ISTERI
Isteri yang rasa disayangi, dihormati, dipercayai oleh suaminya akan mudah dibentuk, akan menjadi lebih kuat, tabah dan reda.. akan menyenangkan hati si suami juga akhirnya.
Sesungguhnya, jadilah suami yang memudahkan isteri untuk menjadi solehah, kerana solehahnya isteri itu, hanya suami yang soleh boleh menilainya..