
Bayangkan jika sudah solat berpuluh tahun lamanya tapi rupanya ada tertib yang salah kita lakukan.
Sujud adalah tempat yang paling dekat seorang hamba dengan Allah SWT. Namun begitu masih ramai yang melakukan tanpa memenuhi syarat sah sujud. Berhati-hatilah kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun lamanya boleh jadi tidak sah akibat kejahilan kita sendiri.

Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah atau majlis ilmu.
Jangan kita hanya belajar melalui “ikut-ikut” atau “tengok-tengok” sedangkan orang yang kita “ikut” itu belum tentu betul caranya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki ..” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a. )
Cara sujud yang betul:
Ia mestilah dilakukan dengan tujuh anggota badan.
Dahi: Di dalam mazhab Syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud
Hujung jari kaki: Kedudukan hujung jari kaki cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud.
Minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib.
Bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.
Hidung: Di dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. Justeru itu, pastikan kita meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud.
Ini berdasarkan hadis yang menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.
Kedudukan muka: Di dalam hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (Abu Daud).
Tangan: Merenggangkan tangan semasa sujud. Di dalam hadis Bukhari Muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya atau rusuknya lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda.
Mengangkat siku: Ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku.
Merapatkan jari: Di dalam hadis al-Baihaqi bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya.
Sumber: Mohd Ibrahim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?





