Sambut tahun baru mungkin sudah menjadi acara tahunan bagi sesetengah daripada kita. Malah untuk sambutan tahun baru 2025 ada yang sudah membuat perancangan lokasi untuk meraikannya.
Namun dari segi agama adakah perkara ini dibenarkan. Tambahan pula bila melihat acara sambutan ini turut ada pergaulan bebas dan hiburan yang melalaikan.
Sambut tahun baru mengikut pendapat ulama
Ulama telah membahaskan secara lengkap mengenai hukum sambutan tahun baru ini. Terdapat dua pendapat mengenai sambutan ini, iaitu:
1. Haram Menyambutnya
Sambutan tahun baru kebiasaannya akan disekalikan dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh golongan bukan Islam.
Alasannya untuk berseronok dan meraikan seperti konsert nyanyian, pakaian yang mendedahkan aurat dan hidangan yang haram seperti arak.
Oleh itu, sebahagian ulama seperti Al-Imam Al-Sani’ani RA mengharamkan kerana sambutan tahun baru diibaratkan seperti meniru sambutan golongan bukan Islam.
Ads
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah tergolong darinya.”
Malah, dalam Islam, sambutan tahun baru yang sebenarnya ialah pada awal Muharram dan Baginda SAW dilihat berdoa pada waktu ini bagi meraikan tahun baru umat Islam.
Tiada dalil dan riwayat yang sahih berkenaan sambutan tahun baru selain daripada tahun baru Islam.
Sebahagian ulama lain seperti daripada Mazhab Syafi’e menghukumkan harus dalam sambutannya dan mengucapkan ‘selamat tahun baru’ sama ada kepada orang Islam mahupun bukan Islam.
Jika terdapat majlis sambutan tahun baru, dibenarkan juga menghadirinya selagi majlis tersebut tidak bercampur dengan perkara yang haram seperti hiburan yang melampau, hidangan yang haram dan pembaziran.
Mereka berpendapat demikian kerana penerimaan terhadap kalendar moden (Masihi) merupakan penggunaan yang digunakan pada masa kini secara meluas dalam kehidupan seharian.
Ads
Tidak seperti sejarah terdahulu yang mengaitkan kalendar Masihi ini dengan agama. Kini, masyarakat menggunakannya sebagai adat semata-mata dan tiada kena-mengena dengan agama lain.
Kesimpulan
Oleh itu selagi perkara dan sambutan itu tidak mendorong atau bercampur dengan perkara yang haram dan melanggar syara’, maka tiada masalah untuk menyambut dan mengucapkan tahun baru.
Tidak menjadi kesalahan untuk menghadiri undangan sambutan tahun baru, tetapi perlu diingat akan garis panduan yang telah ditetapkan Islam seperti tidak menyambut di rumah agama lain (gereja atau kuil), tiada unsur maksiat dan pembaziran.
Adalah lebih baik untuk menyambut tahun baru dengan muhasabah kembali diri dan apa yang telah berlaku sepanjang tahun sekali gus memperbaharui azam tahun baru dengan berusaha ke arah yang lebih baik.
Ramai sedar pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya banyak mengandungi unsur riba namun disebabkan beberapa faktor, kita hanya mampu “membiarkan” pinjaman ini tanpa berusaha menukar kepada Islamic loan.
Dalam al-Quran, surah Ali Imran ayat 3 (130) menyebut,
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir." (Qs. Ali Imran [3]: 130).
Namun di saat kita yang tidak berapa memahami klause disediakan pihak pemberi pinjaman, dengan menyangka kita sudah bebas dari riba dengan mengambil Islamic Loan, tanpa di duga sebenarnya kita akan terjerat ke arah riba jika gagal membuat bayaran tepat pada waktunya. Yang mana masih terdapat unsur riba pada perjanjian tersebut.
Bacalah perkongsian dibuat oleh peguam hartanah terkenal, Salkukhairi Abd Sukor mengenai masih wujudnya unsur riba pada Islamic loan jika gagal membayar tepat pada masanya.
Sekarang dah ramai orang yang beli rumah pilih pembiayaan Islam. Baguslah.
Mereka rasa selamat sebab dah bebas daripada unsur riba' dalam urusan pembelian rumah mereka.
Tapi mereka tak sedar. Sebenarnya mereka masih lagi terjebak dengan unsur riba' dalam urusan jual beli rumah mereka.
Buktinya, cuba tengok perjanjian jual beli rumah yang ditandatangan tu.
Masih ada tak klausa FAEDAH LEWAT BAYAR (LATE PAYMENT INTEREST)?. Bukankah late payment interest itu adalah riba'?
Kawan,
Banyak dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan tentang balasan bagi mereka yang mengamalkan riba'
Jadi kepada bakal penjual dan pembeli rumah tu, saya menyeru, marilah kita pastikan PERJANJIAN JUAL BELI yang kita bakal masuki nanti bebas daripada unsur riba', supaya wang hasil jualan rumah yang kita perolehi lebih berkat dan rumah yang kita beli pun nanti lebih berkat.
Kepada rakan-rakan peguam Muslim sekalian, nasihat saya, ubahlah PERJANJIAN JUAL BELI yang anda sediakan untuk anak guam anda. Jika tidak bimbang anda juga termasuk dalam golongan yang bersubahat melaksanakan riba'. Nauzubillah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Syarikat tawar khidmat tanam bangkai haiwan dikecam, mengaku urus kucing mati ikut cara Islam. Begini sekali nak mengaut keuntungan hingga sanggup menunggang agama.
Tidak dinafikan haiwan peliharaan menjadi kesayangan kita semua dan ada di antara kita yang menganggap binatang kesayangan seperti darah daging sendiri, macam anak atau adik beradik.
Tetapi tidaklah sampai mengenepikan hukum agama dalam soal ini. Ketahui penjelasan lanjut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hukum menanam bangkai haiwan.
Soalan:
Saya ingin mengajukan pertanyaan apakah hukum menanam bangkai haiwan? Adakah hukum pengurusannya sama seperti jenazah manusia atau bagaimana? Mohon penjelasan Datuk Mufti. Terima kasih.
Jawapan:
Pada dasarnya, tiada hukum khas dalam menguruskan bangkai haiwan sebagaimana hal ehwal mengurus jenazah manusia sama ada dalam urusan mandi, pengkafanan mahupun pengkebumian. Tidak terdapat sebarang nas di dalam al-Quran ataupun hadith Rasulullah S.A.W yang menyatakan dengan jelas mengenainya. Akan tetapi, perkara ini boleh dikaitkan dengan sebuah athar Rasulullah S.A.W, Ibn ‘Abbas berkata:
Maksudnya:
“Hamba milik Maimunah R.A pernah diberi sedekah seekor kambing, kemudian kambing tersebut mati. Ketika Rasulullah S.A.W. melintasi dan melihatnya, beliau bersabda: “Kenapa tidak engkau ambil kulitnya kemudian engkau samak sehingga dapat memanfa’atkannya?” Mereka berkata; ‘Ia telah menjadi bangkai.’ Beliau menjawab: “Sesungguhnya yang dilarang adalah memakannya.”
Riwayat al-Bukhari (1492), Muslim (363)
Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa Baginda S.A.W tidak pula mengarahkan agar ditanam terus bangkai binatang tersebut namun Baginda S.A.W menyuruh dan menyarankan para sahabat agar mengambil faedah atau manfaat dari bangkai binatang tersebut.
Lantas, pengajaran yang boleh diambil dari kisah dan juga athar ini adalah tidak disyariatkan bangkai haiwan tersebut ditanam, kerana jika ia disyariatkan, maka sudah semestinya Baginda S.A.W akan mengarahkan atau menyuruh para sahabat Baginda S.A.W menanam bangkai tersebut dengan segera, kerana sifat seorang Rasul ialah menyampaikan dan tidak akan berdiam diri jika ada kebatilan atau kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya.
Maksudnya: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.
(Surah al-Ma’idah: 67)
Tuntasnya, Islam tidak mensyariatkan kewajipan ke atas perbuatan menanam bangkai haiwan, bahkan ia hanyalah bersifat harus dan boleh dibiarkan begitu sahaja bangkai tersebut tanpa ditanam.
Namun begitu, kepentingan dalam perkara ini turut berbalik kepada manfaat ke atas manusia jua iaitu jika bangkai haiwan tersebut dibiarkan dan tidak ditanam, maka akan mendatangkan kemudharatan terhadap manusia dan juga makhluk-makhluk lain di sekelilingnya.
Seperti sedia maklum, bangkai haiwan yang tidak ditanam akan mereput dan menyebarkan kuman-kuman seperti bakteria ataupun virus yang boleh memberikan pelbagai jenis penyakit kepada manusia, selain ia juga mendatangkan bau dan pemandangan yang kurang menyenangkan, apatah lagi jika ia dibiarkan di kawasan orang ramai seperti di masjid, taman perumahan dan sebagainya.
Maka, perkara-perkara ini adalah kemudharatan yang mestilah diangkat dan dijauhkan dari diri manusia.
Sehubungan dengan itu, hukum menanam bangkai haiwan tersebut jatuh kepada hukum wajib. Maka, perlulah ditanam haiwan tersebut atau dikebumikannya dengan baik.
Perkara ini turut berkait dengan salah satu kaedah usul Fiqh iaitu سد الذرائع (menutup jalan yang membawa kepada kemudharatan atau kerosakan). [Lihat juga: al-Furuq; 2/32]. Maka, disyariatkan agar ditanam bangkai haiwan atas sebab menghilangkan kemudharatan ke atas manusia dan bukannya semata-mata kerana kematiannya.
Menurut Fatawa al-Lajnah al-Da’imah, apabila ditanya berkenaan haiwan yang telah menjadi bangkai, adakah perlu dikebumikan atau dibiarkan sahaja di atas muka bumi. Mereka menjawab:
“الأمر في ذلك واسع؛ لأنه لم يرد في الشرع نص يدل على مشروعية دفنها، ولا على النهي عن ذلك، والأولى دفنها لئلا يتأذى بها أحد”.
Maksudnya: Urusan berkenaan perkara tersebut (menanam bangkai haiwan) adalah luas, kerana tidak terdapat dalam nas sebarang dalil yang menunjukkan pensyariatan mengebumikannya (bangkai haiwan), dan juga tiada sebarang tegahan mahupun larangan terhadapnya, namun yang lebih utama ialah kebumikannya supaya ia tidak memberikan kemudharatan kepada sesiapa”.
Kesimpulannya, hukum menanam binatang adalah wajib sekiranya mengganggu umat manusia atau memberikan kemudharatan terhadap manusia, dan tidak wajib berbuat demikian jika ianya tidak memberikan kemudharatan.
Akan tetapi, yang lebih baik di sini adalah ditanam bangkai haiwan tersebut agar boleh mengangkat segala jenis kemudharatan darinya dan juga menyenangkan pandangan dan juga laluan orang lain yang melalui kawasan bangkai tersebut. Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya:
“Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.”
Riwayat al-Bukhari (9), Muslim (35)
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...