Mungkin inilah yang dinamakan dugaan. Namun sebenarnya dugaan inilah yang mematangkan ikatan perhubungan dalam sesebuah perkahwinan. Siapa yang tidak sedih apabila hari bahagia yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan sebagai pasangan raja sehari sebaliknya bertukar duka apabila rumah tempat berlindung musnah dalam kebakaran, hanya dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Segala persiapan majlis perkahwinan menjadi abu. Paling menyedihkan ialah apabila kebakaran itu berlaku kurang sejam selepas semua hantaran buat pengantin lelaki siap digubah. Pengantin perempuan, Hasmi Marina Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku kira-kira 12.30 pagi Khamis lalu di rumah keluarganya di Kota Bharu, dua hari sebelum majlis persandingan dilangsungkan.
Berikut perkongsian pengantin perempuan di laman Facebooknya.
Alhamdulillah.. Kami sambut hari bahagia dengan penuh kesederhanaan.. Pihak lelaki sanggup teruskan majlis dgn “KOSONG” hantaran ?????
7 dulang ngam baru siap gubah,7 dulang jgk yg hangus ?.. Kalau ikutkan hati nk batal je semua sbb dh xde mood,ngan mata bengak hari2 duk nangis.. Member2 kol,pm tnya pun dh nangis ????
Antara sebahagian barang hantaran yang hangus terbakar.
Tp Allah tlg hadirkan org2 yg sentiasa mendoakan kekuatan kami.. Member2 yg dri jauh sanggup dtg jgk ke kelantan sbb nk meraikan kami???? walaupun dh bgthu tiada majlis persandingan.. Time ni lg mencurah2 air mata kluar ????????
Shari sblum, mertua ssh payah kluar cari baju akad nikah,cari cincin batal air smbhyg,tudung,blh dikatakan 100% persiapan utk akad nikah mertua yg tlg ??????
Ads
Shari sblum saat org lain sibuk buat preparation,kami sibuk kemas rumah cari brg terpakai,angkut kerusi meja,peti,almari mesin basuh.. Blh katakan tiada rht utk pengantin.. Dgn bantuan keluarga Alhamdulillah diri ni jd kuat??????
Anggota Bomba bekerja keras memadamkan kebakaran.
Pukul 2pg still xlena nk tido duk fikir smpi laa hari akad nikah.. Pukul 730 pg bru pakai inai tu pun slps dipaksa ??????..
Selesai majlis akad nikah,kami sempat tumpang bergambar di masjid sbb ni laa pertama kali kami dpt kumpul beramai2 adik beradik seramai 8 org termasuk skali ipar2..
Alhamdulillah Allah nak satukan kami 1 family dengan kejadian sebegini ?????????????.. Allahuakhbar…
Namun satu keajaiban apabila baju nikah yang pada sangkaan Hasmi Marina terselamat daripada menjadi abu.
Ads
Assalamualaikum.. Gmbr yg diambil masa rumah terbakar tu sbnrnya tu la baju akad nikah sy.. Sy ingatkan turut skali terbakar sbb laci bhagian ats semua dh hancur..
Tp Allah turunkan keajaiban Allah selamatkan baju akad nikah sy..
Baju akad nikah ni ditemui sebelah ptg waktu senja hari jumaat slps sy maklumkan kpd suami yg baju akad nikah sy xdpt dselamatkan ?????
Ads
Suami & mertua sy berbesar hati sponser baju akad nikah serta barang batalkan air sembahyang..
Sy request dgn family untuk ambil gmbr sebagai kenangan sbb lps ni kami dh x tinggal sini.. Dlm keadaan kelam kabut kami tukar baju,hanya lebih kurang 5 minit msa diambil sbb keadaan hujan @ bahaya utk kami masuk ke bhgian dlm disebabkan byk yg dh roboh..
Slps tu kami tukar baju kotor utk membersihkan rumah,(maaf gmbr bju kotor xdpt tnjuk).. Gmbar hanya di ambil melalui fon dan hanya edit sikit2 melalui telefon oppo yg dh pecah ?
Make up sy dari Syiera Bridal Full walaupun tgh berpantang,sanggup dtg make up kan sndri utk lihat keadaan sy ????
Semua pakej pelamin dri dia.. Ptg tu sempat lg test baju pengantin & dia bgthu dh alter semua tp syg xsempat nk pakai ???
Moga pasangan Hasmi Marina Mohd Zahari dan Mohd Amer Shafiq Shahiri tabah melalui ujian ini. Didoakan agar mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke syurga.
Sumber kredit: FB: Asmieyz Zahariey
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kenangan terindah yang dikongsi bersama anak menantu dan cucu-cucu tersayang pastinya akan dikenang sampai bila-bila. Bagaikan pengantin baharu, pasangan Haji Sani dan Hajah Mala ‘disandingkan’ buat kali kedua sempena menyambut ulantahun perkahwinan mereka yang ke 50.
Foto-foto ‘majlis persandingan’ pasangan warga emas ini telah dimuatnaik oleh dimuat naik oleh jurufoto,Cpin Aidil
Lebih mengujakan, kaum keluarga juga sangat sporting memeriahkan sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan bahagia ini yang boleh dikatakan sangat sweet. Lagaknya macam pasangan mempelai yang baharu berkahwin sahaja. Usia perkahwinan pasangan ini yang sudah mencecah ke angka 50 tahun sama sekali tidak memudarkan kasih sayang antara keduanya malah semakin utuh.
Buktinya, lihat sahaja aksi romantis pasangan ini membuatkan mereka kelihatan seperti pengantin baharu. Dengan bertemakan majlis persandingan dengan dihadiri ramai tetamu, ini sekitar foto ulang tahun perkahwinan yang ke-50 pasangan merpati dua sejoli ini.
Berikut kapsyen juru gambar yang bertanggungjawab merakamkan momen indah pasangan merpati dua sejoli ini. Tulis Cpin Aidil
Sungguh teruja dan terharu kerana saya di beri peluang untuk mengambar majlis berikut ini… 50 tahun bukan sikit..cinta dan kasih di perjuangkan… Alhamdullilah.
BIAR GAMBAR BERBICARA
Moga kisah pasangan warga emas ini menjadi inpirasi buat pasangan suami isteri di luar sana terutama pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rumah tangga. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara seorang lelaki dan wanita yang telah bersetuju untuk hidup bersama. Apabila sudah lama hidup bersama maka sudah tentulah banyak ‘perubahan-perubahan’ yang akan berlaku. Di sinilah terletaknya toleransi antara pasangan suami isteri.
Perkongsian Mohd Fhais dilaman Facebooknya tentang perkahwinan ada benarnya. Itulah yang dinamakan realiti.
Orang kahwin mana yang tak ada masalah. Semua bermasalah. Tapi tak bermaksud dah berkahwin tak boleh enjoy. Malah lepas kahwinlah kena banyak enjoy, baru bahagia!
Pejam celik dah masuk 6 tahun usia rumahtangga saya dan isteri. Mula berdua sekarang dah berempat.
BANYAK YANG BERUBAH
Banyak sangat perubahan dah berlaku. Baik buruk perubahan itu semua di telan. Suka atau tak tetap kena telan. Inilah kehidupan berumahtangga.
Sekarang dah tak sama macam dulu:
1. Masa mula kahwin dulu tak boleh cakap sebarangan. Walaupun typo kat whatsapp, mudah curiga. Boleh buat merajuk 2-3 hari. Sensetif ya amat.
Sekarang dah lain. Trust tu lebih kuat. Pergi kerja jauh sampai ke negara orang pun dia tak curiga. Nak trust kuat, jangan sesekali buat onak, sekali buat sampai ke tua dia tak percaya.
2. Kalau dulu masing-masing jaga badan. Maintain pakai baju saiz m. Tapi sekarang asal nampak makanan, semua di bedal. Itu sebab saiz baju dah bertukar xl. Suami badan berisi tandanya bahagia. Betul ke??
Tapi badan je berisi tapi poket tak berisi pun tak boleh bahagia juga. Kena lah rajin usaha.
3. Dulu setiap masa nak meseg tanya buat apa tu. Kalau boleh setiap minit nak tahu status terkini. Kadang rasa annoying pun ada.
Tapi sekarang tak ada dah nak meseg-meseg. Call terus je. Itu pun kalau ada emergency baru nak call. Rasa rindu pula nak meseg sweet-sweet.?
4. Dulu cepat gelabah. Masalah kecil pun nak haru biru. Ingat lagi masa rania kecil, dia menangis je, dah jerit-jerit panggil isteri. Punyalah gelabah tak tahu nak buat apa masa tu.
JADIKAN KITA KUAT
Tapi sekarang dah kental. Nak mandi anak, cebuk berak, bagi anak makan semua dah teror. Siap boleh bagi isteri rehat lagi kat rumah. Bukan kena Queen Control ye tapi dah boleh Control Ego sendiri.
Itulah maksud perkahwinan, semua akan berubah. Berubah lebih baik, atau lebih buruk. Pilihan pada kita sendiri.
Perkahwinan sepatutnya menjadikan kita lebih kuat. Setiap dugaan dan masalah yang di tempuh sepanjang perkahwinan adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat.
Bak kata Prof. Muhaya,
“Kena ENJOY dengan masalah, sebab masalah itulah yang akan buat kita jadi lebih kuat!”
Perkahwinan adalah ujian. Ujian kejujuran, ketahanan dan kepimpinan. Lulus ujian ini jambatan menuju kebahagiaan menanti kita.
Sumber kredit: FB: Mohd Fhais
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Ustaz! Saya biasa bertegang urat dengan suami setiap kali tiba hari lebaran. Asyik dia sahaja nak menang. Hari raya pertama mesti disambut di rumah dia. Jika kami bergaduh dia akan memberikan kata putus yang pedih pada hati saya. Awak wajib taat suami, syurga awak letak pada saya dan saya mahu hari raya pertama di rumah ibu bapa saya. Soalnya Ustaz! Siapa yang wajib saya utamakan suami atau ibu bapa?
Pulang beraya adalah nikmat yang sangat manis bagi orang Malaysia. Ni’mat ini sudah lama Allah limpahkan kepada kita berikutan keadaan Malaysia yang aman dan stabil. Bagi umat Islam yang tinggal dalam negara bergolak pula, usahkan pulang beraya bertemu mata dengan keluarga, kampong halaman dan saudara mara sudah habis ditelan api perang yang tak kunjung padam.
Pernah saya berbual dengan teman yang berasal dari Kemboja, sebut sahaja soal keluarga, beliau terus menitiskan air mata. Apa tidaknya, keluarganya yang besar habis dibunuh rejim Pol Pot. 10 beradik cuma tinggal dua. Tidak kurang juga bekas murid saya yang berasal dari negeri kecil dalam negara bekas kesatuan Soviet. Usahkan balik beraya, kematian ibunya belasan tahun dulu pun hanya diterima dalam sebak dari jauh. Sungguh! Nikmat balik kampung menziarahi sanak saudara adalah ni’mat yang sangat hebat. Hargailah ia selagi Allah belum menariknya.
Kewajipan setiap isteri adalah mentaati semua iaitu suami dan ibu bapa. Taat kepada mereka bukanlah seperti memilih calon pilihanraya yang mewajibkan hanya satu perlu dipilih. Walaupun begitu, apabila bertembung antara keduanya banyak nass agama menyuruh isteri mentaati suami selagi ia tidak melanggar hukum agama.
Ertinya: Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya ada (bersama) kecuali setelah mendpaat izinnya (suami). Wanita itu juga tidak boleh membenarkan sesiapa masuk ke rumahnya kecuali setelah mendapat izin suaminya (Sahih al-Bukhari).
Ertinya: Apabila seorang wanita cukup solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya “Masuklah syurga dari mana-mana sahaja pintunya jika kamu mahu (Musnad Ahmad).
BUKAN AKAD ANTARA HAMBA & TUAN
Pada masa yang sama, pihak suami juga perlu sedar bahawa akad yang mengikat hubungan suami isteri “bukanlah akad antara hamba dan tuan, atau akad antara banduan dan warden penjara.” Ia adalah akad penyatuan 2 keluarga atas dasar kasih sayang dan cinta. Jika kasih sayang menjadi teras penyatuan 2 insan dari 2 keluarga berbeza, maka tolak ansur wajib menjadi rukun utama kehidupan berumahtangga. Inilah roh sebenar sebuah rumah tangga Islam.
Ia disinggung secara mudah oleh Allah dalam banyak ayat al-Quran, antaranya:
Ertinya: Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan (al-Baqarah [2:237]).
Ertinya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim (al-Syura [42:40]).
JANGAN JADIKAN PUNCA KERETAKAN RUMAH TANGGA
Pulang beraya memang sangat besar niKmat dan manisnya, namun begitu usahlah ia menjadi punca keretakan hubungan antara suami isteri. Jika ia menjadi manifestasi berbuat baik kepada ibu bapa di kampong halaman, 364 hari yang lain sentiasa terbuka luas untuk kita menabur bakti. Usah bermusim berbuat baik kepada ibu bapa. Jangan bermatian bergaduh mengenai hak giliran balik beraya tetapi cinta dan jasa kepada ibu bapanya hanya ditumpahkan pada hari raya YANG SEHARI ITU.
Aturlah pengurusan hidup dengan baik. Jaga hubungan keluarga. Jangan nanti hilang sebuah mahligai indah hanya kerana berebut sebuah pasu bunga penghias halaman. Jika tak mampu pulang bertemu ibu bapa atau menziarahi pusara mereka sekalipun, litar doa untuk ibu bapa yang masih hidup atau sudah pulang bertemu Allah tetap terbuka luas.
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, DAN BAGI KEDUA IBU BAPAKU, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Nuh [71:28]).
Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan BAGI KEDUA IBU BAPAKU serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” (Ibrahim [14:41]).
Rasulullah SAW turut mengajar cara bakti kepada ibu bapa. Sabda baginda:
Ertinya: Abu Usayd Malik bin Rabi’ah al-Sa’idiy menceritakan, pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah SAW seorang lelaki Bani Salamah bertanya baginda: Wahai Rasulullah adakah masih ada peluang untukku berbuat baik kepada kedua ibu bapaku selepas kematian mereka berdua? Baginda SAW menjawab: Ya! Dengan berdoa kepada mereka, memohon pengampunan untuk mereka, menyempurnakan segala janji mereka selepas kematian mereka, menghubung silaturahim yang tidak mungkin dihubung melainkan dengan kewujudan mereka (saudara mara yang agak jauh) dan memuliakan kawan mereka berdua (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).
JAGALAH HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
Niat pulang ke kampung halaman yang dipasak ikhlas demi bakti kepada kedua ibu bapa sendiri atau ibu bapa pasangan anda pasti akan diganjari Allah. Jagalah hubungan keluarga kerana ia adalah niKmat yang sangat besar. Bayangkan berapa ramai manusia tidak bernasib baik di luar sana yang sanggup membayar mungkin jutaan ringgit demi mendapat secebis nikmat bahagia berkeluarga yang anda miliki.
Bertolak ansurlah secara adil dan saksama dalam urusan balik raya kerana pasangan anda adalah nyawa dan badan anda sendiri. Melukakan hati dan jiwa pasangan anda sebenarnya turut melukakan diri sendiri. Berusahalah sedaya mampu untuk bersama mereka di dunia dalam keluarga bahagia dan juga di akhirat dalam syurga.
Ertinya: Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur[52:21]).
Sumber kredit: Abdullah Bukhari Abdul Rahim
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Amalan berkirim salam adalah kebiasaan, malah ia telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.Dan adalah wajib bagi kita menjawab kiriman salam ini sama ada...