Antara hidup dan mati. Saat ini seluruh dunia berdoa agar seorang kanak-kanak Rayan dapat diselamatkan selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter (lebih kurang tiga tingkat bangunan).

Kisah kanak-kanak malang berusia lima tahun di Maghribi ini mendapat liputan luas media termasuk antarabangsa selepas terjatuh ke dalam lubang perigi digali ayahnya dan sehingga kini sudah terperangkap memasuki hari ke tiga.

#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Kanak-kanak comel ini terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter sejak tiga hari lalu #saverayan
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Beginilah kedudukan perigi di mana Rayan terjatuh di mana bawahnya agak sempit dan tidak boleh dimasuki orang dewasa.
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Beginilah kedudukan Rayan yang mulai melemah selepas tiga hari terperangkap

Apa yang membuat ramai sebak, lubang tempat Rayan terjatuh amat sempit dan tidak boleh dimasuki orang dewasa.

Pihak anggota penyelamat dikatakan terpaksa menggali sebuah lubang lain dalam usaha menyelamatkannya yang dilihat agak kebingungan dan mulai melemah selepas tiga hari terperangkap.

IKLAN

“Usaha menyelamat kanak-kanak itu semakin hampir dan kami berdoa agar dia dapat diselamatkan secepat mungkin,” kata jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas.

#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Usaha menyelamat sedang giat dijalan dan kisah Rayan tular hingga diwujudkan #SaveRayan di Afrika Utara
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Usaha sedang giat dijalan di mana pihak berkuasa menggali lubang lain dalam usaha menyelamatkan Rayan
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Sebuah lubang lain digali bagi mengelak tanah runtuh berhampiran Rayan jatuh
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Lubang digali pihak berkuasa semakin menghampiri kedudukan Rayan. Doakan kanak-kanak ini dapat diselamatkan
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Pihak penyelamat bekerja tanpa henti siang dan malam demi menyelamatkan kanak-kanak ditimpa malang ini

Memetik Sinar Harian, operasi bantuan telah dipergiatkan bagi menyelamatkan Rayan yang berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter pada Rabu lalu.

IKLAN

Usaha menyelamat kanak-kanak malang itu mendapat simpati orang ramai di dalam talian dengan meletakkan tanda pagar #SaveRayan dan tular sehingga Afrika Utara termasuk negara jiran, Algeria.

Ketika ini, operasi menggerudi lubang berlaku di kampung berhampiran Bab Berred di wilayah utara luar bandar Chefchaouen telah mencapai kedalaman 27 meter dan selanjutnya 32 meter dalam tempoh beberapa jam, lapor agensi berita MAP.

IKLAN

Ayah Rayan berkata, ketika kejadian dia sedang memperbaiki telaga itu sebelum menyedari anaknya terjatuh ke dalamnya.

#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Seorang kanak-kanak, Zakaria berusia 12 tahun menawarkan diri memasuki lubang sempit itu dalam usaha menyelamatkan Rayan
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter
Zakaria, meninjau kedudukan perigi berkedalaman 32 meter dan menawarkan diri menyelamatkan kanak-kanak kecil itu

Dalam pada itu, di twitter @faiyas90 berkongsi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Zakaria menawarkan diri masuk ke lubang sempit berkenaan untuk menyelamatkan Rayan dan setakat ini ia belum dimuktamadkan lagi.

Mari kita sama-sama berdoa agar Rayan dapat diselamatkan dan dirinya kembali selamat ke pangkuan keluarga.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI