Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Kata orang tua-tua, darah manis bagi mereka yang sedang dalam tempoh pertunangan. Sebabnya pelbagai cabaran dan rintangan yang akan dilalui.
Namun ia bukan lesen yang membolehkan ke sana ke mari tanpa mahram kerana hubungan belum lagi halal. Di samping itu banyak juga cabaran-cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh pertunangan.
1) Menjaga Batas Pergaulan
Walaupun sudah bertunang, masih ada batasan antara kita dan pasangan. Masing-masing perlu faham tentang agama, adab dan akhlak dalam pergaulan. Tidak semestinya sudah bertunang maka segalanya boleh dilakukan.
Pasangan bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan, kecuali jika ada bersama mereka mahram. Tidak boleh berpegangan tangan dan tidak boleh menayangkan aurat kepada pasangan. Tidak sama sekali!
Dalam proses pertunangan, seharusnya kita dan pasangan perlu sehabis daya mengelakkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat hatta berbalas pesanan ringkas sekalipun. Setiap batasan agama perlu dijaga, agar kita dan pasangan tidak terjebak dengan fitnah atau berzina yang boleh membinasakan.
2- Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga Pasangan
Ads
Kadangkala kita dan pasangan terlupa dek kerana terlalu sibuk bekerja dan sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Ya! terlupa tentang keluarga pasangan.
Barangkali kita pernah dengar tentang ayat ini;
“Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini pasangannya malah mengahwini seluruh isi keluarganya.”
Nah, oleh sebab itu, ketika bertunang, seharusnya kita mengambil peluang untuk mengenali keluarga pasangan dengan lebih dekat dan cuba mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka sebelum mendirikan rumahtangga.
Ads
Sama ada menelefon bertanya khabar ibu bapanya ataupun pergi sendiri menziarahi mereka dengan membawa buah tangan. Sekurang-kurangnya nanti apabila sudah berkahwin, tidaklah berasa janggal atau kekok dengan keluarga mertua. Sumber kredit: jom_dakwah dan youtube.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Ads
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Rezeki milik Allah. Kala DIA memberi banyak, bersyukurlah dengan kurniaanNYa dan sentiasa keluarkan zakat agar rezeki sentiasa bertambah dan berkat. Namun kala diuji dengan kesusahan maka teruslah bersyukur kerana ada hikmah di sebalik ujian diberi.
Pagi ini kecoh di media sosial tentang penampilan terbaru Nonny Nadirah yang berpenampilan agak seksi. Dari seorang yang berpenampilan bertudung, ternyata perubahan dilakukan oleh artis ini agak mengejutkan. Hinggakan hal ini mendapat perhatian dari sahabatnya, Mila Jirin yang menulis sesuatu di ignya khas untuk sahabatanya itu.
Nonny Nadirah, ingat tak waktu kita di Makkah dan Madinah???
Nurkilan buat sahabatku NONNY NADIRAH
Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat denganmu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah. Mu pelukku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah.
Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci. Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu ke sini, terima kasih pada Allah. Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung. Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang palinghg seronok.
Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu. Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu
Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!
Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! Ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu
Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku. IG mu kena hack ni tapi non. LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih. Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!
Non ku tau mu pasti baca posting ku ini.
Non ingat REZEKI MILIK ALLAH. Usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, please kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.
Terakhir kali, ku mohon non dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia. Ramai yang sayang mu non. Allah sayang mu.
‘Pelanggan bayar harga yang sama, ambil makanan kuantiti berbeza.’ Ini hukum jual beli bufet Ramadan, adakah dibenarkan kita berjual beli makanan buffet sedangkan ada yang makannya sedikit dan ada pula diambil makanan sebanyak-banyaknya.
Setiap kali menjelang Ramadan, kelihatan restoran dan hotel-hotel mula mempromosi hidangan bufet Ramadan dengan pelbagai tawaran. Ada yang mahal dan ada yang berpatutan.
Selalunya aktiviti berbuka dengan hidangan bufet menjadi pilihan syarikat-syarikat atau orang persendirian dalam memeriahkan suasana di bulan Ramadan.
Namun di sini timbul kemusykilan yang diutarakan kepada Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan:
Soalan:
Sebagaimana diketahui, bila tiba bulan Ramadan, kedai makan atau hotel banyak menyediakan hidangan berbentuk bufet. Persoalan di sini, apakah hukum menjual beli hidangan bufet sebegini?
Adakah jual beli secara hidangan bufet tidak dibenarkan kerana pelanggan membayar harga yang sama tetapi mengambil hidangan tersebut dengan kadar yang berbeza-beza? Mohon penjelasan Datuk Mufti. Terima kasih.
Jual beli hidangan bufet termasuk di dalam kategori gharar yasir iaitu ketidakjelasan yang ringan dan sedikit, di mana perbezaan kuantiti makanan yang diambil tersebut masih boleh diterima secara adat.
Para ulama bersepakat dalam mengharuskan jual beli yang mempunyai unsur gharar yang sedikit dan sukar dielakkan. Justeru, hukum jual beli hidangan bufet adalah harus menurut syarak.
Jual beli hidangan bufet merupakan satu sistem penjualan menu di restoran atau kedai makan di mana pelanggan hanya membuat sekali bayaran untuk menikmati kesemua menu yang tersedia dalam tempoh waktu tertentu atau sebaliknya.
Pelanggan yang mengunjungi restoran berkonsepkan hidangan bufet dibenarkan mengambil dan memilih sendiri kesemua hidangan yang telah disediakan oleh pihak restoran.
Dalam membeli secara bufet begini sebahagian daripada pelanggan mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit dan sebahagian yang lain pula mengambil dengan kuantiti yang lebih banyak sedangkan bayaran yang ditetapkan adalah sama.
Adakah ia termasuk dalam kategori jual beli gharar (ketidakpastian) yang dilarang dalam Islam?
Firman Allah SWT: وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”
Surah al-Baqarah (275)
Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan ditegah syarak.
Pada dasarnya, segala bentuk jual beli adalah harus, namun ia boleh berubah menjadi makruh atau haram atas sebab wujudnya unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh syarak seperti al-gharar(ketidakpastian), al-maisir(perjudian) dan sebagainya pada transaksi yang dijalankan.
Oleh yang demikian, kita selaku individu Muslim wajib menjauhi transaksi yang mengandungi segala unsur yang tidak dibenarkan ini.
Abu Hurairah RA meriwayatkan sebuah hadis: نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang jual beli al-Gharar.”
Riwayat Muslim (3881)
Ibn Taimiyah mendefinisikan gharar sebagai sesuatu yang tidak diketahui akibatnya. Beliau menjelaskan bahawa gharar dalam jual beli berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerima haknya.
Di samping itu, gharar ditakrifkan di dalam kitab Qalyubi wa Umairah sebagai:
ما انطوت عنا عاقبته أو ما تردد بين أمرين أغلبهما أخوفهما
“Sesuatu yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti”.
Menurut Al-San’ani, gharar berlaku apabila:
Barang yang diniagakan tidak mampu diserahkan kepada pembeli,
menjual beli barang yang belum ada (ma’dum) dan tidak jelas sifatnya (majhul) atau; menjual barangan yang tidak dimiliki oleh penjual.
Ibn ‘Abidin, ulama mazhab al-Hanafi menyatakan bahawa syarat sah bagi jual beli ialah mengetahui jumlah barang dan harganya. Oleh itu, ketidakjelasan mengenai kadar dan harga barangan boleh membawa kepada gharar dalam jual beli.
Namun begitu, gharar boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
al-Gharar al-Yasir – ketidakjelasan yang kecil atau ringan
al-Gharar al-Fahish – ketidakjelasan yang besar
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa jual beli yang secara jelas mengandungi unsur gharar dan mampu untuk dielakkan adalah satu larangan yang besar.
Namun para ulama’ bersepakat dalam mengharuskan gharar ringan yang sukar untuk dielakkan. Sebagai contoh, melakukan akad sewaan dengan menyatakan tempoh sewaan selama satu bulan, dimana di dalam satu bulan terdapat 29 hari, 30 hari atau 31 hari.
Begitu juga memasuki tandas awam dengan bayaran yang sama walaupun terdapat perbezaan dalam penggunaan air dan tempoh para pengguna menggunakan tandas tersebut.
Berkenaan hal ini, realiti jual beli hidangan bufet yang mempunyai perbezaan dari segi kadar atau kuantiti makanan yang diambil tidak mengandungi unsur gharar yang besar.
Hal ini kerana penjual telah sedia maklum akan purata kadar untung rugi hidangan yang disediakan dan kadar perbezaan tersebut masih boleh diterima secara adat (uruf).
Adapun bagi mereka yang kadar pemakanannya melebihi adat kebiasaan, maka dia harus memaklumkannya kepada pemilik restoran untuk menghindari gharar fahisy yang menyebabkan kerugian kepada salah satu pihak.
Jual beli hidangan bufet termasuk dalam kategori gharar yasir iaitu ketidakjelasan yang ringan dan sedikit.
Para ulama’ bersepakat dalam mengharuskan jual beli yang mempunyai unsur gharar yang sedikit dan sukar dielakkan. Justeru, hukum jual beli hidangan bufet adalah harus menurut syarak.
Kashoorga: Ramadan ini lebih meriah dapat luangkan masa berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat, tak kiralah berbuka dengan bufet Ramadan atau di rumah saja.
Alhamdulillah, nampaknya seorang lagi selebriti wanita yang kini berhijab, iaitu pelakon Zara Zya.
Sebelum itu rupanya sudah lama pelakon drama Seadanya Aku dan Korban Kasih ini memendam hasrat untuk berhijrah dan akhirnya tekad bertudung sejak beberapa hari lalu.
Sejak muat naik gambarnya bertudung di laman Instagramnya, telah menarik perhatian pengikut dan ramai menyukai imej bertudung yang digayakan.
Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah.
Dia juga dikatakan mula menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, Rabu lalu.
Ketika dtanya Zara jujur mengakui masih masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Dan juga mengharapkan doa yang baik-baik dari semua pengikutnya.
“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini,” katanya.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung.
Menurut pelakon berbakat ini juga berkata hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat.
“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.
“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” tambahnya yang mengakui tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.
Membesarkan anak bukan sekadar memastikan mereka cukup makan, cukup pakaian dan berjaya dalam akademik. Hakikatnya, ia adalah amanah besar yang akan dipersoalkan di akhirat...