Tahi cicak adalah najis, tak sengaja pijak boleh batalkan air sembahyang ke? Tahi atau najis cicak memang merata-rata dan kadangkala memang tak selesa apa lagi apabila ia mengganggu ruang solat.
Namun begitu adakah tahi cicak yang diketahui najis membatalkan wuduk jika tanpa sengaja kita memijak. Ikuti penjelasan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan isu ini.
Soalan:
Baru-baru tular satu video dan di dalamnya disebutkan, terpijak tahi cicak membatalkan air sembahyang. Jadi, benarkah bahawa terpijak atau terkena tahi cicak membatalkan air sembahyang? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Secara umumnya, tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah. Hal ini kerana menurut mazhab al-Syafi‘i tahi, najis dan air kencing termasuk yang datang daripada haiwan adalah dikira sebagai najis.
Terdapat sebuah hadith daripada riwayat Ibn Mas‘ud R.A, beliau berkata:
Maksudnya:
“Aku telah membawa dua biji batu kepada Nabi SAW dan satu kotoran (tahi binatang yang kering). Baginda mengambil dua biji batu dan membuang kotoran tersebut, lalu bersabda: ‘Sesungguhnya ia ialah kotoran haiwan.’”
Riwayat al-Tirmizi (17); Ibn Majah (314); Ahmad (3685)
Adalah Najis
Sekalipun pada asalnya, mazhab Syafi‘i berpendapat tinja, bahan buangan dan kencing itu adalah najis, sama ada daripada sekalian haiwan sekalipun binatang yang dimakan dan tidak dimakan.
Ads
Namun ada beberapa keadaan, yakni berlakunya ‘Umum al-Balwa iaitu keadaan apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan, seperti tahi burung di dalam masjid, tinja ikan di dalam air dan tinja belalang, dan tinja haiwan yang tidak ada darah mengalir di dalam badannya termasuklah cicak mengikut pandangan sebahagian ulama, maka ia dianggap najis juga, tetapi dimaafkan kerana sukar untuk dielakkan. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 2/550; Nihayah al-Muhtaj, 1/80).
Tak Sengaja Pijak
Seterusnya, berkenaan perkara-perkara yang membatalkan wuduk pula, di dalam al-Fiqh al-Manhaji (1/62-63) disebutkan bahawa perkara yang membatalkan wuduk ada lima, iaitu:
Keluar sesuatu daripada salah satu saluran qubul dan dubur kencing, tahi, darah, kentut dan lain-lain.
Tidur yang tidak tetap. Maksud ‘tetap’ di sini ialah duduk dalam keadaan punggung bertaup rapat dengan lantai manakala maksud tidak tetap pula ialah terdapat rongga di antara punggung dan lantai.
Hilang akal disebabkan sama ada mabuk, pitam, sakit atau gila.
Seseorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain tanpa berlapik dan perbuatan itu membatalkan wuduk kedua-duanya. Maksud perempuan lain ialah perempuan yang halal berkahwin.
Ads
Menyentuh kemaluan manusia, sama ada diri sendiri atau orang lain, sama ada qubul atau dubur dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik.
Boleh Batalkan
Selain itu, dijelaskan juga bahawa segala sesuatu yang keluar dari saluran selain daripada saluran qubul dan dubur, jika ia bukan najis, maka tidak dianggap sebagai pembatal wuduk menurut kesepakatan para ulama. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113).
Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, jelaslah bahawa terkena atau terpijak tahi cicak mahupun najis-najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk atau air sembahyang.
Oleh itu, wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya. Walau bagaimanapun, jika dia ingin mendirikan solat, maka perlulah dipastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum mendirikan solat.
Hal ini kerana di antara syarat sah solat ialah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat.
Ads
Air Sembahyang Ke?
Oleh kerana tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah, maka cara membersihkannya adalah dengan menghilangkan ainnya terlebih dahulu, kemudian mencucinya dengan air sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Dalam situasi di dalam ruang solat (surau/masjid) sekiranya tahi cicak itu boleh untuk dielakkan, maka jika terpijak, hendaklah segera dibuang kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan solat.
Namun, sekiranya tahi cicak itu sukar untuk dielakkan kerana terlalu banyak, ia tidaklah merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan dan termasuk dalam ‘Umum al-Balwa.
Eja tak halang anak berlakon, tapi belajar dulu. ‘Sebagai ibu saya nak dia berjaya dunia, akhirat.’ Begitulah harapan seorang ibu. Apatah lagi dialah satu-satunya anak Eja.
Sudah tentu tinggi harapan seorang ibu pada anak tunggalnya. Dialah intan, dialah juga permata. Luah Eja yang kini lebih banyak memberi tumpuan kepada keluarga berbanding dunia lakonan.
Memetik laporan Kosmo, dirinya bukan merajuk, sebaliknya aktres ini berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.
Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.
Tapi Belajar Dulu
“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.
“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.
“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya.
Sebagai Ibu Saya Nak
Seperti mana ibu-ibu lain, Eja juga memilih untuk meletakkan soal pendidikan sebagai perkara utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.
“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).
“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.
“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.
Dia Berjaya Dunia, Akhirat
Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.
Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.
Mimpi itu adalah main tidur. Tetapi mimpi juga turut memberi petanda atau sebagai perantara dari seseorang yang sudah meninggal dunia.
Seperti kisah lelaki ini yang bermimpikan anak gadisnya yang meminta dia memindahkan kubur walaupun setelah dua tahun meninggal dunia.
Dalam perkongsian daripada laman sosial Facebook Ashraf Muslim yang berkongsi satu video di mana menceritakan kisah kubur seorang gadis kecil yang sudah meninggal dunia dua tahun lepas tetapi kuburnya telah digali semula.
Dalam video yang tular berkenaan memperlihatkan di mana jenazah gadis berkenaan masih berada dalam keadaan elok dan dirinya diumpamakan seperti sedang tidur.
Berdasarkan dalam video berkenaan, gadis ini dipercayai datang ke dalam mimpi ayahnya dan meminta agar jenazahnya diubah ke tempat lain.
Ini kerana dalam mimpi berkenaan dia telah berkata seperti ini:
“Kemarilah engkau.. pindahkan kuburku kerana tetanggaku ini tidak pernah solat sampai akhirnya dia meninggal dan dikuburkan di sebelahku dan aku terganggu olehnya kerana azab”
Dan sesungguhnya apabila jenazah gadis berkenaan diangkat, kelihatan kain kapan menyelimutinya masih berada dalam keadaan yang sangat elok.
Malah raut wajah gadis ini juga erada dalam keadaan yang sangat tenang.
Dalam kaspyen ditulis oleh Ashraf Muslim, video ini memang begitu terkesan buat dirinya. Malah dia turut berasa cemburu dengan jenazah adik kecil ini dan berdoa agar Allah menolongnya untuk menjaga solat 5 waktu serta kuatkan imannya.
Allahuakbar.. Video ini mmg terkesan buatku. Rasa cemburu dgn jenazah adik ini. “Ya Allah.. tolonglah aku utkku menjaga solat 5 waktu setiap hari dan kuatkan imanku ini, matikanlah aku dalam keadaan yg dimulai olehmu dan tempatkanku bersama mereka yang beriman sewaktu ku dialam barzakhmu..amin”
Sebaik muat naik video ini, warganet turut memberi respon dengan mendapat butang share 12K dan butang like pula lebih 15K.
Rata-rata meninggalkan komen yang cukup baik dan menganggap video ini sebagai satu peringatan buat mereka betapa besarnya kekuasaan Allah.
Cheetah MooiAl fatihah subhanallah Allahuakbar sungguh besarnya kuasa Allah swt Kn.
Sri Hamidahya allah sunguh cantik arwah anak itu yang menjaga solat limawaktu
Ross Nor Azimah AzizSubhanallah diberi rezeki ku melihat kebesaran Allah SWT
Al fatihan utk ank syurga ..Aamiin
Sarin NingsihMasha Allah.. Allahuakbar.. semoga kita termasuk dlm golongan yg menjaga solat dan matikanlah kami dlm keadaan husnul khotimah.. Aamiin.
Apizal ApizalAllahuakbar….cantiknya jenazahnya….semoga arwah di tempatkn org 2 beriman…aminn
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kita juga sangat digalakkan untuk berpuasa di bulan tertentu seperti Muharam. Jadi marilah kita untuk sama-sama merebut amalan di bulan Muharam ini terutama dengan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat di waktu malam.”(Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram)
Antara hari yang amat digalakkan berpuasa adalah hari Asyura atau hari ke-10 Muharam yang jatuh Selasa ini.
Kelebihannya adalah ganjaran iaitu menghapuskan dosa setahun yang lalu. Abu Qotadah Al-Ansory berkata, Nabi SAW ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah?
Baginda menjawab, “Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, “Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”(Riwayat Muslim)
Bagi orang mukmin, kita digalakkan menambah puasa sunat sehari sebelum puasa Asyura. Ia bertujuan membezakan dengan puasa orang Yahudi dan Kristian. Abdullah bin Abbas r.a berkata: Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya, para sahabat berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan.
Baginda SAW menjawab: “Pada tahun hadapan, insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharam. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah SAW wafat.” (Riwayat Muslim)
Semoga kita diberi kekuatan melaksanakan ibadat puasa sunat Muharam selain melipatgandakan amalan lain termasuk qiamullail.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya bangun berqiamullail dan memberi khabar gembira kepada sesiapa yang melakukannya iaitu mendapat kemuliaan daripada Allah.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.Kutipan ini juga...