Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Ads
Hari ini ramai bebas bercouple hingga lupa batas ikhtilat yang perlu dijaga. Namun ada yang masih malu dan tahu menjaga batas perhubungan.
Jika suatu ketika dahulu, lelaki yang memulakan salam perkenalan tapi hari ini ia semakin terbuka. Bahkan di zaman Rasulullah juga, Baginda Nabi pernah dipinang namun menolaknya dengan baik.
Ads
Dari satu perkongsian, @hakim_arrazali, dirinya berkongsi mendapat sepucuk surat misteri ditulis “Assalamualaikum Ya Akti, saya masih mencari bakal imam jika Akhi sudi dan disertakan nombor telefon serta wang RM50 turut diselit sekali,” katanya sambil bertanya adakah ada imam-iman tarawih yang mengalami hal sebegini. Surat itu diperolehnya selepas selesai solat tarawih dan diletakkan di dalam bakul motosikalnya.
Dilihat masih bujang, @hakim_arrazali turut memberi nasihat kepada anak muda di luar sana tentang agar menjaga perhubungan agar ia menjadi halal dan bukan haram sebagaimana dapat diihat dalam budaya cinta pada hari ini.
Ads
“Nasihat saya, andai kamu belum bersedia untuk menikahi, jangan kamu cuba-cuba untuk mendekati. Tak salah dia mencuba tapi janganlah kamu mengambil kesempatan atas harapan si dia,”katanya sambil menutup kata agar lelaki menjaga hati dan menjaga iman.
Mengarut! Kenapa pula lebih bahagia? Apa kaitan suami isteri bahagia dengan motor?
Aku tahu. Dalam kepala kau akan kata ini tidak logik.
Bukan nak kata yang naik kereta tak bahagia. Cuma mereka-mereka yang naik motor ini sebenarnya rasa lebih bahagia sedikit berbanding yang lain. Aku tak kata kau kena naik motor besar atau superbike. Asalkan motosikal, walaupun kapcai, itu sudah mencukupi.
Kalau kau antara pasangan suami isteri yang naik motor pergi kerja bersama-sama, aku harap kau dapat persetankan kata-kata orang lain yang menghina kau.
Kau tahu, kau bahagia bukan?
Jadi, buat apa mahu dengar sindiran orang lain yang mengatakan kau miskin. Yang memandang kau low class.
Abaikan.
Aku sekadar mahu kongsi, menurut artikel ini, pasangan yang naik motor bersama-sama, hubungan mereka akan last longer.
Apa maksud last longer?
Pada pendapat aku, maksudnya ialah perhubungan tersebut lebih tahan lama. Lebih kuat. Lebih kukuh. Dalam bahasa yang mudah, akan bersama selama-lamanya. Tidak akan bercerai.
Kandungan
Aku tahu kau masih tak percaya. Sebab itu kau terus baca artikel ini untuk mengetahui sama ada apa yang aku cakap ini betul atau tidak.
Mari aku rungkaikan satu persatu.
Bukan setakat rapat badan sahaja. Tapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya.
Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama.
Kau ingat lagi masa kau bercinta dengan dia masa muda-muda? Masa belum berkahwin. Dan masa mula-mula berkahwin.
Itulah perasaan teenage love.
Kau akan rasa terawang-awangan. Rasa high.
Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah lama, tidak lagi merasai kemanisan rasa cinta pasangan masing-masing.
Kalau kau naik motor, bukan sahaja dapat mengimbau masa lampau. Kau juga dapat menimbulkan rasa teenage love itu. Rasa romantik dia lain macam.
Tak percaya?
Cubalah.
Kalau dia jenis yang gilakan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk beli kereta.
Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu.
Tapi aku percaya, isteri yang masih lagi setia dengan suami walaupun hanya berbekalkan motor, dia isteri yang baik. Isteri yang sanggup terima seadanya.
Cuma yang buat aku marah, bila si suami itu sudah berjaya dan banyak harta, kau janganlah tinggalkan isteri kau yang sanggup bersusah payah dengan kau.
Yang sanggup terima kau yang masa itu tak ada apa-apa.
Pada pendapat aku, inilah antara kunci pasangan suami isteri bahagia.
Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang sudah punya kereta.
Dapat kesejukan hujan yang turun secara tiba-tiba, dengan berpakain baju hujan penuh, si isteri peluk suami dlam perjalanan menuju ke rumah.
Meremang bulu roma.
Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri.
Bukakan pintu kereta untuk isteri?
Oh, itu jarang-jarang berlaku selepas berkahwin. Sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin.
Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak?
Seronok, tapi bahaya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor, berbual-bual bersama isteri. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor.
Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor.
Aku sangat yakin, bila kau yang bawa kereta, nampak perlakuan suami isteri yang bergurau atas motor, kau akan senyum sendiri. Kau pula akan rasa mahukan momen tersebut.
Itu kalau kau nampak suami isteri.
Kalau kau nampak pasangan yang belum kahwin bergurau-gurau manja atas motor, kau tolong terajangkan motor dia untuk aku. Kasi tumbang dua-dua.
Suami isteri bahagia, hidupnya bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Pasangan ini hidup sederhana, atas apa yang ada.
Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali.
Bila kos hidup rendah, tak adalah rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup.
Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan?
Siapa kata tak penting? Kalau ada kemampuan, apa salahnya beli kereta. Jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak ke klinik jika sakit secara tiba-tiba. Jika isteri mahu bersalin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta.
‘Pakwe makwe’ yang acah-acah kongsi artikel ini untuk tunjukkan rasa bahagia, ini tidak kena pada tempatnya.
Halalkan dulu hubungan, baru dapat rasa apa itu kebahagiaan. Kalau mahu jadi pasangan suami isteri romantik sekalipun, kahwinlah dulu.
Suami isteri bahagia dan romantik, sanggup susah bersama
Aku tak suruh kau pergi beli motor semata-mata nak bahagia. Motor hanyalah salah satu daripada alat atau tools untuk bahagia. Yang kata suami isteri bahagia jika naik motor itu ialah aku. Kalau kau tak setuju, tak mengapa.
Walau apa pun, yang lebih penting ialah kau mesti memahami jiwa masing-masing. Hormat pandangan pasangan. Saling bertolak ansur dan bantu membantu.
Barakah dalam perhubungan suami isteri bukan dalam bentuk harta semata-mata. Ada perkara yang kau tak nampak. Contohnya, walaupun tidak berduit, anak-anak pandai belajar, dianugerahkan anak cepat membaca, mertua baik, kenderaan tidak pernah rosak dan macam-macam lagi.
Aku doakan kau yang baca artikel ini sampai habis, agar sentiasa berbahagia dengan pasangan masing-masing. Kau juga perlu sentiasa doa untuk pasangan masing-masing.
Semoga bermanfaat: Sumber : THEROHANI.COM
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Solat Subuh mempunyai banyak kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menunaikannya dengan sebaiknya. Disebabkan itu, di dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa solat Subuh merupakan salah satu solat yang berat untuk dilaksanakan buat orang munafiq.
Ini kerana, ia memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi kerana ketika itu manusia baru sahaja bangun daripada tidur mereka. Hal ini disebutkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)].
Dalam satu video perkongsian dari akaun Tik Tok @buayainsaf98, dapat dilihat sekumpulan anak dari sebuah pesantren didenda merangkak kerana tidak bangun solat Subuh. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah pesantren negara jiran tetapi tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Ada melihat “hukuman”ini bersifat mendidik kerana berdasarkan hadith sahih di atas, andai manusia tahu kelebihan solat Subuh berjemaah, maka mereka akan datang merangkak-rangkak.
Ada yang memaklumkan bahawa dengan tahap disiplin sebegini, ia akan memberi pengajaran berguna buat anak-anak untuk bersama-sama solat Subuh berjemaah tanpa meninggalkannya.
Begitu pentingnya solat Subuh ini terutama solat berjemaah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Nabi yang maksum setiap hari berdoa kepada Allah ketika hendak keluar melaksanakan solat Subuh seperti yang telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas.
Antara doanya, Ya Allah berikanlah cahaya pada hati, lisan, telinga dan mata hamba. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah hamba, dan sebelah kanan dan kiri hamba berikanlah cahaya. Ya Allah berikanlah kepada hamba cahaya.
Inilah pentingnya solat Subuh terutama berjemaah.
Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)].
Moga kita diberikan masa untuk dapat solat Subuh berjemaah setiap hari. Aamiin.
Anak cahayamata yang ditunggu-tunggu ibu ayah. Ada pasangan diuji dengan kehadiran cahayamata selepas bertahun-tahun menanti. Ada direzekikan dapat anak lebih awal. Namun satu perkongsian yang tular di media sosial kala ini wajar dijadikan pengajaran buat para suami untuk lebih menghargai isteri ketika mengandung.
Luahan seorang suami yang rindukan ingin mendengar suara isterinya yang kini sedang koma sejak bersalin 3 Syawal lalu membuatkan ramai sebak. Masa yang sama, dirinya mengakui silap kerana kurang beri perhatian semasa isteri mengandung hingga isteri stress dan koma ketika bersalin. Semoga para suami menghargai isteri.
Doakan isteriku Nurhanim firdaus…
YaAllah aku tak kuat.
Isteriku koma pecah pembuluh darah masa dia bersalin pada 3 Syawal. Mulanya dia sakit teruk masa pembukaan jalan. Dia meneran (push) macam biasa tapi tiba tiba diam, mata naik atas terus tak sedar diri.
Dia hanya berjaya keluarkan kepala anak, lepas tu tak sedar diri. Badan anak dan lain-lain doktor tarik keluarkan. Alhamdulillah anak perempuan kami selamat.
Huru hara dalam dewan bersalin. Aku di saat tu dah hilang arah, seolah aku bakal hilang nyawa. Ya-Allah.
Saat ni aku belum mampu lagi nak tengok anak sulung kami. Aku lebih takut kehilangan isteriku. Doktor kata antara puncanya dia penat dan terlalu stres.
Maafkan abang sayang. Selama sayang mengandung abang tak berapa layan sayang. Abang selalu buat sayang penat dan stres. Hari-hari sayang ngadu penat tapi abang buat buat tak dengar.
Banyak yang sayang nak makan abg tak tunaikan. Sayang bangun nanti abang janji akan jaga sayang, beri perhatian pada sayang. Abang tak keluar mancing lagi.
Abang tak nak lepak dengan kawan lagi. Tolong bangun sayang janji dengan abang, bangun sayang. Abang tak kuat. Mata abang bengkak menangis hari-hari rindu suara sayang. Rindu nak gaduh dengan sayang. kawan, doakan isteriku.
Sumber : KBSM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?