Anak cahayamata yang ditunggu-tunggu ibu ayah. Ada pasangan diuji dengan kehadiran cahayamata selepas bertahun-tahun menanti. Ada direzekikan dapat anak lebih awal. Namun satu perkongsian yang tular di media sosial kala ini wajar dijadikan pengajaran buat para suami untuk lebih menghargai isteri ketika mengandung.
Luahan seorang suami yang rindukan ingin mendengar suara isterinya yang kini sedang koma sejak bersalin 3 Syawal lalu membuatkan ramai sebak. Masa yang sama, dirinya mengakui silap kerana kurang beri perhatian semasa isteri mengandung hingga isteri stress dan koma ketika bersalin. Semoga para suami menghargai isteri.
Doakan isteriku Nurhanim firdaus…
YaAllah aku tak kuat.
Ads
Isteriku koma pecah pembuluh darah masa dia bersalin pada 3 Syawal. Mulanya dia sakit teruk masa pembukaan jalan. Dia meneran (push) macam biasa tapi tiba tiba diam, mata naik atas terus tak sedar diri.
Dia hanya berjaya keluarkan kepala anak, lepas tu tak sedar diri. Badan anak dan lain-lain doktor tarik keluarkan. Alhamdulillah anak perempuan kami selamat.
Huru hara dalam dewan bersalin. Aku di saat tu dah hilang arah, seolah aku bakal hilang nyawa. Ya-Allah.
Ads
Saat ni aku belum mampu lagi nak tengok anak sulung kami. Aku lebih takut kehilangan isteriku. Doktor kata antara puncanya dia penat dan terlalu stres.
Maafkan abang sayang. Selama sayang mengandung abang tak berapa layan sayang. Abang selalu buat sayang penat dan stres. Hari-hari sayang ngadu penat tapi abang buat buat tak dengar.
Banyak yang sayang nak makan abg tak tunaikan. Sayang bangun nanti abang janji akan jaga sayang, beri perhatian pada sayang. Abang tak keluar mancing lagi.
Abang tak nak lepak dengan kawan lagi. Tolong bangun sayang janji dengan abang, bangun sayang. Abang tak kuat. Mata abang bengkak menangis hari-hari rindu suara sayang. Rindu nak gaduh dengan sayang. kawan, doakan isteriku.
Sumber : KBSM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Wabak COVID-19 masih belum menunjukkan bakal reda. Di Selangor sendiri, 19 buah sekolah diumumkan tutup selepas menunjukkan ramai murid dijangkiti. Namun Kelantan terus menunjukkan rekod tinggi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) tertinggi di negara ini iaitu pada kadar 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.19. Ini memaksa tujuh jajahan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April ini.
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan rasmi semalam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengumumkan se seluruh masjid mukim, surau dan musolla di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan adalah dibenarkan.
“Pelaksanaan itu dibenarkan dengan 50 peratus kehadiran jemaah daripada kapasiti masjid selepas penjarakan fizikal di dalam saf sebanyak dua meter.
“Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus Al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, masjid yang dibenarkan adalah Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Masjid Sultan Muhammad II,Telipot, Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh dan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar.
Selain itu, Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa, Masjid Ismaili Jajahan Tumpat, Masjid Mahmoodi (Jajahan Bachok), Masjid Ibrahimi (Jajahan Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra (Jajahan Machang) dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, (Jajahan Kuala Krai).
Turut dibenarkan dibuka ialah Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra (Jajahan Gua Musang), Masjid Sultan Muhammad I (Jajahan Jeli), Masjid Sultan Muhammad III (Jajahan Pasir Mas), Masjid Ismail Petra (Jajahan Tanah Merah) dan Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai.
Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang gagal patuhi prosedur operasi standard ditetapkan. Sumber : BERNAMA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika dalam setiap solat fardhu kita membaca surah al-Ikhlas, ini bermakna kita telah membaca lima kali surah yang penuh keberkahan ini. Bayangkan kalau kita turut berzikir 33 kali surah ini setiap hari ditambah pula dengan membacanya dalam solat sunat.
Subhanallah kita boleh duduk menangis mengetahui khasiat-khasiat atau manfaat besar yang diberikan Allah kepada kita hanya dengan membaca surah pendek yang mengandungi 4 ayat ini.
Cuba darabkan sahaja jika dalam seminggu, sebulan dan setahun! Khabarkan kepada anak-anak kita agar hafal dan hayati ertinya lalu amalkan bacaannya setiap hari.
Untuk meringkaskan khasiat besar surah ini, kita baca senarai yang telah disusun cantik oleh Mohd Ibrahim untuk menaikkan semangat kita agar istikomah dalam membacanya setiap hari.
Bacalah Surah al-Ikhlaṣ1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
Apabila kita membaca Surah al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
a)Jika dibaca 3 surah ini; al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas pada waktu pagi dan petang, nescaya kita terhindar daripada mengalami apa-apa kesusahan.
b)Bacalah Surah al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Bacalah Surah al-Ikhlaṣ1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.” InsyaAllah berhasil.
a)Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara konsisten. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b)Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
Baca Surah al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
Bacalah Surah al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Bacalah Surah al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu, InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah : Sebagai bentenga atau pagar diri Sebagai suplemen, vitamin lahir dan batin (sihat jiwa raga jauh dari penyakit apapun) Anti sihir atau santau Mahabbah Murah rezeki Perubatan Membuka hijab Perlindungan dari zina Bersih dan sucikan hati kita
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan.
Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istikomah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Dengan membaca Surah al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada al- Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
Kashoorga: Daripada Anas r.a bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini (al-Ikhlas) lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”. IHR at-Tirmidzi)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai yang mengatakan jika bertemu jodoh antara anak sulung dan anak bongsu, mereka dianggap pasangan ideal.
Malah hubungan yang terjalin boleh jadi serasi bersama hingga ke jannah. Ini kerana melihat pada karektor dan sikap masing-masing yang dikatakan pasangan secocok.
Keperibadian yang berbeza, menjadikan mereka saling memenuhi diri mereka. Ini bukanlah hanya andaian, ada beberapa fakta yang memerlukan jika anak sulung dan bongsu adalah pasangan yang sepadan.
Tidak perlu diragui, perkara-perkara yang ada tanggungjawab, anak sulung adalah seorang yang paling boleh dipercayai. Dari zaman kanak-kanak, dia biasa menjadi seorang pemimpin yang bekerja dan bertanggungjawab untuk banyak perkara. Bermula dari menjaga adik-adiknya, melakukan kerja rumah, kepada perkara-perkara lain yang sering dibebankan kepadanya.
Sememangnya, naluri tersemayam dalam diri mereka sendiri. Tidak seperti anak bongsu, yang telah mendapat sedikit perhatian dari usia muda dan sentiasa mahu dimanjakan. Di sinilah keserasian kedua-duanya bertemu. Yang bongsu selalu ingin dimanjakan dan anak sulung gembira jika dia berjaya melindunginya.
Tanggungjawab yang dipikulnya dari zaman kanak-kanak, menjadikan anak sulung sebagai orang yang merdeka. Dia juga boleh melakukan banyak perkara tanpa bantuan orang lain. Dan sebaliknya dengan keupayaan yang anak bongsu untuk melakukan beberapa perkara.
Bukan tiada biasa, tetapi biasanya dia merasakan dia memerlukan orang lain untuk membantu. Kerana sejak kecil, dia mempunyai banyak adik-beradik yang selalu bersemangat untuk membantunya. Jadi ini terbawa-bawa sehingga ke dewasa. Jadi, anak sulung pasti akan gembira untuk membantu anak bongsu yang kadang-kadang tidak percaya kepada dirinya sendiri. Ya, anda tidak boleh yakin diri sendiri.
Sememangnya sikap yang mengganggu anak sulung itu sudah tentu degil. Walaupun kadang-kadang apa yang dia mahu sampaikan adalah sesuatu yang benar, tetapi cara dia berkomunikasi kadang-kadang membuat orang lain kecewa. Selalunya, tidak terkawal dan tidak dapat mengawal emosi, tiada apa yang akan berlaku. Kerana sekarang ada pasangan anak bongsu yang selalu berjaya menyejukkan. Dia mempunyai keupayaan untuk menenangkan emosi yang dirasai pasangan anak sulung.
Sekiranya anak sulung menjengkelkan dengan sikap degil, anak bongsu sering dimalukan kerana dia tidak mahu kalah. Biasa mendapatkan apa yang dia mahu dari zaman kanak-kanak dari ibu bapanya dan adik-beradiknya membuatnya berkembang menjadi seorang yang kadang-kadang terlalu bercita-cita untuk segala-galanya.
Berita baiknya, sikap ini perlahan-lahan akan berubah oleh kehadiran anak sulung yang terbiasa mengalah. Oleh itu, apabila ada konflik, dia tidak akan terus melawan siapa yang akan menang. Kerana anak sulung mesti mencari cara untuk tunduk agar tidak terus berdebat.
Dikenali sebagai orang yang sentiasa serius, anak sulung selalu dilabel sebagai orang dewasa yang tidak menyukai perkara-perkara remeh yang boleh mengundang ketawa. Hubungan mereka pasti tidak membosankan kerana sikap yang serius dari anak sulung. Oleh kerana anak bongsu selalu mempunyai cara untuk mencairkan atmosfera dengan segala kelakuannya. Terima kasih kepada anak bongsu, ada kebahagiaan baru yang akan ditemui oleh anak sulung. Walaupun ia hanya ketawa dari perkara-perkara remeh anak bongsu padanya.
Di sebalik semua keserasian, anak sulung dan anak bongsu masih manusia biasa. Mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berlainan. Untuk dapat terus menjadi pasangan yang ideal, mereka tentu perlu mencuba untuk menamakan semua sikap dan personaliti mereka. Kedua-duanya mempunyai kelemahan, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kedua-duanya belajar melengkapi satu sama lain sebagai pasangan.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.