Bayangkan bagaimana situasinya apabila satu air kotak disedut empat orang anak-anak tahfiz yang kehausan, sekadar untuk membasahkan tekak namun tidak mampu menghilangkan dahaga. Bagi kita yang mampu, apalah sangat nilai harga sekotak air kotak namun bagi anak-anak tahfiz yang serba kekurangan, setiap sen yang ada perlu dikongsi dengan rakan-rakan senasib.
Aku menangis hari ini
Dalam perjalanan pulang ke pejabat lepas Jumaat, aku singgah di Shell Kepong hala Manjalara untuk membeli air. Masuk sahaja aku nampak sekumpulan anak anak lengkap berjubah dalam keadaan kuyup. Dalam ramai ramai mereka, seorang minum air kotak dan di pas kepada 4 kawan lain untuk merasa.
“Dari mana ni?” tanya aku pada seorang yang kelihatan lebih tua antara semua”
“Dari Tahfiz Darus Syabab pakcik, balik solat hujan singgah teduh”
Ads
“Dah makan? Balik ke sekolah naik apa?”
“Belum lagi. Kami jalan kaki saja pakcik”
Allahu. Melihat mereka minum satu air kotak berkongsi 4 orang sesedut aku sebak.
Ads
“Ambillah apa apa nak makan dalam ni. Aiskrim, keropok, roti… ambil lah. Saya belanja.”
Seorang dari mereka meluru dan salam aku sambil cakap terima kasih, kemudian dengan anak anak yang lain. Wajah sugul bertukar gembira. Aku tahu mereka lapar dengan hujan, kuyup dan akan berjalan kaki pulang. Aku tak boleh tengok, minta kaunter kirakan apa yang mereka ambil dan tinggalkan kad debit. Aku menangis. Mereka anak anak tahfiz serba kekurangan.
Kita sering mendengar istilah “kamus berjalan”. Istilah ini biasanya ditujukan kepada orang yang daya hafalnya begitu kuat sehingga apa yang ditanya kepadanya mampu dijawab. Orang tersebut ibarat sebuah komputer yang mampu menyediakan data apa pun yang diminta.
The Walking Quran atau “Quran berjalan” mestilah lebih dari sekadar itu. Orang yang disebut sebagai “The walking Quran” boleh dijadikan tempat bertanya sekali gus sebagai tempat menimba ilmu. Mereka bukan sahaja menghafal al-Quran tapi mampu memahaminya dengan baik. Kehadirannya tidak hanya membantu tapi juga membawa manusia keluar dari jalan yang gelap menuju cahaya yang terang.
Firman Allah SWT;
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” (QS Taha 20:2)
Ayat ini menyatakan bahawa Al-Quran tak akan membuat manusia menjadi susah. Ini bermaksud semakin kita dekat dengan Al-Quran, semakin mudahlah hidup kita. Semoga kita mampu mengamalkannya.
Untuk menjadi individu yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, anda perlu tahu perkara-perkara yang berikut:
1.Tilawah Wa Tartil (Selalu membaca dengan betul)
Suka membaca Al-Quran akan menambah kebaikan, baik dalam keadaan miskin ataupun kaya serta menambah ilmu.
Membaca secara tartil akan melepaskan manusia dari belenggu kesesatan, menenangkan fikiran dan hati yang kalut serta merasakan kegembiraan dalam menghadapi situasi kehidupan.
Membaca secara berkelompok akan mendatangkan ketenangan dan rahmat serta syafaat di Hari Kiamat (HR Bukhari & Muslim)
2. Tadabur (Merenungkan kandungannya)
Bertadabur Al-Quran boleh membuka hati untuk menerima petunjuk Allah dan mendapat ilmu
3. Hifzh (Menghafal)
Dengan membaca Al-Quran, kita juga akan mengembangkan saraf otak.
Penghafaz Al-Quran tidak akan diseksa setelah meninggal, jasadnya diharamkan oleh Allah untuk dilukai bumi.
4. Ta’lim (Mengajarkan)
Manusia terbaik adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya (HR Bukhari)
Generasi yang dekat dengan Allah adalah yang tidak berhenti belajar dan mengajarkan Al-Quran.
5. Istimaa’ (Sentiasa mendengarkannya)
Mereka yang suka mendengar bacaan Al-Quran akan mendapat rahmat, kebaikan dan kemenangan serta diberi khabar berita.
Allah memberikan satu mulut dan dua telinga adalah untuk mendidik manusia supaya sedikit bercakap dan banyak mendengar.
Mendengarkan wahyu akan mendatangkan ketenteraman jiwa, kesucian hati, menghilangkan gangguan syaitan, menguatkan jiwa dan meneguhkan langkah kehidupan.
Sesungguhnya apabila hidup berpegang pada Al-Quran, ia akan menjadi pengubat hati, penawar rindu. Oleh itu langkah-langkah di atas tidak boleh dianggap remeh. Secara emosionalnya, Al-Quran memberikan belaian dan ubat hati yang menteteramkan.
Secara spiritualnya pula dengan membacanya, seolah-olah mendengar kembali Tuhan berfirman kepada dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama merebut peluang beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Penulis e-book Zureiny Zulkafli telah mengambil inisiatif mengumpul dana untuk majlis berbuka puasa. Marilah kita sama-sama membantu usaha murni penulis ini.
Saya terkesan dengan satu perkongsian seorang sahabat tentang 30 menu lazat sepanjang Ramadan ini.
Saya jangkakan senarai menu berbuka atau bersahur tetapi senarai menu yang berlainan. Ia tentang makanan jiwa dan rohani.
Salah satu menu tersebut menyebut ‘Berilah makan orang berbuka puasa walaupun sekadar sebiji tamar setiap hari.’
Malahan orang yang memberi makan ini diberi pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi walau sedikit pun.
Itulah sebabnya saya berhajat menaja majlis berbuka puasa anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ini. Cuma saya tidak mahu melakukannya sendirian. Saya mahu lebih ramai berkongsi dengan saya dan kita sama-sama sebarkan kebaikan itu.
Sertai program Beli & Infaq Ramadhan. Tuan/Puan yang membeli ebook ‘Setelah Hujan Teduh’ tulisan saya sendiri secara automatik akan terlibat dengan program ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen atau terus ke ‘Message’ di wall saya.
Saya akan uruskan dengan hati yang lapang. In shaa Allah.
Setiap kali awal tahun, masing-masing menanam azam sempena tahun baru. Antara azam yang popular ialah untuk menurunkan berat badan, menabung, cari pasangan hidup dan sebagainya. Namun ramai yang ‘terlupa’ untuk menanam azam agar lebih ‘rapat’ dengan Allah.
Melalui perkongsian Zuan Azmi melalui Facebooknnya, dia berkongsi azam yang juga peringatan sempena kedatangan 2019.
Peringatan 2019 buat diriku dan kawan-kawan:
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi SAW ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana inilah zikir khas buat menantu Nabi SAW sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana di antara waktu-waktu mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik-bisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun di antara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga Surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari iaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi: Bacalah Al Quran. Sesungguhnya al-Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba’diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Golongan wanita, bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita SAW yang utama.
9) Lazimi menjaga wuduk setiap masa kerana orang yang punyai wuduk akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yang sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali disukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi.
Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yangg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi.
Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dalam sehari Rasulullah SAW bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yang Rasulullah SAW lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda SAW sempat bersugi. Saya pernah terbaca dalam artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yang sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.
KESIMPULAN:
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang reda Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya reda Allah pada kita maka janji Allah.
“Wahai jiwa-jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau reda dan aku reda. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga.”
Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawaduk dalam berusaha untuk mengejarnya.
Sumber kredit: Via FB Zuan Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kisah Nabi Musa pada Hari Asyura mengajar erti tawakal, harapan dan kekuatan untuk bangkit daripada trauma serta putus asa menurut perspektif Islam dan psikologi.