Sebak Perkongsian Ebit Lew Ketika Berdakwah, Pujuk Gelandangan Sakit Ke Hospital

Share

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Menjadikan sosial media seperti Instagram dan Facebook miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah.’

Antara yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew ialah usahanya mendekati golongan gelandangan. Tidak menggunakan cara langsung atau ‘straight forward,’ Ustaz Ebit Lew lebih memilih untuk menerapkan pendekatan cara ‘halus’ bagi menarik golongan ini dalam usaha mendekati golongan ini secara ‘berhemah’ dalam usaha menyampaikan dakwahnya.

Berikut perkongsian Ebit Lew cuba memujuk seorang gelandangan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kegigihan Ebit Lew amat dikagumi.

Sebak sangat semalam 12 tengah malam bila terjumpa abang Zul ini. Dah 3 minggu dia tak boleh bangun langsung sakit terlantar di tepi simen ini. Ada seorang kawannya di jalanan yang tolong bawa makanan untuknya.

PUJUK KE HOSPITAL

Kami cuba pujuknya tapi katanya nak mati di situ sahaja. Tak mau pergi hospital. Suaranya perlahan keluar. Saya kata padanya abang duduk mana. Abang banyak sebut nama Allah. Dia Maha Kaya sebut dan puji diam. Saya ajar kalimah dan doa-doa. Dia menangis. Yer ustaz,terima kaseh yer nasihat saya. Dia ikut doa saya ajar padanya.

Abang jomlah ke hospital. Dia bisik tak mahu. Harry Zulkifli call hospital minta ambulan. Tapi sebaik ambulan sampai mereka tanya abang tadi. Dia menolak untuk pergi hospital. Ambulan kata takleh ambil jika dia tak nak kecuali keluarga berkeras. Tapi tiada keluarga. Nanti salah katanya..

Saya cuba pegang dan pujuk tapi tak berjaya. Sebab dah 1 pagi. InsyaAllah pagi ini cuba bantu. Semoga Allah mudahkan semuanya.

Begitulah perjalanan dakwah ini ia buat hati saya meronta sedih dan berat. Tak tahu nak buat apa. Satu hari nanti kita dah tua. Ujian beza-beza menimpa..-ebitlew

Sumber kredit: Ebit Lew

Moga usaha murni ustaz Ebit Lew ini dipermudahkan dan diberikan ganjaran mulia di sisi Allah SAW.

IKLAN