Tiada yang lebih menyakitkan bagi seorang ibu apabila kehilangan cahaya mata yang disayangi. Anak yang dikandung  selama sembilan bulan, lahirnya ditunggu-tunggu dan apabila lahir ke dunia di tatang bagai minyak yang penuh pergi menemui pencipta buat selama-lamanya. Sungguh ia sesuatu yang amat memedihkan namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.

Meskipun rindu datang tanpa diundang namun sebagai hambaNya kita harus reda dan pasrah dengan takdir yang telah diatur oleh Allah SAW. Hanya doa dititipkan buat si kecil agar anak syurga ini ‘bahagia’ di alam sana.

Ikuti perkongsian  Siti Nurhazirah yang kehilangan cahaya matanya, Aminuddin Safwan.

Anak saya meninggal dunia disebabkan demam influenza A cardiogenic shock. Kami sekeluarga sangat terkejut sebab anak saya demam pada hari Sabtu dengan suhu 38.9 darjah celcius. Tapi kami bagi dia ubat demam.

 

Selepas diberi ubat lepas tu kami tengok dia aktif dan kami pantau suhu badan. Suhu badan semakin menurun jadi kami tidak bawa dia ke klinik. Namun pada hari Isnin anak saya muntah dua kali. Ini merupakan kali pertama anak saya muntah. Saya pun bawa anak ke klinik.

Hasil pemeriksaan doktor di klinik, doktor kata anak saya tak demam. Doktor minta saya berikan anak saya makan ubat muntah. Selepas makan ubat, anak saya tidur. Bangun sahaja daripada tidur, anak saya cakap dia nak buang air. Saya pun bawalah anak saya ke tandas untuk buang air. Tiba-tiba anak saya macam sujud. Saya tanya kenapa dia buat macam tu dan angkat dia. Sambil tu saya tanya sama ada dia nak makan apa-apa, jawab anak saya dia teringin nak makan ais krim.

TERINGIN NAK MAKAN AISKRIM

Selepas makan ais krim, anak saya muntah lagi. Kali ini muntah dia banyak sampai mukanya pucat. Risau dengan keadan anak, saya segera bawa anak saya Pantai Hospital Ampang. Sampai di sana saya beritahu doktor yang saya ada bagi anak makan ubat muntah. Mungkinkah anak saya tidak sesuai dengan ubat tersebut.

Doktor tanya ubat muntah apa yang saya beri pada anak saya tapi saya pula lupa nama ubat tersebut kerana ubat tertinggal di rumah.  Lepas tu doktor buat ujian suhu badan anak saya, rupanya anak saya demam.

DISERANG SAWAN

Doktor bagi ubat punggung atau nama perubatannya suppository (supp) sebab anak saya disyaki demam Influenza A. Beberapa jam selepas itu anak saya saya kena sawan dan dibawa ke OCU.  Lepas tu diaorang kata virus tu dah attack jantung anak.

Saya nak bawa anak saya ke Gleaneagles hospital tapi tak sempat sebab keadaan anak saya tak stabil. Dalam pukul 4.00 petang hari yang sama, saya dimaklumkan bahawa anak saya cuma ada 45 minit sahaja untuk hidup. Anak saya meninggal pada 3 Disember 2018.

Sebak Perkongsian Wanita Ini Yang Kehilangan Anak Akibat Influenza A Cardiogenic Shock

Sesungguhnya mati itu pasti. Saya cuba bercakap dengan dia bagi semangat pada dia untuk hidup tapi 4.45 petang anak saya pergi tinggalkan saya dan keluarga.

Hanya selepas pemergian anak saya, pihak hospital mengatakan yang anak saya
kena radang jantung, padahal anak saya tidak pernah ada kes jantung pun. Keputusan itu hanya diketahui hasil daripada ujian darah anak saya, itu pun selepas anak saya meninggal dunia. Di Pantai Hospital Ampang tak ada doktor pakar jantung. Walau pun sedih dengan pemergian anak saya namun saya reda. Allah lebih menyayanginya. Bermainlah di taman wahai anak.

Sumber kredit: Siti Nurhazirah

KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga Siti Nurhazirah sekeluarga. Aminuddin Safwan meninggal dunia dalam usia 4 tahun 2 bulan. Al-Fatihah.

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=qDXb7brNhCQ&t=14s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI