Selain Khabar Duka Pemergian Penyanyi Maya Matahari, Datuk Chef Wan Juga Maklum Kehilangan Bekas Isterinya

Share

Sedang negara berduka mendengar berita kematian dua orang akibat virus COVID-19, dunia seni tanah air juga terkejut dengan pemergian rakan selebriti penyanyi Maya Matahari.

Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim kelima meninggal dunia jam empat petang tadi di Hospital Sg Buloh akibat kanser.

Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Walau bagaimanapun Maya yang berusia 44 tahun tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Bercakap kepada Astro Awani, rakan baik Maya, penyanyi Ieda Moin berkata dia berkesempatan menziarahi sahabat baiknya dua minggu lalu di kediamannya.

Dalam pertemuan itu dikatakan Maya berbual rancak sekalipun menanggung sakit. Maya juga dikatakan pernah menjaqlani rawatan di China beberapa bulan lalu.

Sementara itu, selain berita kehilangan Maya, Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali dengan nama Chef Wan juga turut memaklumlah bekas isterinya, Wan Norhayate Ayub turut meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung hari ini.

Berita sedih itu turut dikongsi oleh Chef Wan di Instagramnya

โ€œDengan rasa dukacita, saya memaklumkan bekas isteri baru meninggal dunia di Hospital Ampang.

โ€œSaya sedang menguruskan apa yang perlu untuk urusan pengebumian esok. Saya akan beritahu sanak-saudara kemudian,โ€ katanya.

Sementara itu, anak Chef Wan, Serina turut memuat naik entri surah al-Fatihah di laman Instagram.

โ€œMohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan Yasin kepada arwah ibu,โ€ katanya.

Bulan lalu, Serina pernah berkongsi keadaan kesihatan arwah ibunya di laman sosial.

SUMBER: ASTRO AWANI & BERITA HARIAN

IKLAN