Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Ke tepikan permulaan cerita yang dilalui kerana yang didambakan akhirnya adalah pengakhiran sempurna. Tidak ada insan yang sempurna.
Seperti pemuda ini, Muhammad Syafiq Yunus. Anak bongsu daripada empat orang adik beradik, kesemuanya lelaki. Siapa sangka, pemuda berusia 23 tahun ini dahulunya pernah melalui episod kehidupan kelam. Dia yang dulu bukanlah yang sekarang.
Berasal dari Kuala Lumpur, pemuda ini berpindah ke kampung di Alor Gajah, Melaka sejak usianya 10 tahun. Arwah ayahnya mendapat sebuah rumah mesra rakyat di sana. Dalam usia itu jugalah dia telah kehilangan kasih sayang seorang insan bergelar ayah akibat penyakit jantung berlubang. Maka tinggallah dia bersama arwah ibunya di kampung.
Kisah bermula apabila dia terjebak dengan kawan-kawan di ibu kota seawal usianya 14 tahun (2009). Dalam usia yang terlalu muda, dia sudah bertindik dikening, dalam hidung, lidah dan bibir. Disebabkan terjebak bertindik, dia bergaduh dengan adik beradiknya. Kemuncak drama pergaduhan itu, dia keluar dari rumah meninggalkan arwah ibunya kerana adik beradik yang dianggap mengongkong. Lokasi yang ditujunya ialah Kuala Lumpur.
INI PERKONGSIAN MUHAMMAD SYAFIQ YUNUS. MOGA KISAH PEMUDA INI DAPAT DIJADIKAN INSPIRASI UNTUK KITA TERUS ISTIQOMAH MENJADI LEBIH BAIK
Semasa sampai di Kuala Lumpur, saya tidur di tepi tangga, makan bundle (makan sisa-sisa makanan orang). Dalam seminggu saya di sini, saya melihat budak-budak busking dekat depan bangunan Maybank lama di Bukit Bintang. Habis busking, budak-budak busking tersebut menegur saya dan mereka menawarkan saya ke rumah mereka (rumah bujang) di Hang Tuah, flat Sri Sarawak.
Dari situlah bermula kehidupan saya menjadi manusia yang rasanya hina. Setiap hari sarapan saya air arak, tengahari dadah sampailah ke malam. Selepas dua bulan, saya mendapat kerja di Sungai Wang di salah sebuah butik pakaian.
Ads
Dapat gaji, pergi buat tatu. Kerja pun tak menentu. Kejap kerja, kejap tidak disebabkan minum arak dan ambil dadah. Setiap hari Sabtu, keluar dengan kawan-kawan pergi enjoy, mabuk, pergi samun bangla. Sampailah umur saya 18 tahun, saya mula berhijrah (2013).
MACAM MANA BOLEH BERUBAH
Satu hari tu arwah mak saya call, tanya khabar dan tanya saya, “Bila nak balik kampung. Mak rindu Syafiq”. Lima tahun saya tak menangis disebabkan manusia, tiba tiba arwah mak saya call dan kata begitu, Allah jentik hati saya jadi sebak menangis tak henti-henti. Lepas arwah mak saya call, selang beberapa hari saya balik ke kampung.
Sampai je di kampung, ketuk pintu rumah, arwah mak buka pintu dan saya terus peluk arwah mak dan memohon ampun darinya. Arwah mak saya kata sambil menangis “Mak dah maafkan kau nak. Lima tahun dah mak dah maafkan.” Saya menangis dan terus menangis sampai tiada air mata.
Ads
Sejak balik kampung, saya buka buku baru, niat nak berubah kerana Allah. Start dari situ, saya cari kerja di kampung dan alhamdulillah Allah bagi saya kerja. Saya dapat tawaran kerja di sebuah kilang di simpang empat berdekatan dengan rumah.
Selepas sebulan saya bekerja di kilang tersebut, masa saya baru balik kerja dan mandi, saya terdengar suara laungan azan. Suara azan itu (jam 10.00 malam) sangat-sangat merdu sampai saya terkaku, terpegun mendengarnya.
Pada mulanya saya ingat mungkin khayalan saya sebab ye lah balik kerja tentulah penatkan. Saya cuba bersangka yang baik-baik. Pada keesokan harinya saya balik kerja jam 10.00 malam, balik kerja saya mandi dan saya terdengar suara yang sama, laungan azan tersebut di dalam bilik air. Saya tanya arwah mak, tapi arwah mak tak dengar apa-apa.
Dari situ saya tertanya-tanya kenapa saya sorang je yang dengar suara azan. Saya cuba dan cuba cari jawapan sampai satu hari tu saya ke masjid berdekatan dengan rumah, saya tanya seorang imam. “Kenapa saya dengar suara laungan azan di dalam bilik air? Dia hanya kata “Kamu sudah berapa lama tak solat? Saya kata pada imam tersebut “Lima tahun dah saya tak solat, jangan katakan solat mengaji pun tidak.” Imam tu pesan pada saya “Solatlah walaupun kita bukan orang baik, dan katanya lagi “Cuba solat, pasti Allah bagi jawapan.”
Selang dua hari selepas jumpa imam tersebut saya cuba buat solat taubat dan hajat. Saya menangis sampai tidak terkata. Saya menangis sebab saya banyak buat salah pada Allah. Dan paling saya suka masa tu sebab bila saya solat, saya rasa ‘tenang’. Tenang sangat-sangat dan seumur hidup, saya tak pernah rasa tenang sebegitu.
Lama-kelamaan saya belajar balik solat. Belajar perlahan-lahan mengaji walaupun merangkak, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya. Dan baru saya sedar, Allah bagi hidayah tanpa saya sedar. Kawan-kawan banyak bagi semangat pada saya dan arwah mak.
Ads
PERNAH TAK RASA KESAL DENGAN KEHIDUPAN MASA LALU
Kesal sangat. Kalaulah boleh putarkan masa, saya nak balik dilahirkan semula.
NASIHAT KEPADA GOLONGAN MUDA-MUDI YANG INGIN BERUBAH
Kita hidup jangan harapkan Allah je bagi hidayah. Sebenarnya hidayah Allah tu kita sendiri yang kena cari, barulah Allah akan bantu. Dalam hidup kita, kena pegang LIMA perkara :-
*Usaha
*Tawakal
*Doa
*Reda
*Ikhlas
In sha Allah bila kita belajar lima perkara tersebut, kita akan berjaya. Bila nak berubah tu, orang-orang sekeliling akan berkata pada kita macam-macam, tapi jangan mengalah. Teruskan melangkah mencari hidayah Allah dan istiqomah. Niat dalam hati, kita hidup bukan nak puaskan hati manusia. Kita hidup nak kenal diri kita, ingin kenal Allah dan cari reda Allah bukan reda manusia.
SEMOGA KISAH SYAFIQ YUNUS INI MENJADI TELADAN BUAT SEMUA.
Sumber kredit: Dai’e Syafiq Yunus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bukan saja bijak menjawab pelbagai persoalan berkenaan hukum fiqah dan akidah, kini Penceramah Bebas Da’ Wan Dazrin turut berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
Terkini, beliau mencuba nasib menceburi perniagaan dalam industri pemotoran.
Menurut Da’i Wan, dia kini sibuk mengusahakan perniagaan dengan membangunkan sebuah butik kecantikan kereta dan motosikal di Kangar, Perlis.
“Jangan ingat seorang ustaz muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah ‘pusat kecantikan’ kereta dan motor. Kita berimpian, Allah mengizinkannya menjadi kenyataan.
“Doakan, agar ia menjadi salah sebuah hub kecantikan kereta dan motor terbesar di Perlis. Bismillah,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Katanya, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah ‘detailing’ (kerja-kerja kemasan) dan ‘wrapping’ (pemasangan pelekat balut) bagi kenderaan.
Lebih menarik lagi, Da’i Wan memaklumkan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan kepada mana-mana individu yang bergelar ahli agama tanpa mengenakan sebarang bayaran.
“Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana ustazah, ustaz, alim ulama yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma.
“Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan apa yang saya mampu sediakan,” kongsinya.
Dalam pada itu, buat masa ini, kata Da’i Wan, dirinya tidak dapat menjawab segala pertanyaan umum mengenai fiqah yang sering diterimanya daripada pengikut di laman sosial.
“Saya benar-benar kesibukan kini. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali semula memberi perkongsian di media sosial dan mengikuti segala urusan semasa kita.
“Sekarang ini, doakan saya. Biar perniagaan yang datang daripada minat seorang pendakwah muda ini menjadi dan mampu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam yang lain,” katanya lagi.
Perkongsiannya ini turut mendapat respon baik dan rata-rata mendoakan kejayaa beliau dalam perniagaan yang baru diceburi ini.
dainiezal Masha Allah, bangga. Hebat sungguh langkah ini. Moga Allah Taala gandakan bonus pahala dan habuanNya. Amin ya rabb. Tahniah Abg
ustazzarifi Tahniah Ustaz Da’i Wan @wandazrin. Tuan sememangnya kuat berusaha mencapai impian. Saya amat kagum dengan usaha Tuan. Teruskan Tuan. Saya mendoakan kejayaan Tuan seisi keluarga. Insyaallah, sampai Perlis, saya singgah Pusat Kecantikan Kereta & Motor WD. Saya amat bangga dengan usaha gigih Tuan, ikon anak muda
mammudaaran Ya Allah…berkati lah perniagaan sahabatku ini @wandazrin , agar ianya bermanfaat buat ummah. Didoakan Da’i Wan terus berjaya, semoga rangkaian perniagaan bertambah dan ada di setiap negeri, 1 hari nti, inSyaAllah. Aameen
lynrahman_ Young and successful. MasyaAllah Tabarakallah. Tahniah Ustaz @wandazrin. May Allah make it easy for you. InsyaAllah @wandazrin
amry_ahm Tahniah dai @wandazrin moge dpermudahkan urusan dan dkurniakan rezki yg berkat melimpah
‘Suami meninggal selepas tamat larian.’ Isteri dedah kisah, sejadah selit di pinggang ketika marathon. Rupanya ada kisah di sebalik gambar suaminya yang tular dan kisah ini menjentik hati warganet.
Malahan luahan seorang wanita iaitu isteri kepada pelari tersebut tentang pemergian suami tersayang usai menamatkan marathon Langkawi mengundang muhasabah diri.
Sebelum itu, media melaporkan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas selesai menamatkan larian Langkawi Half Marathon.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan ahli akademik itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.
Selepas Tamat Larian
“Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
“Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Isteri Dedah Kisah
Sudah tentu, isteri adalah insan yang terdekat bagi seorang suami. Hilang insan tersayang dalam sekelip mata, Dr Sheereen Zulkefly menitipkan luahan yang meruntun hati di laman sosial Facebook.
Memuat naik foto Allahyarham berlari sambil menyelitkan sehelai sejadah di bahagian pinggang, Sheereen menceritakan semula kebiasaan Dr Nik Mohd Faiz seperti mana dikongsikan rakan suaminya bernama Syahmi.
Sejadah Selit
Berikut perkongsiannya:
Kisah sejadah. Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.
Sebenarnya, gambar itu dirakam sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Beliau berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya.
Alhamdulillah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik masuk waktu.
Di Pinggang Ketika Marathon
Di Langkawi International Half Marathon 2022, allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian.
‘Dia lihat ramai yang tunggu turn untuk menggunakan khemah untuk solat subuh. Setelah selesai solatnya, dia memberitahu sahabat lariannya, Syahmi, “Ko pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni kepada pelari lain. Biar aku dapat pahala berterusan.”
Tulis Sheereen selesai rakan suaminya, Syahmi menunaikan solat subuh, Allahyarham memberikan sejadah digunakan kepada pelari lain.
“Abang, pakai sejadah saya dan serahkan untuk diguna oleh orang seterusnya ya”.
Wakafkan Sejadah
“Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam bot marin dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Perlis bersama jenazah Allahyarham untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
“Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala beterusan itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Aamiin Allahumma Aamiin,” coretnya.
Menurutnya dia berkongsi perkara itu secara perlahan-lahan kerana bimbang penghijrahannya itu akan terjejas.
Selain itu pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 31 tahun ini juga berharap tindakan itu akan membawanya ke jalan yang lebih baik dan menjadi isteri serta ibu yang sempurna.
“Sejujurnya saya memang dah lama berniat untuk berhijrah, tetapi hati berbolak-balik dan saya dah cuba banyak kali pakai tudung, cuma saya rasa mata tu banyak fikir duniawi dan karier saya.
“Tapi bila sekarang di usia 31 tahun, saya dah dapat apa yang saya nak walaupun kehidupan sangat sederhana, bagi saya Allah dah bagi semua yang saya minta.
“Masa bujang dulu saya nak sangat kahwin dan Allah hadirkan suami dan selepas kahwin dalam masa tiga tahun saya doa sangat nak anak.
“Allah kurniakan saya zuriat masa itu saya teretik apa saya nak semua dapat, tetapi saya tak sempurna menutup aurat dan sebagainya,” katanya kepada Mstar.
Cium jenazah suami, isteri atau ahli keluarga buat kali terakhir antara amalan biasa dalam masyarakat kita sebelum jenazah dikafankan.Namun begitu masih ada yang keliru...