Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Ads
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Ads
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Ads
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Terdapat pelbagai cara sihat untuk menurunkan berat badan. Tidak perlu menjalani pembedahan atau makan pil pelangsing, sebaliknya menggunakan cara Intermittent Fasting (IF) yang diyakini terbukti sebagai diet terbaik.
Perkongsian dari Doktor Siti Aniza Basir mengenai keberkesanan IF ini di laman sosial facebooknya dan menurutnya diet cara berpuasa ini adalah mengikut sunnah Rasulullah.
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis. Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast. Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan/breakfast.
Apa kebaikan IF??
Banyak!!
Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul Doktor?
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.
‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,
Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan
Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan
Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16?jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 /1030pagi!
Tatacaranya banyak :
As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok bekfes 630 pagi.
Bila dah ok ,buat 14 jam . Ie 630 pm dinner dan 830 am bekfes
Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 630 pm , bekfes merangkap lunch kul 1030.
Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .
Its fleksible . Buat ikut keperluan . Cth , smlm ada kenduri makan kul 830 pm , esok tu xyah bekfes, terus lunch!
Lapar ?
In between tu , anda boleh untuk
1. Minum air masak 2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral 3. Green Tea 4. Coffee 5. Tea
No 3,4,5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap xboleh gula , boleh la pi mamak mintak teh sarbat ! Abab nanti !
Pastu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay ! Tapi No Refined Sugar and Processed Food !
Lepas dah ok buat Daily .
*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu….
#MasterMyHormones
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lelaki ini dihadapkan dengan dugaan hebat dengan bisnes yang tak menjadi, hutang keliling pinggang. Tak boleh bayangkan bila perlu melangsaikan hutang sebanyak RM1.74 juta. Sedangkan kita hutang kereta puluhan ribu pun sudah pening memikirkannya.
Namun Khairul Hakimin Muhamad tak pernah lari dari masalah hutangnya. Sedaya upaya dia membayar malah selalu berkongsi perkembangannya dalam media sosial miliknya. Pun begitu dalam keadaan terhimpit masalah kewangan dia beroleh rezeki yang istimewa dipanggil menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah mengerjakan umrah.
Semuanya ditanggung penaja dari baik penerbangan, penginapan ziarah dan sebagainya. Biarpun awalnya dalam dilema kerana jemputan itu dalam keadaan dirinya penuh hutang tapi setelah ditanya ahli agama nasihat mereka; teruskan saja kerana sudah dijemput oleh-Nya.
Niat ke Tanah Suci diteruskan dan dia hanya perlu duit belanja saja. Bagaimanapun katanya untuk menyediakan duit belanja pun dia tiada. Tapi Allah itu maha kaya, di saat itulah DIA menunjukkan kekuasaan.
Dalam satu perkongsiannya, kata Khairul Hakimin Allah hantar orang-orang yang baik untuk membantunya ketika ini. Orang yang pernah dibantu kini satu persatu mengirimkan wang belanja yang membuatkan dirinya sebak bila mengingatkanya.
Berikut adalah catatan yang beliau kongsi untuk kita semua pelajari dan hayati.
Semasa menanti kunci bilik di Madinah ini saya duk sebak lain macam. Duk terfikir bagaimanalah Allah atur saya di Makkah sekali lagi.
Saya cakap ke Faisal, sebenarnya nak ke sini memang tak ada duit. Saya duk cakap ke isteri saya macam mana ya nak berbelanja di sini nanti. Risau juga nak makan ke nak apa ke.
Isteri saya diam ja. Saya memahami beliau kalau ada, sahih akan beri punya. Tapi kami saling berusaha membayar hutang syarikat. Masuk ja mana-mana pembayaran, hutang dulu kami usahakan. Jadi simpanan memang tiada. Lalu dalam beberapa hari nak berangkat, hati dup dap duk dap. Berdoa semoga Allah beri keajaiban.
Lalu… ada seorang ustaz kasi saya RM1,000. Katanya masa dia susah dulu, saya pernah kasi dia juga RM1,000. Jujurnya saya tak ingat.
Kemudian seorang lagi kakak PM tepi saya cakap “ini bukan untuk Khairul bayar hutang, ini untuk belanja. Akak tak tahu kenapa, dulu, Khairul beri akak ebook khairul tu percuma ja, akak guna habis-habisan, ilmu itu sebenarnya sangat bernilai, kalau akak ada RM100,000 pun akak sanggup beri ja kat Khairul, ini masanya akak bantu Khairul pula.” Pun sama beri RM1,000.
Semalam, ada seorang lagi beri RM500.Macam itu sahaja Allah beri. Ya Rabb, mana saya tak sujud syukur. Ya Rabb alhamdulillah. Saya tak terfikir begini bantuan yang saya terima.
Kawan-kawan, Masa kita buat baik, jangan ingat. Masa kita buat hal bagus, lupakan. Masa kita buat hal-hal memberi orang lain kekuatan, jangan sesekali letak dalam kepala. Lupakan. Lupakan. Lupakan. Pada saat kita pula dalam kesusahan, Allah akan hantar bantuan. Pun sama, kita berharap kepada Allah semata-mata, bagaimana bantuan itu sampai, caranya, kaedahnya, tak perlu susah-susah kita bayangkan. Semua serah kepada Allah bulat-bulat. Alhamdulillah. Semoga kalian terus murah rezeki, terus dibantu, terus menerus buat baik ya kawan-kawan.
‘Hebat! baru 10 tahun, dua kali harum nama negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Setelah melakarkan sejarah apabila menjadi naib juara pertandingan tilawah al-Quran di Qatar, Ahmad Azfar Azraie sekali lagi berjaya mengharumkan imej Malaysia.
Menerusi hantaran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui laman sosial rasminya, qari cilik itu kali ini mencipta nama pula di Algeria sebagai juara Musabaqah Mazamir Daoud di negara itu.
Ahmad Azfar baru berusia 10 tahun dan qari cilik yang berasal dari Melaka ini telah memenangi Kategori Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun sebagai mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa tersebut.
Mazamir Daoud membawa maksud suara lantunan indah Nabi Daud, merupakan acara tahunan dan turut disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen satelit Al-Shorouk.
Acara ini ke udara sejak 2014 sebagai program mingguan sebelum dijadikan acara pertandingan bertaraf antarabangsa untuk remaja dari seluruh dunia oleh penerbitnya, Rizwan Hussein.
Ini bukanlah peng alaman pertama bagi Ahmad Azfar, tetapi merupakan penampilan kali kedua bagi Ahmad Azfar di peringkat global setelah mencipta rekod apabila memenangi tempat kedua program Tijan Nour di Qatar pada 19 Mac lalu.
Ketika pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa edisi ke-10 itu, beliau menyertai kategori umur bawah 13 tahun dan berita ini turut dilapor secara meluas oleh Jakim.
Awal Julai lalu, dia juga muncul juara qari program Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Kebangsaan 2022 di bawah anjuran Lembaga Penasihat Pendidikan Agama Islam Jakim.
Nama Ahmad Azfar bukan asing dalam bidang pembacaan kitab suci itu kerana bapanya sendiri, Azraie Abdul Hak merupakan naib johan Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2018 lalu.
Selang beberapa minggu kemudian, guru agama itu menjuarai pula kategori tilawah al-Quran dalam acara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Antarabangsa diadakan di Kuwait.
Pengalaman pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Russia, Turkiye dan Iran sebelum itu membolehkan Azraei menewaskan ramai peserta hebat dari 75 negara yang lain.
Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka itu turut pernah muncul sebagai pemenang ketiga Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2022 pada Jun lepas.
Malahan, isterinya sendiri, Sarrul Munirah Haris pula yang turut mewakili Melaka telah dinobatkan menjadi naib johan pada pertandingan berkenaan untuk kategori qariah.
Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Ahmad Azfar serta keluarga. Ternyata kejayaan yang datang bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan usaha dan sokongan berpanjangan terutama daripada ibu dan ayahnya. Semoga Ahmad Azfar makin gemilang di masa depan. Insyallah.