Lelaki ini dihadapkan dengan dugaan hebat dengan bisnes yang tak menjadi, hutang keliling pinggang. Tak boleh bayangkan bila perlu melangsaikan hutang sebanyak RM1.74 juta. Sedangkan kita hutang kereta puluhan ribu pun sudah pening memikirkannya.

Namun Khairul Hakimin Muhamad tak pernah lari dari masalah hutangnya. Sedaya upaya dia membayar malah selalu berkongsi perkembangannya dalam media sosial miliknya. Pun begitu dalam keadaan terhimpit masalah kewangan dia beroleh rezeki yang istimewa dipanggil menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah mengerjakan umrah.

Semuanya ditanggung penaja dari baik penerbangan, penginapan ziarah dan sebagainya. Biarpun awalnya dalam dilema kerana jemputan itu dalam keadaan dirinya penuh hutang tapi setelah ditanya ahli agama nasihat mereka; teruskan saja kerana sudah dijemput oleh-Nya.

Niat ke Tanah Suci diteruskan dan dia hanya perlu duit belanja saja. Bagaimanapun katanya untuk menyediakan duit belanja pun dia tiada. Tapi Allah itu maha kaya, di saat itulah DIA menunjukkan kekuasaan.

Dijemput Ke Mekah Saat Hutang Keliling Pinggang, Duit Belanja Pun Tiada Tapi Ini Cara Allah Datangkan Bantuan

IKLAN

Dalam satu perkongsiannya, kata Khairul Hakimin Allah hantar orang-orang yang baik untuk membantunya ketika ini. Orang yang pernah dibantu kini satu persatu mengirimkan wang belanja yang membuatkan dirinya sebak bila mengingatkanya.

Berikut adalah catatan yang beliau kongsi untuk kita semua pelajari dan hayati.

Cara Allah hantarkan bantuan

Semasa menanti kunci bilik di Madinah ini saya duk sebak lain macam. Duk terfikir bagaimanalah Allah atur saya di Makkah sekali lagi.

IKLAN

Saya cakap ke Faisal, sebenarnya nak ke sini memang tak ada duit. Saya duk cakap ke isteri saya macam mana ya nak berbelanja di sini nanti. Risau juga nak makan ke nak apa ke.

Isteri saya diam ja. Saya memahami beliau kalau ada, sahih akan beri punya. Tapi kami saling berusaha membayar hutang syarikat. Masuk ja mana-mana pembayaran, hutang dulu kami usahakan. Jadi simpanan memang tiada. Lalu dalam beberapa hari nak berangkat, hati dup dap duk dap. Berdoa semoga Allah beri keajaiban.

Lalu… ada seorang ustaz kasi saya RM1,000. Katanya masa dia susah dulu, saya pernah kasi dia juga RM1,000. Jujurnya saya tak ingat.

IKLAN

Kemudian seorang lagi kakak PM tepi saya cakap “ini bukan untuk Khairul bayar hutang, ini untuk belanja. Akak tak tahu kenapa, dulu, Khairul beri akak ebook khairul tu percuma ja, akak guna habis-habisan, ilmu itu sebenarnya sangat bernilai, kalau akak ada RM100,000 pun akak sanggup beri ja kat Khairul, ini masanya akak bantu Khairul pula.” Pun sama beri RM1,000.

Semalam, ada seorang lagi beri RM500.Macam itu sahaja Allah beri. Ya Rabb, mana saya tak sujud syukur. Ya Rabb alhamdulillah. Saya tak terfikir begini bantuan yang saya terima.

Kawan-kawan,
Masa kita buat baik, jangan ingat.
Masa kita buat hal bagus, lupakan.
Masa kita buat hal-hal memberi orang lain kekuatan, jangan sesekali letak dalam kepala.
Lupakan.
Lupakan.
Lupakan.
Pada saat kita pula dalam kesusahan, Allah akan hantar bantuan. Pun sama, kita berharap kepada Allah semata-mata, bagaimana bantuan itu sampai, caranya, kaedahnya, tak perlu susah-susah kita bayangkan.
Semua serah kepada Allah bulat-bulat.
Alhamdulillah. Semoga kalian terus murah rezeki, terus dibantu, terus menerus buat baik ya kawan-kawan.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI