Miliki dua anak istimewa dan masing-masing berdepan dengan masalah kesihatan, pasangan ini anggap mereka tiket ke syurga.
Di peringkat permulaan, memang agak payah untuk menerima takdir. Namun, lama-kelamaan pasangan pasrah dan redha dengan Kententuan Tuhan dan menganggap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Miliki Dua Anak Istimewa
“Walau macam mana pun, mereka istimewa dan ‘tiket syurga’ buat saya dan suami,” kata Nurhani Amirah Idris, 33.
Wanita itu dan suaminya, Norhazim Izzat Md Azman, 36, antara insan terpilih yang ditakdirkan memiliki dua anak istimewa dan mempunyai masalah kesihatan.
Anak sulung mereka, Nur Alisya Humaira, 7, yang disahkan autisme ringan, turut menghidap enam penyakit lain berkaitan jantung, manakala adiknya Muhammad Adam Huzair, 4, perlu menjalani terapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimaklum menghidap autisme.
Nur Alisya Humaira sudah menjalani pelbagai rawatan dan kini diletakkan di bawah penjagaan paliatif serta bergantung ubat jantung dan antibiotik seumur hidupnya.
Ads
Menurut Nurhani Amirah, anak sulungnya itu pernah menjalani prosedur kateterisasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 Mac 2017 yang hampir meragut nyawanya.
Pasangan Ini Anggap Mereka
“Pada 17 November tahun sama, Alisya (nama panggilan Nur Alisya Humaira) menjalani pembedahan jantung lagi dan ia berjaya tanpa sebarang komplikasi.
“Sebagai ibu, saya akui bukan mudah untuk menerima kenyataan mengenai keadaan anak. Mulanya, saya terkejut apabila dapat tahu keadaan Alisya (nama panggilan) kerana pemeriksaan sewaktu kehamilan dapati bayi normal.
“Waktu itu, saya agak patah semangat, mempersoalkan takdir dan hampir nak meroyan kerana Alisya anak sulung jadi saya teruja untuk sambut kelahirannya,” katanya lagi.
Tiket Ke Syurga
Meskipun begitu, Nurhani Amirah dan suami, Norhazim Izzat cuba berlapang dada dan tidak serik untuk menimang cahaya mata lagi, bahkan gembira apabila disahkan hamil buat kali kedua beberapa tahun selepas itu.
Ads
“Bagaimanapun, ditakdirkan anak kedua saya, Adam juga Orang Kurang Upaya (OKU) kerana menghidap autisme tahap ringan. Berat juga hati nak terima sebenarnya.
“Cuma disebabkan tahu lebih awal, maka kurang sedikit kesedihan, tidak seperti selepas dapat tahu keadaan Alisya dulu,” katanya.
Redha Dengan Ketentuan
Ibarat sudah berdamai dengan takdir, Nurhani Amirah dan suaminya kini hanya mahu membesarkan kedua anak mereka dengan penuh kasih sayang dan memastikan keperluan mereka mencukupi termasuk menerima pendidikan.
“Alisya kuat dan Adam pula berdikari. Disebabkan mereka, saya jadi kuat. Lagipun, tiada manusia terlepas daripada ujian, malah ada yang jauh lebih berat dugaannya jadi mengapa saya perlu terus bersedih,” katanya.
Nurhani Amirah dan suami juga banyak melakukan aktiviti bersama anak mereka termasuk berbasikal dan menyertai program larian yang bersesuaian pada hujung minggu.
Ads
Ketika ini katanya, dia enggan berenggang dengan anak, dan menyerahkan kepada Allah SWT untuk urusan takdir hidup mereka.
Pesakit kronik dan orang tua, tak berdosa tinggalkan puasa tapi wajib bayar fidyah. Malah golongan ini juga tidak perlu mengqada puasa yang telah ditinggalkan asbab faktor kesihatan.
Dalam masa yang sama jelas Ustaz Wadi Anuar, tidak kiralah seseorang itu masih lagi muda, namun dia disahkan tidak mampu berpuasa oleh doktor maka dia tidak perlu mengganti puasa.
Selain itu ikuti penerangan Ustaz Wadi Anuar tentang siapakah golongan yang tak berdosa jika meninggalkan puasa.
‘Tak berdosa untuk tak puasa, sama ada terlalu tua dan tak larat atau pun sakit kuat biarpun masih muda lagi. Contohnya usia baru 24 tahun, tapi sakit teruk.
‘Golongan ini dibenarkan untuk tidak berpuasa tapi perlu membayar fidyah. Ini antara sebab kenapa seseorang itu perlu mmbayar fidyah.
‘Fidyah bukan hanya dikenakan ke atas wanita yang tak sempat mengganti puasa tahun lalu hingga masuk bulan Ramadan pada tahun ini.
‘Tetapi seseorang yang sakit teruk juga dikehendaki membayar fidyah tidak kiralah orang tua atau muda. Mereka tak wajib qada puasa dan golongan ini diwajibkan untuk membayar fidyah,’ terangnya satu-persatu.
Kebiasaanya masuk saja bulan Ramadan, ramai yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah mengikut kadar di negeri masing-masing.
Masing-masing akan segera mmebayar kerana zakat fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadan sahaja.
Tetapi bagaimana pula dengan zakat-zakat lain seperti zakat emas dan wang simpnanan. Bila waktu yang sesuai untuk membayarnya dan adakah boleh ditangguh bayarannya.
Dalam satu laporan di Sinar Plus (Sinar Islam) diajukan kepada Pendakwah dan Penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki menjelaskan persoalan ini.
Ini jawapan agamawan tersebut:
“Zakat merupakan Rukun Islam ketiga yang wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya iaitu Islam, merdeka, milik sempurna, cukup haul, cukup nisab dan harta itu berkembang. Ia termasuklah zakat emas dan simpanan.
Adapun zakat fitrah pula disyaratkan apabila mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya, anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari, memeluk Islam sebelum terbenam matahari akhir Ramadan atau meninggal selepas terbenam matahari Ramadan.
Waktu wajib membayar zakat fitrah pula secara ringkasnya mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki bermula waktu Maghrib malam raya. Waktu sunat pula mengikut Mazhab Syafie adalah sebelum solat sunat hari raya, manakala waktu haram adalah selepas solat sunat hari raya tanpa uzur mengikut pandangan Mazhab Syafie dan selainnya.
Bagaimanapun, bagi zakat emas atau simpanan, ia mestilah dikeluarkan zakatnya apabila cukup syarat-syaratnya seperti di atas tanpa melengahkannya seperti arahan ALLAH SWT dalam Surah al-An’am, ayat 141. Itulah pendapat Imam Ibn Battal, al-Hafiz Ibn Hajar dan selain mereka.
Mengikut logik akal, bagus dikeluarkan pada bulan Ramadan. Akan tetapi, dalil dan pendapat para ulama lebih diutamakan untuk dipakai,” jelas beliau.
Oleh sebab waktunya yang tidak semestinya sama dengan pembayaran zakat fitrah, namun janganlah kita lupa untuk menunaikan kewajipan kita ya. Ingat, dalam rezeki yang kita peroleh, terkandung hak orang lain di dalamnya!
Sweet betul kisah seoang guru ini menceritakan kisahnya ketika praktikal di sebuah sekolah yang membantu seorang pelajar Cina pendiam dan selalu tenung meja hingga terpaksa diabaikan oleh guru lain yang berputus asa dengannya.
Walaupun dia hanya guru praktikal ketika itu, tetapi usaha murninya melayan dan mencari punca kenapa murid ini berkelakan begini memang patut dipuji.
Malah siapa sangka murid itu akhirnya mampu tersenyum dan berinteraksi dengannya sebelum dia menamatkan latihan mengajarnya di situ.
Malah kisahnya yang begitu memberi insipirasi ini membuatkan ramai netizen terharu dan menangis.
Rata-rata bangga dengan usaha yang dilakukan oleh cikgu ini yang berusaha untuk membentu sikap pelajar berkenaan.
Perkongsiannya di laman twitternya menggunakan akaun @amymistika ini mendapat lebih 60 ribu retweet dan 47 ribu like. Malah komen yang diberikan cukup positif.
Bukan itu sahaja ada juga yang mahu menjadikan kerjaya guru sebagai profesionnya untuk masa depan setelah membaca perkongsian cikgu ini.
Ada juga yang berharap agar semua guru di Malaysia bersikap seperti dirinya dan ia boleh menarik minat pelajar yang dikategorikan tidak berminat belajar untuk datang ke sekolah.
Baca perkongsiannya yang begitu panjang lebar.
Aku ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.
Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.
Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.
Kawan dia kata, “Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu.”
Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.
Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.
Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.
“Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja,” kata rakannya.
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, “Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan”.
Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, “Tak ada”.
Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.
Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.
Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.
Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.
Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.
Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.
Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?
“Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu,” katanya.
Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.
Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.
Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.
Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.
Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.
Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, “Saya harap awak datang,” sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.
Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata ‘Xie xie’ (Terima kasih). Dia terus tunduk.
Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, “Thank you, teacher”. Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.
Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.
Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, “Ini last day saya, please give me a smile” and he was trying.
Aku minta setiap seorang bagi ucapan. Sampai turn dia, dia malu-malu. Tetapi dia bercakap!
Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.
Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.
Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.
Namun begitu tindakannya yang memuat turun status dilaman sosial seakan tidak menghormati dan seperti merendah-rendahkan usaha guru lain di sekolah berkenaan. Ada yang kurang senang catatan yang dimuat turut di laman twitternya itu.
ASSALAMUALAIKUM
Saya minta maaf banyak-banyak jika ada yang terasa hati atau tersalah faham dengan cerita saya. Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya pada laman Twitter saya sendiri. Tidak lebih dari itu.
Ya, saya guru praktikal yang hanya mengajar selama empat bulan sahaja di sekolah tersebut. Saya menganggap setiap insan yang ada di sekolah itu banyak berjasa pada saya dalam mempelajari menjadi seorang guru. Jadi, sikit pun saya tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa.
Saya mengaku silap saya, terlalu seronok bercerita sehingga terlepas pandang dengan ayat saya berkenaan dengan ‘cikgu…’ itu. Saya memang bersalah, maafkan saya.
Di sini, saya ingin menjelaskan semula agar tiada yang salah faham.
Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je. TERPAKSA abaikan”
Saya tahu cikgu itu sudah cuba pelbagai inisiatif. Cuma Kah Shzen tetap sama. Tambahan, Guru Tetap mengajar jauh lebih banyak kelas dan waktu berbanding guru praktikal, jadi itu adalah kekangannya.
Guru Tetap juga mostly dah berkahwin. Mereka perlu uruskan rumahtangga dan anak-anak juga. Jadi, saya rasa tidak adil kalau saya yang lebih banyak masa terluang ini tak gunakan masa tersebut untuk membantu pelajar yang terlepas.
Tambahan, saya pernah belajar bahasa mandarin. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mendekati pelajar cina, memupuk minat belajar maths sebelum saya habis praktikal. Sebab kebanyakkan mereka lemah sebab tidak faham Bahasa Melayu. Bukannya cikgu mengajar tak bagus.
Untuk yang ini pula,
“Ohh, dia tu selalu tunduk tenung meja je dalam class. Saya selalu panggil dia takde kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu”
Tentang tak ada kepala itu sebenarnya, cikgu itu buat lawak saja sebab dia memang jenis yang kelakar. Sama seperti semua cikgu, dia sudah berusaha untuk mendekati setiap pelajar termasuk Kah Shzen. Tetapi mungkin Kah Shzen tidak faham Bahasa Melayu, jadi kekangan buat cikgu berkenaan.
Saya highlightskan kata-kata cikgu tersebut sebab saya rasa ayat mereka inilah yang menjadi cabaran untuk saya ubah Kah Shzen.
“Kalau mereka dah tak boleh buat, apa salahnya saya cuba buat”
Itu maksud saya. Cuma silap saya sebab saya cuma highlightskan kata-kata mereka, tapi tak menjelaskan dengan lebih terperinci sehingga ada yang salah faham.
Seikhlasnya, saya tiada niat nak menjatuhkan mana-mana pihak. Saya minta maaf.
Pelajar berkenaan juga sudah saya maklumkan yang saya cerita tentangnya. Dia tiada masalah tentang apa yang saya ceritakan.
Dan sejujurnya saya seronok berpraktikal di sekolah tersebut sebab semua kakitnagan, pentadbir dan guru sangat-sangat banyak membantu saya. Jauh di sudut hati saya nak menjatuhkan mereka. Tapi saya dah buat silap dalam penulisan ayat sehingga ada yang salah faham. Saya mohon maaf.
Dengarkan juga perkongsian menarik daripada Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacub yang juga merupakan Pengasas Warisan Ummah Ikhlas bercerita mengenai apa yang perlu difahami tentang nikmat berkasih sayang walaupun kita hidup dalam bangsa, budaya serta agama berbeza.
Pesannya untuk terus menikmatik kemakmuran yang dirasai selama ini, semua rakyat di negara ini perlu saling menghormati bagi mengelak berlakunya sebarang persengketaan sesama kita.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.