Hati ibu mana tidak risau bila mana anak masih kecil hilang dari pandangan mata. Kerisauan ini tidak hanya dirasai ibu yang mengandungkannya tapi juga seluruh ahli keluarga yang mengharapkan anak kecil ini segera kembali ke pangkuan keluarga.
Jika kita masih bersedih dengan kisah adik Rayan yang terperangkap dalam telaga sedalam 32 meter selama lima hari dan hanya mampu hidup selama lima minit selepas diselamatkan di Maghribi, kini seluruh dunia tertumpu kepada kisah adik Fawaz Muhammad Al-Qatifan, 6 tahun dari Syria.
Kisah penculikannya mula menjadi sebutan selepas tanda pagar #savefawaz tular dan dapat dilihat dari video dirinya didera (dipukul dengan rotan) diikuti jeritan tangisan darinya yang berkata “Demi Allah jangan pukul saya” tular di media sosial.
Menyedihkan anak kecil ini diculik ketika pulang dari sekolah dan penculiknya meminta wang tebusan sebanyak 140,000 dolar namun keluarga Fawaz tidak mampu membayarnya. Jumlah itu terlalu besar buat keluarganya yang hidup serba sederhana.
Ads
Dalam video yang tular, dapat dilihat keadaan tubuhnya yang semakin kurus, Fawaz menjerit merayu supaya dirinya berhenti dipukul. “Demi Allah, jangan pukul saya.” Sambil dirinya teresak-esak menangis menahan kesakitan.
Bapa tidak mahu derma dikutip atas nama anaknya kerana telah mencukupi
Ads
Dalam pada itu, selepas video anaknya tular dan masing-masing mahu bersolidariti membantu mengutip wang untuk membantu membebaskan anaknya, bapa kepada Fawaz telah mengeluarkan satu video terbaru.
Jelasnya, dirinya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersolidariti dalam kes anaknya, Fawaz.
Ads
“Pada tarikh ini, kami telah mengumpul sejumlah wang dan keluarga Al-Qatifan akan melengkapkan jumlah keseluruhan untuk membebaskan Fawaz.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan semoga Allah memberkati kehidupan kalian. Namun masa yang sama, kami tidak mahu sesiapa di dalam atau di luar Syria mengutip derma atas nama anak kami Fawaz kerana wang tebusan yang diminta sudah mencukupi,” katanya.
Moga Allah terus menjaga anak syurga ini agar dirinya dapat kembali semula ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Teruskan berdoa untuk keselamatan dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak menggunakan periuk elektrik tetapi periuk biasa yang ditenggek atas api gas di dapur. Malah katanya cara digunakan menjadikan nasi lemak terhasil tidak berjelantah dan tahan lama.
Hari ini tokma nk share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tp tokma rebus periuk nasi itu..
Cara ini lebih mudah & lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik. In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama. #AirtanganTokma..
Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkn bersama…
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air utk nasi lemak tau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nk msk nasi puteh santan tu tukar dgn air pula.
Daun pandan,hirisan halia,serai yg di titik,santan & beras. #AirtanganTokm
Basuh beras . Isik dlm periuk yg sesuai. Bubuh daun pandan,hirisan halia &serai yg di titik . #AirtanganTokma
Tuang Santan secukupnya. Tuang minyak masak ¹/² senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.. #AirtanganTokma
Masukkn periuk kedlm periuk kukusan. Rebus periuk itu . Guna api sederhana. Air dlm periuk kukusan jgn byk sgt. Nnt berkocok & mercik²pula. #AirtanganTokma
Tutup periuk kukusan itu. Biarkn nasi mendidih. Bila dh mula mengelegak boleh kecilkn api dapur. Biarkn nasi terus mendidih hingga kering. #AirTanganTokma
Biarkn nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau utk ratakn santan pekat yg terapung diatasnya. #AirtanganTokma
Bila nasi dh masak & kering santannya. Boleh ttp api dapur. Biarkn periuk nasi terendam dlm air panas dlm periuk kukusan itu. #AirtanganTokma
Bekas periuk yg di guna. Alhamdulillah..tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak. Malahan nasi lemak ini boleh tahan lbh lama. In Shaa Allah hingga 24 jam tahan x basi jika betul cara masaknya.. #AirtanganTokma
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isteri maut ditembak suami. ‘Lans koperal alami kemurungan, cuba amalkan doa ini bila hati tak tenang.’ Apa yang berlaku tentu saja mengejutkan kita semua, apa lagi ahli keluarga terdekat.
Ajal maut di tangan Tuhan. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi sebagai hamba-Nya kita seharusnya reda dengan takdirnya.
Lebih menyayat hati apabila suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis, disahkan hamil lima bulan.
Perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, yang menyatakan bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu, Safsufarnisya Salleh, 26, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.
“Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam.
“Malah, kami tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana menantu (suspek) ini memang baik orangnya sehinggakan kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.
“Jadi kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari,” katanya.
Jelasnya, jika dilihat daripada keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang yang ‘ringan tulang’ dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.
“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.
“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.
“Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa dah sekarang,” katanya.
Dalam masa yang sama juga, Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.
“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,” katanya.
Che Mas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Salleh Eizan, 61, dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak berusia antara 39 dan 26 tahun.
Allahyarham Safsufarnisya pula berkahwin dengan suspek selepas bertemu ketika menjalani latihan praktikal dalam bidang pengurusan forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis beberapa tahun lalu.
Jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Lumrah kehidupan, hati seseorang itu akan menjadi bolak balik seperti ada yang tak kena sehinggakan tiba-tiba berasa sedih, takut dan gelisah.
Sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa sudah pasti akan ada titik hitam dalam hati yang kuat mempengaruhi emosi.
Tidak dinafikan apabila seseorang berdepan situasi ini, dia akan sedaya upaya mencari jalan keluar tetapi tahukah anda jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati tenang.
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”
Setelah membaca doa tenang hati ini, anda juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati.
1. Pertama sekali anda boleh memgambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta.
2. Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.
3. Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri.
4. Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.
Kashoorga: Apa yang telah berlaku telah ditentukan Allah. Namun selagi mana kita mampu berikhtiar, lakukan sesuatu setiap kali hati murung dan tidak tenang.
Saat ini negara jiran iaitu Indonesia dilanda gempa bumi. Dalam kejadian, awal pagi bermula jam 9.35 pagi, satu gempa sederhana berukuran 5.0 skala ritcher diikuti gempa kuat berskala 6.2 magnitud berlaku di Pekan Baru, Indonesia yang mengakibatkan gegaran kuat namun tidak sampai menghasilkan tsunami.
Hal ini disahkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.
Gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer. Kesan dari gegaran ini lebih kurang 500 km dari lokasi kuat gempa, gegaran ini turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.
Sebagai seorang muslim, Islam mengajarkan umatnya untuk memperbanyakkan zikir dan doa memohon perlindungan kepada Allah SWT saat gempa bumi tengah menimpa kita.
Sesuai dengan sabda Rasulullah yang diriwayatkan dalam hadits Imam An-Nasa'i dari Abu Al-Yasar.
Berikut adalah rangkuman doa boleh kita baca ketika gempa atau musibah lain yang berlaku.
Bacaan rumi:- Allâhumma innî asaluka khairaha wa khaira mâ fîhâ, wa khaira mâ arsalta bihi, wa a'ûdzubika min syarrihâ, wa syarri mâ fîhâ wa syarri mâ arsalta bihi.
Ertinya:-"Ya Allah, aku memohon kehadratMu kebaikan atas apa yang terjadi, dan kebaikan apa yang di dalamnya, dan kebaikan atas apa yang Engkau kirimkan dengan kejadian ini. Dan aku memohon perlindungan kepadaMu dari keburukan atas apa yang terjadi dan keburukan atas apa yang terjadi di dalamnya, dan aku juga memohon perlindungan kepadaMu atas apa-apa yang Engkau kirimkan." (HR An Nasa'i)
Atau boleh juga membaca doa memohon perlindungan gempa bumi sesuai dengan sunnah berikut ini. Ia dibaca oleh Nabi Nuh saat memohon perlindungan dari Allah untuk diselamatkan dari bencana alam. Ini bacaan doanya.
Bacaan rumi:- Rabbi innii 'a'uu dubika ann as alaka maa laisa lii bihi 'ilmun wa illaa tag firlii wa tar ham nii akum minal khaa siriin
Ertinya: "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepadaMu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi," (QS Hud: 47).
Doa ini pula boleh dibaca oleh mereka yang terkena gempa seperti diajar Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Bacaan rumi:- "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, Allahumma ajirhum fii mushibatihim, wa akhlif lahum khoiran minha".
Ertinya: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan gantilah dengan yang lebih baik."
Saat gempa bumi atau bencana alam lain, yang boleh dilakukan oleh umat muslim hanyalah memohon dan meminta perlindungan pada Allah SWT melalui bacaan doa ketika gempa bumi sesuai sunnah di atas. Selain membaca doa, umat muslim juga bisa berzikir mengingat Allah SWT saat bencana tengah berlaku.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.