Seperti yang kita tahu bacaan Surah Al-Fatihah adalah wajib dibaca dan merupakan salah satu daripada rukun solat bagi umat Islam.
Jadi kita perlu memperbetulkan bacaan Al-Fatihah ini agar ibadah kita diterima Allah dalam mengerjakan suruhan yang wajib ini.
Sehubungan itu, rapper Altimet mengambil inisiatif mewujudkan aplikasi Recite bagi membantu mereka yang ingin memperbaiki dan menguatkan penghayatan bacaan surah ini.
Jelas Altimet, mereka berminat boleh memuat naik aplikasi Recite dan menghantar bacaan Al-Fatihah, ia kemudian akan dinilai dan dibetulkan oleh astaziah (ustaz dan ustazah) secara audio dalam masa kurang 24 jam.
Ads
“Ni ada masa lebih ni, boleh la check, betulkan balik apa yang kurang. Siapa yg rasa AlFatihah dia kurang memuaskan boleh try app kami, check AlFatihah sebanyak yg mampu.
“Guna feature #fasihalfatihahkami. @reciteapp boleh download kat AppStore & Google Play. Moga membawa manfaat.”
Ads
Ternyata ia satu perkongsian yang bagus dengan usaha yang dibuat oleh Altimet ini. Malah dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini boleh meluangkan masa untuk melihat bacaan kita itu dan memperbaiki sebanyak mana yang kita mahukan.
Aplikasi ini boleh didownload di AppStore ataupun Googe Play dan Altimet berkata semoga ia membawa manfaat buat kita bersama.
Perkongsian ini turut mendapat respon baik dari warganet. Rata-rata memuji usaha dilakukan oleh Altimet ini.
danialrafiqq Tahniah atas usaha untuk membetulkan bacaan Alfatihah kami rakyat Malaysia. Alfatihah pun salah satu rukun solat. Kalau salah baca tak sah solat. Terbaikk
Pernah tular bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menziarahi rumah Paksu Mid di Bukit Tembaga Kuala Nerang pada Februari tahun lalu. Dari gambar yang tular itu Paksu Mid kelihatan uzur namun masih menyambut mesra kedatangan pemimpin itu datang ziarah ke rumahnya.
Terkini, keadaan wali Allah ini sudah semakin uzur dan mampu terbaring sahaja di katilnya. Dari satu perkongsian dari Tengku Daeng Mawelle yang bertuah dapat menemui wali Allah ini, ada pesanannya yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Wali Allah adalah golongan yang bertakwa dan beramal soleh dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT akan diberikan ganjaran di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:
لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ Maksudnya: Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (Surah Yunus, 64)
Bacalah perkongsian darinya. Moga Allah memelihara negara kita dan golongan beragama ini.
Bila berjumpa dan duduk dihadapan paksu mid ni , Hati secara tak langsung rasa gementar , timbul segala perasaan hormat , segan, malu dan rasa hina. Padahal Paksu Mid bukan orang besar.
Bukan Menteri, bukan orang gagah, bukan gangster, bukan kaki pukul, bukan orang berpengaruh. Tapi kenapa semua perasaan tu muncul. Tak payah tunggu duk berhadapan, Otw nak pergi rumah pun dah rasa gementar dah.
Paksu Mid ni tak pernah mengaku sebagai ulama besar. Tak pernah mengaku sebagai seorang Wali Allah. Tak pernah mengaku sebagai orang alim, orang terkenal, orang itu dan ini.
Dia hanya mengaku dirinya sebagai seorang yang tua dan uzur. Tapi mengapa kebanyakan orang segan pada beliau? Saya yakin bukan saya saja, mesti kalian juga rasa segan dan malu bila berhadapan dengan beliau. Betulkan? salah satu sebabnya sudah tentu hati kita kotor dan banyak dosa.
Kita rasa malu sebab kita sedang berhadapan dengan orang yang soleh, orang yang dari zaman mudanya khatam Al-Quran setiap 3 hari. Bila dah tua khatam dalam 5 hari. Kita rasa segan sebab tak mampu kalahkan orang yang tua ini dalam ibadah puasa.
Beliau berpuasa dah 40 tahun tanpa henti setiap hari kecuali hari aidiladha, aidilfitri, dan 3 hari tasyrik.
Kita malu tak dapat tundukkan nafsu kita seperti orang tua ini yang hanya sahur dan berbuka dengan secawan nasi dan sebijik telur. Kita rasa malu, hormat, segan, gementar sebab kita sedang berhadapan dengan hamba-Nya yang soleh lagilah pula bersih hatinya.
Bayangkan, kita baru berhadapan dengan para Hamba-Nya yang soleh dah jadi malu segan dan sebagainya. Bagaimana pula bila kita berhadapan dengan DIA (ALLAH) di akhirat kelak.
Mengapa kita tak rasa malu berbuat dosa dan maksiat ketika hidup sedangkan kita tahu Allah itu Maha Melihat, Mendengar dan Maha Tahu segala apa yang kita lakukan. Pasal ni kita pandai-pandailah fikir masing-masing.
Yang saya nak sampaikan kat sini. Perbanyakkanlah teman dengan sahabat-sahabat yang membawa kita mengingati Allah dan Rasul-Nya. Bersahabatlah dan dampingilah Ahli² ibadah, Ahli² Zikir , Ahli² Selawat dan segala Ahli yang istiqamah melakukan amal soleh.
Ingat, HATI kita ni adalah tempat di mana Allah memandang dan menilai kita. Berusahalah membersihkan hati, perbanyakkan selawat , zikir dan membaca Al-Quran. Moga kita semua di akhirat kelak dapat berkumpul dengan Rasulullah S.A.W dan para Hamba-Nya yang soleh².
Pesan Paksu Mid, "Kita ni manusia sebenarnya semacam pokok, pada pokok akar lah paling penting..segala apa yang terjadi hujan taufan ribut kemarau panas apapun akar lah penentu keadaan pokok.."
Kredit : Tulisan Tengku Daeng Mawelle
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi Muslimah, puasa ganti adalah satu ibadah wajib sebagai membayar ganti semula hutang puasa Ramadhan yang lalu. Ia diganti di luar bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya. Namun dalam menjalankan ibadah puasa ganti ini, ada juga dilema terjadi apabila suami ingin bersama isteri.
Dalam hal ini, suami isteri sepatutnya ada cara komunikasi yang jelas. Apabila masing-amsing sering memaklumkan perancangan awal tentang sesuatu perkara, maka tidak akan timbul masalah berbangkit kerana masing-masing sudah sedia maklum.
Sewaktu komunikasi berlaku, pastinya pasangan menuntut penjelasan lanjut; itu dan ini. Komunikasi awal akan banyak membantu melanacarkan urusan harian.
Jika tiada perancangan awal, maka apabila ada urusan yang mengejut dan ia akan menyebabkan dilema, maka jangan salahkan sesiapa.
Salahkan diri sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pasangan, contohnya apabila sang suami berkeinginan bersama atau melakukan hubungan intim namun saat itu isteri sedang lakukan ibadah puasa ganti.
Dalam keadaan ini bagaimana nak bertindak? Diteruskan berpuasa atau membatalkan puasa ganti tadi? Sedangkan kedua-duanya adalah tanggungjawab penting.
Kita ikuti pandangan Dr. Khalid Al-Musyaiqih, pensyarah di Fakulti Syariah, Universitas Muhammad bin Suud KSA.
Dr. Khalid Al-Musyaiqih mengatakan, “Tidak boleh bagi suami untuk membatalkan puasa wajib yang sedang dilakukan isterinya, baik dengan hubungan badan atau lainnya. Baik puasa wajib ini adalah puasa ganti ramadhan atau puasa nazar.
“Jika suami telah mengetahui puasa wajib yang dilakukan isterinya, maka dia berdosa kerana telah dengan sengaja merosakkan puasa isterinya. Dia wajib bertaubat kepada Allah. Seharusnya yang dia lakukan adalah membantu isterinya untuk melaksanakan puasa yang menjadi kewajibannya”
Beliau juga memberikan nasihat kepada pihak isteri,
“Demikian pula, tidak boleh bagi isteri untuk mentaati suami agar membatalkan puasanya. Jika isteri mentaati keinginan suami, dia juga melakukan dosa dan wajib bertaubat kepada Allah. Dan dia wajib mengganti puasa ganti hari itu”
Beliau melarang para suami untuk menyuruh isterinya membatalkan puasa ganti, kerana puasa ini, termasuk puasa wajib.
Sementara puasa wajib tidak boleh dibatalkan tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Tatkala diajak suami untuk berhubungan intim, ia bukanlah uzur yang membolehkan sang isteri untuk membatalkan puasanya.
Menunaikan kewajiban Allah lebih didahulukan dibandingkan kewajiban makhluk.
Dari Ali bin Abi Thalib r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Khaliq,” (HR. Ahmad 1095, Ibn Abi Syaibah dalam Mushanaf 33717, dan sandarnya disahihkan Syuaib Al-Arnauth). Allahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebenarnya tanpa kita sedar banyak hikmah yang berlaku disebaliknya musibah penularan wabak koronavirus COVID-19 yang semakin serius ini.
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyuruh kita hanya duduk di rumah secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga.
Selain itu ada juga yang mengambil ikhtibar berlaku dengan melakukan penghijrahan.
Seperti hidayah Allah diterima oleh pengacara Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32 tahun atau terkenal dengan panggilan gadis Trivago yang mengakui tampil berhijab sejak beberapa hari lalu selepas mendapat petunjuk dari Allah.
Dia yang mengambil keputusan berhijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada bulan lalu.
Menurut pengacara HLive itu keputusannya berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia kepada Gempak.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.