Setelah 23 Tahun Lahir Tanpa Hempedu, Anak Dayangku Intan Akhirnya Dijemput Ilahi Pada Jumaat Mulia

Share

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang selama ini membesar depan mana akhirnya pergi menemui Ilahi.

Belum sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang, ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya.

Inilah yang dilalui oleh penyanyi era 80-an, Dayangku Intan apabila menerima berita anak perempuannya Wanku Intan Sfarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas melakukan pembedahan hati.

Sebelum itu, anak perempuanya yang juga anak ketiga ini dilahirkan tanpa hempedu iaitu Billiary Artresia dan mempunyai parut di hati.

Malah dikatakan sepanjang hidupnya Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan.

Sebelum itu, arwah telah menjalani pemindahan hati yang didermakan oleh adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hospital Selayang awal Februari lalu.

Dalam artikel di Mstar Online pada 23 Januari lalu, Dayangku Intan memberitahu anaknya terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.

“Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka dariapad dia kecil lagi.

“Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun..pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria. Adik dia akan bertindak sebagai penderma hati,” katanya yang dulu popular dengan lagu Kita Insan Biasa.

Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.

Sebelum itu penyanyi ini juga sering memberitahu perkembangan anaknya sebelum dan selepas melakukan pembedahan hati berkenaan hinggalah akhirnya Allah lebih menyayangi anak ketiganya ini.

Dayangku Intan memaklumkan pemergian anaknya ini di media sosial dan minta segala urusan dipemermudakan.

Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAYANGKU INTAN

IKLAN