‘Selalu solat awal, jaga aurat & tak bercakap hal orang.’ Ini amalan arwah Aizura sebelum meninggal dunia secara mengejut beberapa hari lalu.
Pemergian secara tiba-tiba meruntun hati semua orang. Malahan catatan Aizura Zulkifli iaitu seorang arkitek wanita yang sarat hamil, di Facebooknya menjadi perhatian warga maya.
Malah posting itu menjadi viral dan ramai turut simpati dengan apa yan telah berlaku padanya. Iringan doa buat arwah datang daripada orang ramai biarpun tidak mengenali Aizura secara dekat.
Ternyata Aizura sudah pasti sangat istimewa di sisi Allah, kerana kematiannya disebut-sebut.
Rupa-rupanya Aizura bukan saja isteri dan ibu yang hebat, malahan banyak amalan baik dan kebaikannya yang hanya orang terdekatnya saja tahu. Patutlah Allah sayang. Ikuti perkongsian Siti Aminah Sulaiman dan ternyata Aizura Zulkifi bukanlah orang ‘biasa-biasa’
Semalam balik Melaka untuk ziarah mak, jumpa dengan adik perempuan saya yang merupakan officemate dengan arwah Aizura Zulkifli.
Saya pun tak sangka adik saya kerja sekali dengan arwah di JKR CREaTE di Melaka.
Satu unit, duduk selang beberapa meja. Sugul dan sembap wajah adik saya, puas sudah dia menangis. Rupanya adik rapat dengan arwah Aizura..
Sepatutnya Jumaat ini, dia hendak keluar dengan arwah dan anak-anak arwah, nak bawa beli sepit rambut.
Jaga Aurat & Tak Bercakap Hal Orang
Qadarullah, ajal mendahului segala perancangan manusia.
Ads
Saya beritahu pada adik… Saya pelik dengan arwah sebab lepas dia meninggal dia jadi terkenal macam artis. Nama disebut dekat sana, sini. Siapa dia? Apa amalan hidup dia?
Adik saya kongsi yang arwah selalu solat awal waktu. Bila masuk waktu saja, belum orang lain solat dia dulu akan pergi solat.
Arwah juga tak suka bercakap hal orang. Bila ada kawan berkumpul cakap-cakap, dia hanya akan senyum dan diam saja.
Arwah pakaiannya saiz besar dan menutup aurat.
Ini Amalan Arwah Aizura
Sebelum meninggal arwah hendak belanja kawan-kawan di office, tapi tak kesampaian. Tapi arwah sempat beli kuih-muih untuk kawan-kawan makan.
Adik saya beritahu hari yang arwah beli kuih itu, dia lapar dan puas bila makan kuih yang arwah belanja.
Ads
Arwah bukan jenis marah-marah atau tinggi suara dengan kawan-kawan office. Dia jenis cool sangat.
Arwah juga penyayang dengan anak-anak, kadang arwah akan bawa anak-anak ke office kalau anak tak kesekolah. Sebab itulah adik saya rapat dengan anak-anaknya.
Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.
Arwah berpindah ke JKR Melaka sebab hendak duduk lebih dekat dengan suami dan dua lagi anaknya yang dijaga suami dekat Johor.
Sebelum ini arwah kerja di Kuantan, Pahang. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suami selama 10 tahun.
Banyak lagi tersimpan kebaikan arwah yang diketahui oleh kenalan rapatnya.
Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di Facebook.
Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat-sahabat pembaca,
Untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Kashoorga: Semoga keluarga Aizura tabah berdepan ujian berat ini. Al-Fatihah.
Akan faham kenapa populariti itu sementara. Satu hari nanti akan faham. Bahawasanya semua benda yang dia buat atas tujuan marketing ini hanya akan berakhir di dunia.
Sayang. Seribu kali sayang. Kerana nasihat tak pernah berhasil. Kita nasihat sebab kita sayang. Kita marah sebab kita prihatin.
‘Ya Allah, apa yang telah aku buat di dunia selama ini, aku tersalah mencipta rantaian dosa yang berbahaya. Ampunkan aku dan pulangkan aku ke dunia. Ketika itu, tiada lagi peluang untuk mu. Bukankah kekesalan itu tiada gunanya.”
Sudahlah saudara seislamku, berhentilah. Buatlah sesuatu yang memberi makna pada kehidupan ini dan berfikirlah untuk akhirat mu sama. Ketika masih punya waktu. Janganlah sia-siakan ia dengan berjoget dan menyanyi semata-mata.
Ikhlas dari insan yang telah lama menyepi dari teguran terbuka dan mungkin kini akan kembali semula bila hati tak keruan melihat pelbagai jenis maksiat moden bermaharaja lela hari ini.
Berhentilah. Mungkin sudah sampai waktunya. Kerana kematian itu tak pernah terlambat, tak pernah cepat sesaat.
Jangan berlakon terlupa, dilupakan, melupakan atau apa pun yang berumpunkan kata dasar lupa. Sedar diri ada hutang, bayar sebelum malaikat Izrail datang menyapa. Ramai juga yang liat nak membayarnya.
Jika bertangguh lama, bimbang yang memberi hutang pun kita tak jumpa, samada sudah dijemput Ilahi atau pindah entah ke mana. Ini yang kita perlu elakkan. Bersegeralah bayar sebagaimana dijanjikan.
Jika terjadi siatuasi yang mana kita nak bayar tapi tak tahu di manakah si pemberi hutang berada walaupun sudah mencari merata dan pelbagai cara, maka Islam ada cara untuk kita selesaikan.
Pucuk pangkalnya ia WAJIB dibayar. Kita sebagai pemiutang juga perlu maklumkan kepada ahli keluarga terdekat akan hal ini; kepada siapa, supaya mudah bagi mereka lunaskan bagi pihak kita.
Untuk itu, kita lihat kaedah bayaran yang disarankan:
Carilah alamat si pemberi hutang. Lakukan lah apa sahaja metod. Hubungi rakan-rakan atau berjumpa dengan jiran kediaman lamanya, saudaranya atau sahabat tempat kerjanya. Tiada yang mustahil kan?
Kenalpasti pihak yang sesuai diberikan sedekah dengan jumlah nilai hutang. Sedekah infaq atau wakaf lebih baik lagi kerana pahalanya akan mengalir hingga akhirat buat si pemberi hutang.
Andai bertemu selepas sedekah dilakukan, maka hutang tersebut perlu dibayar juga melainkan jika dia redha dengan sedekah itu.
Jika dia redha, Alhamdulillah, kita bebas daripadanya. Jika sebaliknya, maka kena lah bayar juga dan anggaplah sedekah tadi menjadi pahala buat kita.
Ini lah yang kita nak elakkan. Namun kalau sudah ajal, maka kita wajib mencari ahli warisnya. Jika tak jumpa warisnya, maka jalan akhir ialah dengan menyedekahkannya sebagaimana point pertama di atas.
Apakah ada fatwa menjelaskan tentang bayarannya sebagai wajib. Jawapannya Ya, ada. Sebagaimana dijelaskan dalam fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah berikut;
“Wajib bagi engkau bertanya dan bersungguh-sungguh sampai engkau tahu tempat dan alamatnya. Kemudian engkau kirimkan hak mereka (hutang), jangan terburu-buru (menyimpulkan tidak bertemu). Jika sudah benar-benar tidak bertemu maka bersedekah dengan niat pahala bagi mereka. Apabila engkau bertemu, maka mereka diberi pilihan. Jika mereka menerima sedekah itu, pahalanya untuk mereka dan jika tidak menerima, maka pahala sedekah untuk mu dan engkau tetap wajib membayar hutangmu”
Imam An-Nawawi berkata, “Ghazali menyebutkan, barangsiapa yang menyimpan harta haram dan dia hendak bertaubat dan hendak lepaskan diri dari harta haram tersebut. Jika ada pemiliknya maka dikembalikan padanya atau kepada wakilnya. Jika pemiliknya sudah meninggal, wajib menyerahkan kepada ahli warisnya. Namun jika pemilik dan ahli warisnya tidak diketahui juga dan sudah bersungguh-sungguh mencari, maka hendaknya harta tersebut disedekahkan untuk kemaslahatan kaum Muslimin, seperti untuk membangun jembatan, masjid, menjaga perbatasan negara Islam, dan sektor lain yang bermanfaat untuk segenap kaum Muslimin atau boleh juga dia sumbangkan kepada fakir miskin.”
Semoga keterangan ini memberi manfaat.
Kashoorga: Jika selesai baca artikel ini, maka segeralah recall semula.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kadang kala kita mencari kesempurnaan tanpa sedar Allah membenci perbuatan kita itu. Kadang ada merasakan dirinya hebat, ketua yang bagus (pada pandangan diri kita saja) tapi tanpa sedar pekerja membenci kita dalam diam.
Ustaz Azhar Idrus berkongsikan enam jenis perangai dibenci Allah. Kalau Allah sudah benci (kerana perangai kita ini dan kita tidak mahu mengubah sikap itu) apalah nilai hidup kita di dunia ini? Ternyata hanya sia-sia.
صحيحابنحبان
Kitab Hadith Sahih Ibnu Hibban
Yaitu terjemahan daripada sebahagian hadith dari kitab Sahih Ibnu Hibban dan saya tulis sedikit keterangan.
Ini 6 jenis perangai dibenci Allah
Berkata Imam Ibnu Hibban : Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata Rasulullah saw bersabda :
Artinya : “Sungguhnya Allah benci akan setiap orang yang kasar lagi sombong dan yang rakus mengumpul harta dan yang berteriak di pasar dan yang jadi bangkai di malam hari dan yang jadi keldai di siang hari dan yang tahu urusan dunia tapi jahil urusan akhirat.”
Hadith seumpama ini ada dikeluarkan juga olih Imam Ahmad dan Bukhari dan Muslim dan Abu Daud dan Tirmizi dan Ad-Darimi dan Al-Baihaqi dan lainnya.
KETERANGAN
Hadith ini datang pada menerangkan enam jenis manusia yang sangat dibenci olih Allah Taala.
Dan terdapat disana hadith-hadith yang semakna dengan hadith di atas yang diantaranya hadith yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah saw bersabda : أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ وَأَهْلِ الْجَنَّةِ؟ أَمَّا أَهْلُ الْجَنَّةِ فَكُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعِّفٍ أَشْعَثَ ذِي طِمْرَيْنِ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ، وَأَمَّا أَهْلُ النَّارِ فَكُلُّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ جَمَّاعٍ مَنَّاعٍ ذِي تَبَعٍ
Artinya : “Adakah kamu sekelian mahu aku beritahu tentang ahli syurga dan ahli neraka? Ketahuilah ahli syurga itu kebanyakkannya kalangan mustadh’afin yang dipandang lemah yang jika dia bersumpah atas Allah nescaya dia akan tunaikannya. Dan adapun ahli neraka itu maka kebanyakkannya ialah orang-orang kasar perilakunya lagi sombong dan rakus mengumpul harta dan ramai penyokong.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Dan pada riwayat Suraqah bin Malik r.a. Nabi saw bersabda : أَمَّا أَهْلُ النَّارِ فَكُلُّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ
Artinya : “Adapun ahli neraka itu maka kebanyakkannya ialah orang yang kasar perilakunya dan orang yang rakus mengumpul harta dan orang yang sombong.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)
جعظري
KERAS LAKU DAN ANGKUH
Berkata ulamak maknanya ialah :
جَعْظَرِي وهو الرجلُ الفظُّ الغليظ المستكبرُ
Artinya : “Makna Ja’zhori ialah lelaki yang yang kasar percakapan dan kelakuannya serta angkuh.”
Maksudnya seorang yang bila bemuamalat dengan manusia dia bercakap dengan kasar dan gerak gerinya kasar tidak tahu berbudi bahasa serta angkuh kepada orang yang berurusan dengannya.
Orang seperti ini tidak peduli dengan siapa dia bercakap dan berurusan samada orang tua atau orang alim atau saudara mara atau orang yang mempunyai kedudukan. Pendeknya dia tidak tahu membezakan dengan siapa dia bercakap dan berurusan sentiasalah dia dengan sikap kerasnya dan angkuhnya.
Dia bercakap dengan orang tua seperti dia bercakap dengan orang muda dan dia bercakap dengan ulamak seperti dia bercakap dengan orang jahil dan dia bercakap dengan sanak saudaranya sendiri seperti dia bercakap dengan kawan-kawannya tiada langsung dia tahu untuk berlemah lembut dan memulikan orang dan tidak ada dalam dirinya rasa segan silu kepada orang.
جوَّاظ
RAKUS MENGUMPUL HARTA
Berkata Ulamak :
الجوَّاظ فهو الجَموعُ المنوعُ
Artinya : “Makna Al-Jawwaz ialah orang yang mengumpulkan harta dengan cara yang dilarang.”
Maksudnya orang yang sangat rakus mengumpulkan harta dan lagi cara dia mengumpulkan harta itu bukan dengan tujuan yang benar.
Bermula mencari harta itu bukanlah perkara yang dilarang olih syarak akan tetapi hendaklah dengan tujuan dan cara yang benar.
Berkata Dr Ahmad Syarif An-Na’san :
وأمَّا المالُ الذي يجمعه المرءُ المسلمُ من حلالٍ بنيةِ أن يسْترَ به نفسَهُ وينتفعَ بهِ هو أو غيرُه أو ينفقَهُ على أولادِهِ وعلى أبويهِ وغيرِهما من أقاربِه بغيرِ نيةِ التَّوصُّلِ إلى الفخرِ والتكبرِ على الناسِ فإن ذلكَ المالَ ليسَ بمذمومٍ
Artinya : “Dan adapun harta yang mengumpulkannya olih seorang Islam dari sumber yang halal dengan tujuan untuk belanja keperluan diri dan mengambil menafaat dengan harta itu olihnya atau orang lain atau membelanjakan sebagai nafaqah anak-anaknya dan kedua ibu bapanya dan lain dari keduanya seperti kaum kerabatnya tidak dengan tujuan berbangga-bangga dan sombong atas manusia maka sungguhnya yang demikian itu bukanlah ia dicela pada syarak.”
Ulamak menyebut antara cara mencari harta dan tujuan yang tidak benar itu ialah bertujuan untuk melakukan perkara yang tidak elok atau kasih ia kepada harta atau bertujuan memuaskan nafsu dan syahwatnya atau kerana bermegah-megah pada manusia atau bakhil ia dengan hartanya itu.
Berkata Fuqahak :
الجوَّاظ فهو الجَموعُ المنوعُ أي الذي يَحرِصُ على جمعِ المالِ بنيَّةٍ فاسدةٍ، وهي أن يكون جمْعُهُ للمالِ حبًّا بالمالِ من حَيثُ ذاتُه ليتوصلَ لإشباعِ شهواتِه المحرَّمةِ وليفخَرَ بهِ على الناسِ ويبطُرَ به بطَرًا ويتكبرَ على عبادِ اللهِ ويبخلَ عن دفعِ المالِ في ما أمرَ اللهُ تعالى بالإنفاقِ فيه
Artinya : “Bermula makna Al-Jawwaz maka yaitu mengumpulkan harta yang ditegah syarak artinya orang yang tamak atas mengumpulkan harta dengan niat yang tidak elok dan bahawa mengumpulkan harta itu kerana dia sangat kasih kepada harta itu sendiri supaya memuaskan syahwatnya yang diharamkan dan bertujuan membanggakan diri atas segala manusia dengan merendahkan orang lain dan sombong atas hamba-hamba Allah dan bakhil pula dia dari membelanjakan harta pada barang yang disuruh olih Allah Taala dengan bersedekah padanya.”
Ketahuilah bermula mengumpulkan harta dari jalan yang halal supaya membelanjakannya pada perkara yang dihalalkan olih Allah Taala itu bukanlah ia suatu yang dicela kerana pada harta itu ada yang dicela olih syarak dan ada yang dipuji olih syarak.
Maka harta yang yang dicela syarak itu ialah harta yang dikumpulkan olih seseorang dengan jalan yang tidak halal dan orang seperti ini sebenarnya tiada baginya kisah langsung adakah harta yang didapatnya itu halal atau haram kerana yang menjadi kepentingan dalam dirinya ialah mendapatkan harta.
Bermula harta yang dipuji syarak itu ialah harta yang didapat dengan cara yang halal dan harta yang dicari dengan tujuan menunaikan kewajipan memberi nafaqah kepada kaum keluarga dan harta yang bertujuan disedekahkan dan dikongsikan dengan saudara mara dan orang ramai bukan untuk dikumpulkan semata sehingga disebut dia sebagai orang yang banyak harta.
Dan sememangnya mencari harta itu walaupun dibenarkan olih syarak tetapi ada padanya banyak kebinasaan yang antaranya ialah orang yang mencari harta itu sedikit sebanyak akan lalai dari akhiratnya.
Maksudnya sekalipun seorang itu mencari harta benda bukan dengan cara berlumba-lumba memperbanyakkan dan menimbunkannya dia sudah lalai dari akhiratnya apalah lagi dengan mereka yang tamak dan berlumba-lumba mencari dan memperbanyakkan harta.
Artinya : “Telah melalaikan akan kamu sekelian olih urusan membanyakkan mencari harta benda sehingga masuk kamu sekelian ke dalam kubur.” (At-Takasur : 1 & 2)
Sesungguhnya barangsiapa yang mengambil harta dengan cara yang tidak sebenar pasti dia tidak akan puas dengan apa yang telah diperolehinya itu maka kerana itu kita lihat seorang itu sekalipun telah hampir kepada kuburnya dia masih rakus mencari dan mengumpulkan harta.
Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi saw bersabda :
Artinya : “Bermula harta ini sedap dilihat. Maka siapa yang mengambilnya dengan cara yang benar dan dibelanjakan dengan cara yang benar maka itulah nikmat terbaik baginya. Dan siapa yang mengambilnya dengan cara yang tidak sebenar nescaya adalah dia seperti orang yang makan tetapi tidak pernah kenyang.” (Hadith riwayat Muslim)
Maka sayugianya kita semua memelihara diri dari termasuk dalam kalangan orang yang dibenci olih Allah dengan sebab harta benda.
Sebaiknya biarlah harta yang kita dapat itu ialah harta soleh yang disebutkan di dalam hadith-hadith Nabi saw.
Telah diriwayatkan daripada ‘Amr bin Al-‘Aas r.a. adalah Nabi saw telah bersabda baginya :
Artinya : “Wahai Amr! Sebaik-baik harta yang soleh itu ialah untuk seorang yang soleh.” (Hadith riwayat Ahmad dan Bukhari dan Muslim dan lainnya)
سخّاب بالأسواق
BERTERIAK DI PASAR
Berkata Fuqahak maknanya :
يُكثرُ الصياحَ والكلامَ في سبيلِ جمعِ المالِ
Artinya : “Membanyakkan berteriak dan bercakap pada usaha mengumpulkan harta.” Dan kata setengahnya maknanya ialah :
يكثر في لأسواق الصياح والصخب والحلف في البيع والشراء، والكذب إلا ما ندر، والغش في البيع والشراء
Artinya : “Membanyakkan pada tempat-tempat berniaga dengan berteriak dan bertempik dan juga bersumpah pada jual beli dan bercakap bohong melainkan sedikit (yang tidak seperti demikian). Dan menipu ketika melakukan perniagaan.”
Yang dimaksudkan dengan perkataan pasar-pasar itu ialah orang yang berniaga olih kerana terlalu rakus untuk mendapatkan keuntungan dia berteriak di pasar-pasar atau di tepi-tepi jalan sehingga keluarlah perkataan yang sangat banyak terkadang seperti orang hilang aqal. Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. beliau berkata : Nabi saw bersabda :
Artinya : “Barangsiapa banyak perkataannya maka banyaklah salahnya dan barangsiapa banyak salahnya nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya nescaya adalah neraka itu layak dengannya. Maka barangsiapa yang beriman ia dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau dia diam sahaja.” (Hadith riwayat At-Tabarani)
Antara perkataan yang menjerumuskan orang berniaga kepada dosa dan azab neraka ialah berdusta dan sengelat dan sumpah dusta dan seumpamanya.
Pada zaman kita sekarang banyak terjadi apa yang telah disabdakan olih Nabi saw ini yaitu ramai yan berniaga di dalam media sosial dalam keadaan yang dijelaskan di dalam hadith yaitu bertempik dan berteriak dan setengahnya sampai berkata yang dusta dan masuk pada perkataan yang aib dan lucah demi meyakinkan orang yang mendengar supaya berminat dengan barangan jualannya.
Dan tidak kurang yang melanggar peraturan berpakaian ketika berniaga seperti mendedahkan aurat dan berpakaian ketat dan seksi yang menjolok mata dan pakaian-pakaian yang diharamkan syarak orang Islam memakainya.
جيفة بالليل
BANGKAI DI MALAM HARI
Berkata setengah ulamak maknanya ialah :
كناية عن كثرة نومه وخموله وعدم قيامه لصلاة الليل
Artinya : “Satu sindiran dari banyak tidurnya dan banyak malasnya dan tiada bangun ia bagi solat malam.”
Dan kata setengah ulamak pula maknanya ialah :
يستغرقُ ليلَهُ بالنومِ ولا يهتمُ بأن يكسبَ في ليلهِ من الصَّلواتِ ويتزودَ من الطاعاتِ
Artinya : “Menghabiskan waktu malamnya dengan tidur sahaja dan tidak mementingkan usaha melakukan amal pada waktu malam seperti solat dan mencari bekal amal taat.”
Dan kata setengah ulamak pula :
إذا جاء الليل استلقى على فراشه وبقي كالجيفة إلى الصباح.
Artinya : “Orang-orang yang apabila tiba waktu malam hanyalah dia tahu berbaring di atas tempat tidurnya dan begitulah kekal ia seperti bangkai sampai waktu pagi.” Tidak beribadah pada waktu malam dan hanya tidur dan berehat itu samalah seperti binatang dan tetapi pada hadith ini Nabi saw lebih keras memberi amaran sehingga Nabi saw menyerupakan orang-orang yang berperangai seperti ini sama seperti bangkai yaitu haiwan yang telah mati lagi busuk baunya.
حمار بالنهار
KELDAI DI SIANG HARI
Berkata setengah ulamak makna kaldai di siang hari ialah :
أن همَّهُ التفننُ بالأكلِ والإكثارُ من الملذاتِ وينشغلُ بذلكَ عنِ القيامِ بما افترضَهُ اللهُ تعالى عليه Artinya : “Bahawasanya cita-citanya hanyalah mempelbagaikan makan minum dan membanyakkan kelazatan dan hanya sibuk dengan perkara tersebut hingga tidak ada masa dalam hidupnya untuk mendirikan segala perintah yang telah difardukan olih Allah Taala ke atasnya.”
Dan kata setengah ulamak :
ومعنى حمار بالنهار: أنه بليد في فهمه، منهمك في عمله الدنيوي لا يلتفت إلى سواه من الطاعة والعبادة
Artinya : “Bermula makna keldai di siang hari itu ialah seorang yang sangat bodoh atau dungu otaknya hanya asyik dengan pekerjaan mencari dunia di siang hari tiada pedulikan kepada perkara-perkara taat dan ibadah.”
عالم بالدنيا جاهل بالاخرة
TAHU TENTANG DUNIA JAHIL TENTANG AKHIRAT
Di dalam Al-Quran sudah memberitahu bahawa kebanyakkan manusia itu adalah jahil. Majoriti manusia itu hanya pandai dalam ilmu bagi kehidupan di dunia akan tetapi tentang akhirat mereka adalah orang yang jahil.
Artinya : “Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya akan tetapi kebanyakkan manusia itu jahil tidak mengetahui. Mereka hanya tahu tentang zahir hidup di dunia sedangkan tentang akhirat mereka adalah orang-orang yang lalai tidak tahu apa-apa.” (Ar-Rum : 6 & 7) Ketahui olihmu bahawa seburuk-buruk orang itu ialah yang hanya pandai dalam soal mencari duit dan harta tetapi sangat jahil lagi bodoh tentang hal-hal berkait akhirat.
Berkata Ulamak :
من ءاتاهُ اللهُ عزَّ وجلَّ المالَ وكان عارفًا بطرقِ جمعِ المالِ وهو جاهلٌ بأمورِ الدّينِ أي بما افترضَ اللهُ تعالى عليه معرفَتَهُ من علمِ الدينِ فهو من شرِّ خلقِ اللهِ
Artinya : “Barangsiapa yang diberikannya olih Allah akan harta benda dan dia pandai dalam urusan mendapatkan harta sedang dia jahil dengan urusan agama yakni dia jahil akan perkara yang difardukan olih Allah Taala ke atasnya maka dia adalah seburuk-buruk manusia.”
Dan kata ulamak yang lain :
هو عالم بأمور دنياه ولكنه جاهل بأمر دينه لا يهتم به ولا يسأل عنه
Artinya : “Maknanya ialah orang yang hanya tahu dengan urusan-urusan dunia akan tetapi dia jahil dengan urusan agama dan tidak ambil berat dengannya dan tidak pula bertanyakan daripadanya.”
Maksudnya orang yang hanya mementingkan ilmu tentang dunia sahaja kerana disitu ada kepentingan mencari harta dan kesenangan makan minum dan berumah tangga dan mendapatkan kenderaan serta tempat tinggal sedangkan mereka ini adalah orang yang jahil lagi bodoh tidak tahu apa suatu tentang ilmu agama.
Kesimpulannya hadith ini datang bagi memberi amaran ke atas orang-orang beriman dan berjaga-jaga supaya menjauhkan sejauh mungkin dari sekelian perangai yang sangat dicela ini dan bersungguh menghiaskan dirinya dengan lawan baginya daripada akhlak-akhlak yang mulia. wallahua’lam. Ustaz azhar idrus (gambar sekadar hiasan: Sumber internet)
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku”
Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.