Saat sah akad nikah, setiap pasangan  mengimpikan rumahtangga yang bahagia hingga ke tua. Membina masa depan, bersusah senang bersama. Adat dalam rumahtangga akan ada perselisihan tetapi semua masalah itu boleh diselesaikan dengan berkomunikasi dan memperbaiki hubungan.

Namun perkara paling perit tentunya dicurangi oleh pasangan. Dari satu perkongsian Tik Tok @angguni, wanita ini berkongsi suka dukanya dalam perkahwinan.

Berasal dari Bandung, Indonesia, Angguni menjelaskan dirinya bernikah pada 2019. Namun rumahtangganya tidak kekal lama kerana selepas setahun berumahtangga, bekas suaminya curang lalu menikahi pelakon di negara terbabit pada 17 Ogos tahun lalu. Kecewa dengan apa dilaluinya dan masalah rumahtangga yang tiada kesudahan sedangkan suaminya sudah pun bernikah lain, dia mengambil keputusan merujuk ke pejabat agama.

https://www.tiktok.com/@anggunifebby/video/6966034970775194882?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338

Selepas urusan cerainya selesai, dia pulang ke rumah ibu bapanya. Akui alami depresi dan hilang harapan kerana masalah rumahtangganya namun Allah memberinya kekuatan untuk bangkit dari perjuangan hidup. Di Bandung, dia membuka perniagaan hijab atas nama Victorybalance dan rezekinya mencurah. Terkini dia sudah pun berangkat ke Italy selepas mendapat kontrak sebagai jurulatih badminton bagi kanak-kanak di sana.

Katanya, bekas suaminya boleh menyakiti hatinya tapi tidak boleh mematahkan semangat dan mimpi-mimpinya.

IKLAN

Begitulah kehidupan kita, rasa kecewa itu pasti dirasai namun kita seharusnya bangkit kerana hidup harus diteruskan. Bukan semua akan menemui bahagia dalam rumahtangga namun bahagia itu boleh didapati dengan cara yang berbeza.

Suami Curang Pilih Pelakon, Wanita Bangkit Berjaya Dalam Bisnes & Kini Berkelana ke Itali Sebagai Jurulatih Badminton

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

IKLAN

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

IKLAN

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI