Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. Ini yang selalu suami-suami lupa walaupun bukan semua suami culas memberi nafkah kepada isteri. Janganlah diabaikan nafkah isteri. Dapat sikit, beri sikit, dapat banyak, beri banyak kerana pentingnya isteri reda dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak reda, bimbang sempit rezeki suami. Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup? Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia reda untuk segala nafkah suami terhadap isteri?
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI
Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.
Ads
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Ads
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.
KAHWIN BUKAN UNTUK SEDAP SEMATA
Ads
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.
Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rezeki suami tiba-tiba mengalir deras. Salah satu sebab rezeki mengalir laju bak air yang mengalir ialah apabila si suami menyantuni isterinya dengan baik. Apabila isteri bahagia maka melalui doa seorang isteri rezeki si suami sentiasa datang mendekat.
Ramai suami mungkin tidak tahu bahawa rezeki mereka dengan izin Allah mengalir dengan lancar atas peranan seorang isteri. Seorang isteri pasti sangat bahagia jika mendapat julukan isteri pembawa rezeki. Jadi para suami, jika mahu rezeki anda mengalir deras, sentiasa memberikan layanan yang baik kepada isteri.
Berikut perkongsian Fadzil Zahari di laman Instagramnya betapa penting seorang suami berbuat baik kepada isterinya. Moga bermanfaat untuk semua.
Assalamualaikum… selain berbuat baik pada ibu bapa ni saya share sikit
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami.
Dikongsikan ciri-ciri isteri menghadirkan rezeki menjadi deras untuk suaminya menurut Islam.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur. Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki. Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur. “Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
2. Isteri yang tawakal “Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3). Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain. Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya. “Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim). Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?
Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang suka bersilaturahim Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya. “Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya.
Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah. “Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).
7. Isteri yang bertakwa.Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.
Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3. “Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya. “Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).
9. Isteri yang mengamalkan solat dhuha Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa. “Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya. Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang.
Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.
Sumber kredit: @Fadzil Zahari
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya.
Pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew menjadikan ramai orang terbuka hati untuk menerima dakwah yang cuba disampaikannya.
Menjadikan sosial media seperti Instagram miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah secara ‘halus,’ nyata usaha dan pendekatannya telah berjaya ‘mencuri’ hati ramai netizen.
Antara yang sering dikongsikan oleh Ebit Lew ialah tentang bagaimana dia menyantuni isterinya. Berikut perkongsian Ebit Lew. Moga dijadikan contoh buat para suami.
Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6.
Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital. Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan..
Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau…isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah..
SELALU MEMAHAMI
Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat. Doa dan sokongan ibu bapa dan ibu bapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya. Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan. Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.
Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan…
HARGAI ISTERIMU
Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.
Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta’lim bersama anak-anak.
Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah. Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu-ebit lew
Dalam satu perkongsian di laman Instagram penceramah bebas, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din berkongsi rasa tentang kesyukurannya menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Coretannya begitu tulus dan ikhlas buat isteri tercinta.
Moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Happy 1st Anniversary Da’i Wan & Dr Syahirah. 17/3/2018 – 17/3/2019.?❤️
Sebenarnya dari semalam lagi ingin sahaja ku panjangkan perbualan kita ketika sedang bercakap di dalam Phone. Tetapi sebab ku faham, dirimu begitu penat kini, pulang jam 11.30 kemudian nak siap2 untuk pergi semula. Jam 4 pagi telah bangun. Maka ku pendekkan perbualan kita, tapi ku panjangkan dalam pengisian di ruangan ini.
Wahai isteri ku @syahirah_zamzari . Terima kasih untuk 1 tahun ini. Dikau tidak sama dengan wanita diluar sana. Punyai cara pemikiran yang tersendiri. Bijak dan matang orangnya. Kehadiranmu sebagai isteri telah banyak menghadirkan wacana pemikiran yang sangat baik buat diriku. Daku bersyukur menjadi suamimu. Moga dalam kesibukan kita menguruskan urusan masing-masing, senantiasa kita berada dalam kerinduan bawah jagaan Ilahi.
Ingat selalu pesanku, jagalah solatmu, jagalah doamu, jagalah akhlakmu pada Allah swt terlebih dahulu. Dengan itu Allah swt akan jagakan hubunganmu dengan manusia, baik dengan diriku sebagai suamimu, dengan ayah ibu kita, dengan adik beradik kedua-dua keluarga kita dan juga orang sekeliling.
SAYANG KERANA ALLAH
Wahai isteriku, daku menyayangimu kerana Allah swt, maka pada Allah daku sandarkan harapan agar Dia melindungi dan menjagamu disaat ku tiada. Sedar tak sedar, sudah 1 tahun kita bersama. Lihatlah betapa masa hari ini berputar laju meninggalkan orang-orang yang mungkin telah banyak kerugian di dalamnya.
Saat selagi Allah swt berikan kita berdua masa, maka daku minta, untuk kita sama-sama menghargainya. Dengan menghargai kita akan lebih menyayangi dan mencintai semula. Kesibukan tidak pernah mampu memisahkan kerinduan kita. Ingat tu. Kesungguhan kita menyumbang bakti pada masyarakat tidak akan pernah melemahkan kasih sayang kita berdua.
Biarlah kita menjadi pasangan yang kelihatan tidak punyai keindahan hidup berdua pun pada mata dunia, tapi cukuplah mereka tahu kita layak dijadikan contoh, khususnya pada pasangan2 lain diluar sana, tentang bagaimana kita sebenarnya mencari bekal untuk hidup bersama di akhirat kelak.
Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama duhai isteriku.