Dalam kita menyempurnakan solat, perlu ada 13 rukun tertib yang perlu dibuat. Dan jika tertinggal salah satu daripadanya solat kita boleh jadi tidak sah.
Namun begitu sebenarnya jika melakukan tertib iaitu sujud dalam rakaat terakhir jangan lupa untuk membacakan doa ini.
Ini kerana dikatakan manfaat membaca doa ini ketika sujud terakhir dalam solat amatlah luar biasa.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam satu perkongsian ada memberitahu mengenai perkara ini.
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
Ads
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
Ads
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
SUMBER: FACEBOOK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berkatalah yang benar walau pun pahit kerana ia lebih baik daripada terus berpura-pura. Dalam rumah tangga, ada baiknya suami atau isteri berbicara tentang kebenaran. Mengapa harus bersandiwara sedangkan natijahnya akan memburukkan keadaan pada masa hadapan.
Teguran orang yang paling hampir dengan kita selalunya kebenaran, tetapi ia juga selalunya menyakitkan. Apabila pasangan kita memberi teguran, terimalah, walaupun pahit. Jika terlalu pedih, diamkan diri. Jangan melenting, apa lagi berdendam.
Selagi pintu hati kita tidak terbuka menerima teguran, selagi itulah kita tidak akan mampu membuat perubahan. Pedulikan niat orang yang menegur, samada dia ikhlas atau sebaliknya. Yang penting hati kita… cubalah ikhlas menerimanya.
Jika orang yang paling rapat dan paling menyayangi itupun enggan kita terima tegurannya, bayangkan siapa lagi yang boleh kita harap untuk menegur kita. Tegur menegur ialah tradisi sebuah rumah tangga yang baik.
Berikut ialah tips untuk memberi dan menerima teguran dalam rumah tangga:
1. Yang menegur cubalah ikhlaskan hati. Hati yang ikhlas akan menggamit datangnya bantuan Allah untuk memudahkan orang yang ditegur menerimanya.
2. Gunakanlah bahasa dan ayat yang lembut untuk menegur. Nabi Musa AS pun dididik oleh Allah untuk menggunakan kata-kata yang lembut untuk menegur Firaun.
3. Yang ditegur, dengarlah dengan mata, telinga dan hati. Anggaplah teguran itu sebagai suluh yang menerangi titik buta kita.
4. Jika menyakitkan, jangan membalas sebaliknya diam… ambillah tempoh bertenang untuk memikirkannya.
5.Yang menegur dan ditegur, jangan sekali-kali mempersoalkan keikhlasan pihak lain. Katakan dia ikhlas…cuma mungkin cara memberi atau menerimanya sahaja yang kurang tepat.
Ada orang dimurahkan rezeki, ada orang rezekinya sempit sedangkan usaha yang dilakukan tak jauh beza pun antara kedua-duanya. Pernah nampak atau alami keadaan ini?
Sudah macam-macam cara dilakukan, tetapi masih tidak berubah, rupa-rupanya ada tabiat buruk kita di rumah penyebab rezeki sempit atau kurang masuk.
Salah satu faktor penyebab utama ialah kurangnya kesedaran kita terhadap penjagaan kebersihan di rumah.
Rumah sebagai tempat berteduh dan berehat sekeluarga sepatutnya berada dalam keadaan tip top. Setiap ahli keluarga wajib mainkan peranan.
Sesungguhnya untuk mempermudahkan laluan rezeki, maka permudahkan juga lah malaikat Rahmat untuk masuk ke rumah. Rumah yang kotor, malaikat pun ‘segan’ hendak ziarah.
Sebagaimana hadis yang diriwatkan al-Tarmizi
Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi
Singki berdaki, lantai dan dinding berlumut apatah lagi mangkuk tandas pun kotor. Tandas adalah antara tempat yang kotor dan ia sangat digemari oleh jin dan syaitan.
Bagaimana kita hendak menjemput malaikat Rahmat masuk sekiranya banyak jin dan syaitan di rumah? Mulai hari ini, pastikan ada jadual membersih bilik air dan tandas untuk setiap ahli keluarga mengikut kesesuaian.
Bagai rumah ditinggal lama walaupun tuan rumah setiap hari ada dan malas hendak bersihkan sawang yang menari-nari di bucu siling.
Jika rumah bersawang, sekeluarga pemalas dan abaikan kebersihan rumah ini disebabkan oleh hasutan syaitan.Syaitan amat gemar bersahabat dengan manusia pengotor.
Kalau nak tahu keperibadian seseorang, lihat bagaimana dia titik beratkan kebersihan rumahnya. Tempat paling mudah ialah di singki dapur.
Jika singki penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor, ini bermakna kita memberi jin dan syaitan makan sisa makanan berbaki dalam pinggan dan mangkuk kotor.
Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.
Sediakan tong sampah yang boleh ditutup rapat terutamanya di dapur. Untuk sampah sisa makanan, buang ke tong sampah di luar rumah sebelum tidur.
Pastikan kita memutup rapat pintu tandas setiap masa. Tandas adalah tempat ‘kotor’ di rumah.
Jin serta syaitan amat menyukai tempat ini. Apabila syaitan bebas keluar masuk ke rumah kita, sukar untuk rezeki mengalir laju kerana malaikat Rahmat tidak mahu menghampiri rumah kita.
Pakaian yang bersih adalah penting semasa kita ingin melakukan solat. Pastikan kita mencuci bersih pakaian tersebut dengan mengasingkan jenis pakaian yang dicuci.
Bersihkan dahulu secara berasingan pakaian dan seluar dalam kita sebelum dicampur dengan pakaian lain. Dan pastikan juga kita sentiasa membersihkan mesin basuh, kerana ia juga ‘sarang’ kekotoran.
Asasnya di sini ialah, kita wajib menjaga kebersihan di rumah bagi membolehkan rezeki mengalir lancar. Rumah yang kotor, akan turut dihuni oleh jin dan syaitan.
Kashoorga : Kebersihan bermula dari didikan awal ibubapa. Anak melihat contoh pertama di depan mata. Gaya hidup yang tidak bersih, tidak diredhai Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Trending hari ini di laman sosial berkenaan siapakah bakal pengganti Perdana Menteri setelah Tun Dr Mahathir dikatakan meletak jawatan.
Malah sejak semalam lagi para pengamal media berkampung di beberapa lokasi untuk mendapatkan cerita sahih.
Dan petang tadi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, memberitahu bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk.
Walaupun usia Tun Dr Mahathir kini sudah mencapai 95 tahun, tetapi beliau masih lagi sihat, cergas dan berupaya untuk menguruskan sebuah negara berbekalkan pengalaman selama 22 tahun memerintah.
Dan hari ini melihat pada usianya beliau tetap aktif dan cergas menjalankan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.
Jika orang lain pada umur begini, mungkin pergerakan tidak begitu aktif, nyanyuk ataupun hanya duduk sahaja di rumah.
Tetapi perwatakan Tun Dr Mahathir jauh berbeza. Beliau kelihatannya masih punya karisma, cukup sihat, aktif dan mempunyai daya fikiran yang sangat tajam.
Agaknya apa rahsia Tun Mahathir kekal begitu biarpun sudah berada di penghujung usia.
Dalam satu temubual bersama Sinar Harian Online, Tun Dr Mahathir berkata tiada rahsia diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Tiga perkara yang diamalkan adalah tidak merokok, tidak minum arak dan jangan makan terlalu banyak.
Selain itu beliau juga turut menjaga soal pemakanannya. Tun Mahathir juga akan pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut mudah jadi besar.
Selain itu beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan lebih mudah untk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
Tun Dr Mahathir yang turun padang sekali lagi dalam kancah politik selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke empat sebelum ini, turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dulu.