‘Suka bersedekah, anak yang taat dan penyayang.’ Kematian pelumba drag kehilangan besar buat keluarga. Malah turut dirasai kenalan terdekat.
Anak yang baik dan taat tentu saja membuatkan kedua ibu, bapa terasa berat untuk menerima takdir ini. Namun sebagai hamba-Nya, seharusnya kita redha dengan setiap Ketentuan Allah SWT.
Pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi, 22, disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.
Menurut kakak allahyarham, Noor Amalia, 27, sikap berkeras Muhammad Hattem yang bersungguh-sungguh mahu memberikan memberi wang tunai RM1,500 kepadanya untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya dan ibu, Munirah Ahmad, 58 pada Julai lalu antara kenangan terakhir bersama adik bongsunya itu.
Di samping itu, jelas Noor Amalia, pada 26 Ogos lalu, Allahyarham mahu membelikan hadiah sempena hari lahir ibu mereka pada 20 Julai dan hari lahirnya pada 13 Julai lalu.
Anak Yang Taat & Penyayang
“Tarikh lahir kami bertiga kebetulan jatuh pada bulan Julai dan tarikh lahir Hattem pada 22 Julai. Dia kata ambil lah (duit) nanti aku tidak sempat bagi.
Ads
“Saya tidak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Malah tambahnya lagi, pada awalnya Allahyarham mahu membuat kejutan untuk membeli cincin emas kepada ibu dan dirinya namun gagal selepas pekerja kedai emas menghubunginya bagi mendapatkan saiz cincin.
Kematian Pelumba Drag
“Dia kalau keluar jumpa kawan-kawan bawa mama. Sesetengah orang malu nak lepak dengan kawan bawa ibu tapi dia tidak. Sebab itu semua kawan-kawan arwah kenal mama,” ujarnya.
Terdahulu, jenazah pelumba drag itu yang meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Star, Kedah.
Pemergian pelumba yang mewakili pasukan ESR Motor itu bukan sahaja dirasai ahli keluarga malah rakan dan kenalan apabila ribuan hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.
Ads
Difahamkan, kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi termasuk mengiringi pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang di sini sejauh 250 meter.
Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang pada jam 12 tengah hari pada Selasa.
Kehilangan Besar Buat Keluarga
Menurut Noor Amalia, dia paling rapat dengan Allahyarham dan kehilangannya secara tiba-tiba sangat memberikan kesan, namun dia reda dengan apa yang berlaku.
“Arwah juga seorang yang tidak pernah melawan cakap ibu ayah mahupun abang dan kakak-kakaknya. Bila kita marah dia memang akan diam. Memang kami rasa bagaikan mimpi dan terasa dengan kehilangannya.
Ads
“Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah kerana sebelum ini sentiasa bersamanya. Dia sering menangis apabila melihat gambar Hateem yang dipanggil ‘Achu’,” ujarnya lagi.
Adakah wajib haji bagi seorang wanita yang menunaikan haji secara bersendirian. Secara umumnya seorang wanita adalah diwajibkan untuk menunaikan fardhu haji sekiranya dia berkemampuan.
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram” Riwayat Bukhari (1088)
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat halangan-halangan yang membawa kepada keadaan tidak berkemampuan terhadap seseorang, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atasnya.
Berdasarkan persoalan di atas, tidak wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan haji dan dia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang tsiqah iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang.
Akan tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan tsiqah atau seorang diri sekiranya dia yakin terjamin keselamatan dirinya.
Zaman ini ramai berlumba-lumba menghasilkan “content” di pelbagai medium seperti facebook, Instagram, YouTube dan banyak lagi. Ada sesetengah isi kandungan penyampaian dilihat tidak sesuai namun demi meraih jumlah penonton tinggi, ramai sanggup berbuat di luar kebiasaan.
Mungkin rasa hidayah belum terjentik di hati, ramai yang tidak sedar kita sudah di akhir zaman di mana kita selalu dilekakan dengan hiburan tidak berfaedah, muzik video yang menyanjung budaya Barat dan lain-lain lagi.
Ternyata teguran secara halus dan terhormat dari Ustazah Asma’ Harun untuk artis yang juga sepasang suami isteri baru mendirikan rumah tangga menghasilkan content tidak sesuai dengan budaya masyarakat ini harus difahami isinya.
Seperti kata Ustaza Asma’ Harun “Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemasyhuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, ia adalah musibah!
BUAT ADINDA ARTIS YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI
Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya.
Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.
Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan !
Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman.
Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam , bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?.
Top 10 You Tube kerana nilai yang baik atau sebaliknya, kekuatan pada bakat atau maksiat? Saya tak pasti jika kalian fikir bahawa esok bila hari tua jika ingin taubat, bolehla dipadam, hari ni nikmati dulu hasil duniawi sementara masih hidup lagi, namun bagaimana jika mereka yang download dan jadikan simpanan peribadi?.
Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti sama ada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat.
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kejahatan. Dan bertakwalah (takutlah) kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]
Saya yakin kalian melakukan ini dalam keadaan tahu dan faham bahawa klip video muzik tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar sama ada dari sudut Islam ataupun adat Melayu kita yang penuh sifat malu, lembut dan sopan. Ia jelas adalah satu dosa yang besar.
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemasyhuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, ia adalah musibah!
Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan . Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai SyurgaNya .
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkaiNya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.
Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.
Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan.
Saya juga bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan Nahi Mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan namun meninggalkan cegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri.
DUHAI PARA ARTIS PENGHIBUR HATI
Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi keperluan fitrah insani, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali.
Adakah kalian bimbang tentang rezeki? Adakah tiada tuhan untuk dicari, adakah serapuh itu keyakinan kita pada Ilahi, bukankah Dia Maha Memberi, bahkan daripada alam rahim hingga kini, Dialah yang mencukupkan segala keperluan kita tanpa henti .
Mohon duhai semua artis tanah air, atas tiket apapun, pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dll. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Hentikan persembahan atau pertandingan maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah.
Di sana terdapat ramai artis hiburan yang membawa imej yang baik, berkaliber, berbakat, membawa diri dengan bijak, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang.
Diharapkan KEMENTERIAN KOMUKASI DAN MULTIMEDIA, PIHAK BERWAJIB, SENIMAN DLL turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku.
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh.
Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” Riwayat Muslim (1017)
"Sebaik baik manusia adalah yang mengajar kebaikan dan sejahat jahat manusia adalah yang mengajar kejahatan.
Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kematiannya , dan orang kedua tadi pula kejahatannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya". (Syeikh Abdul Aziz Al-Toranfi)
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq hidayahNya..bersegera memohon keampunan dan rahmatNya Asma' binti Harun 31.01.2021 #UAHSahabatDuniaAkhirat
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai orang. Kecantikan bukan hanya boleh dipelihara melalui teknologi kecantikan sahaja. Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda.
Gabungan penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam agama Islam menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi sempurna. Berikut amalan-amalan yang membantu wajah kelihatan awet muda.
Petua 1 : Sebelum mandi dan memberus gigi, amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 3 : Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 4 : Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Petua 5 : Hafal ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.