‘Ustazah koma selepas lahirkan anak, jantung terhenti setengah jam.’ Suami terpaksa berhenti kerja jaga isteri, tiga anak.
“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai tukang rumah untuk jaga isteri yang koma selepas melahirkan anak secara pembedahan tiga bulan lalu,” kata Muhammad Shazuan Md Saad, 36.
Selain perlu memberi tumpuan kepada penjagaan isterinya, Nurul Azhani Abu Hassan@Hussain, 35, dia turut perlu menjaga tiga anak berusia 11 dan sembilan tahun serta anak bongsu berusia tiga bulan.
Menurut Muhammad Shazuan, isterinya yang juga guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) memerlukan penjagaan rapi dan perlu diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam dan membuang kahak secara kerap.
Selepas Lahirkan Anak
“Selepas lahirkan anak menerusi pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, isteri saya pengsan dan jantungnya terhenti setengah jam, sebelum disahkan koma oleh doktor. Dia langsung tidak dapat melihat atau memegang anak yang dilahirkan.
“Doktor beritahu punca isteri saya koma adalah disebabkan air ketuban masuk ke dalam saluran darah dan kes itu sangat jarang berlaku. Saya difahamkan ia selalunya berakhir dengan kematian,” katanya yang kini bertugas sebagai siak di masjid di kampung berkenaan.
IKLAN
Jantung Terhenti Setengah Jam
Jelas Muhammad Shazuan, dia kini banyak dibantu saudara mara serta jiran termasuk meringankan urusan menjaga anak-anak.
“Kakak ipar banyak membantu saya sekeluarga selepas isteri koma, selain itu jiran terdekat dikenali sebagai Mak Lang Jah bersama anaknya turut membantu menjaga anak-anak saya,” katanya.
Suami Terpaksa Berhenti Kerja
Menurutnya, dia dan isteri sebelum ini tinggal di rumah mentua, Maimunah Ahmad, 75, kerana dalam masa sama turut menjaganya yang tidak dapat berjalan kerana masalah saraf.
Tambah Muhammad Shazuan, isterinya perlu minum susu khas yang berharga RM50 setin dan menggunakan lampin pakai buang.
Katanya, elaun sebagai siak sebanyak RM700 sebulan digunakan untuk persekolahan anak-anak dan membeli susu serta lampin pakai buang untuk anak bongsunya.
Manakala katanya, wang untuk membeli tiub, ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang adalah hasil sumbangan saudara mara dan kenalan.
IKLAN
“Pihak hospital ada bekalkan kira-kira 60 tin susu cukup untuk keperluan dua bulan isteri saya, selepas ini saya perlu beli sendiri. Ini bermakna untuk susu sahaja saya perlu ada RM1,500 sebulan belum masuk lampin pakai buang sebanyak RM200 sebulan.
“Saya juga perlu menyewa ambulans setiap kali isteri saya ada janji temu dengan doktor di hospital. Bulan lalu saya perlu sewa ambulans RM400 untuk bawa isteri saya ke HSAH, Sungai Petani. Selepas ini saya perlu membawanya ke Hospital Sik dan pada November ke HSAH semula,” katanya.
Tambah Muhammad Shazuan lagi, doktor memberitahu isterinya boleh sedar kembali tetapi dia mungkin akan hilang ingatan.
Kashoorga : Bagi sesiapa yang ingin membantu Muhammad Shazuan, boleh menghubunginya menerusi nombor telefon 019-3523308.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.
Namun bukan semua lelaki atau perempuan ada niat baik pada ikatan perkahwinan iaitu sama-sama ingin menuju ke syurga Allah sebaliknya menyimpan tujuan tertentu.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @jiwaalhadid, wanita ini berkongsi pengalaman perkahwinannya yang cukup menakutkan. Bermula dari kenal bekas suami, hinggalah ke hari akad nikah, pelbagai masalah timbul termasuk wajahnya kelihatan seperti mayat hidup. Ribut petir sambar menyambar di hari perkahwinannya hingga semua lauk pauk bercampur air serta banyak masalah lain timbul gara-gara bekas suaminya menggunakan sihir untuk memikatnya.
Baca perkongsiannya, moga menjadi manfaat kepada gadis dan wanita yang ingin berkahwin agar berhati-hati memilih calon suami di masa depan.
Berdasarkan pengakuannya, @jiwaalhadid, keluarganya merupakan orang berpengaruh dan bapanya sendiri berpangkat Dato namun dirinya tidak pernah menunjuk semua kesenangan itu kepada umum. Sebaliknya, bapa mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama termasuk setiap kali Subuh mewajibkan anak-anak lelaki mengikutnya ke masjid untuk solat berjemaah.
Namun peristiwa hitam ini bermula apabila dia bertemu bekas suaminya.
“Perkenalan aku dan bekas suami bermula dari anak seorang Ustazah. Silapnya di awal perkenalan, aku dah beri gambar penuh. Masa yang sama, ada tiga orang lelaki masuk meminang termasuk dirinya. Awal masa tengok muka dia, dah ada rasa gerun. Mukanya menggerutu, pakai rantai tapi semua perasaan tu berubah bila dia jumpa keluarga aku dan bawakan makanan iaitu nasi beriyani.
“Lauknya banyak. Ada udang, daging dan ikan tenggiri. Semua family aku makan kecuali dua orang adik aku (mereka selamat dari terkena sihir). Sebenarnya keluarga aku memang susah nak terima orang tapi dia mulakan langkah dengan beri makanan tu. Sejak dari bab makan itulah, aku jadi tunang dia lalu berkahwin. Dia ada cakap pernah kahwin sebelum ini. Ingatkan sekali tapi rupanya tiga kali. Bekas isteri dia cakap, isteri dia banyak, aku mungkin bini dia ke empat atau lima.
“Masa yang sama, aku sebenarnya pernah dipinang oleh seorang soleh untuk dijadikan isteri nombor dua. Kami jumpa di majlis ilmu agama seorang Ustaz terkenal tapi aku tolak sebab tak nak ada masalah. Peliknya lepas makan nasi beriyani tu, muka dia yang menggerutu aku pandang kacak. Dia hanya ada sebuah kereta buruk tapi aku nampak sempurna. Dia tak ada kerja, harap keluarga bagi makan, bagi modal bisnes tapi aku tak kisah. Kata orang nampak sempurna sangat di mata aku. Masa yang sama, dia kerap burukkan bekas isteri dia. Curang la, tak hiraukan anak tapi sebenarnya dia yang pisahkan anak dari ibunya. Semuanya sebab sihir juga.
“Rumah dia beli bersama bekas isteri dia bolot semua. Pulak tu, dia jenis lelaki yang pendendam. Anak dia rebut untuk kepuasan hati dia. Pada hal dia bukan ambil berat sangat pun. Masa yang sama, dia hasut anak dia sampai anak dia benci ibu sendiri. Tuduh bekas isteri curang. Bekas isterinya itu sampai sekarang tak kahwin tapi dia dah bertukar-tukar perempuan.
Majlis kahwin jadi hari ngeri
Tiba masa, kami disatukan dalam majlis akad nikah. Dalam sibuk-sibuk itu, nak jadikan sebab, bapa aku terlupa ajak bapa pengantin berbual dengan tok imam dan saksi nikah. Habis majlis, keluarga dia terburu-buru balik dan simpan dendam hingga ke majlis reception.
“Habis hancur majlis aku sebab banyak kejadian aneh berlaku di majlis persandingan tu. Pendek kata, Allah tak restu sebab majlis ini bercampur dengan jin syaitan.
“Aku kenal dia hujung bulan 12. Bulan dua kita orang bertunang dan bulan lapan nikah. Kenal kejap konon cinta islamik. Sebabnya aku mana pernah bercinta, couple pun tak pernah sebab aku jaga batas aku. Tiada ruang untuk lelaki lain cuit hati aku. Sekali berkahwin dengan lelaki menduda banyak kali. Masa akad nikah, dia sibuk kelek anak dia. Keluarga dia semua tak bertudung, free hair. Ramai yang hairan kenapa aku pilih lelaki dari keluarga begini sedangkan keluarga aku jenis solat di masjid dan tak tinggal solat.
“Bayangkan, masa nak nikah tu banyak ujian. Ibu bapa aku bergaduh sakan, hampir nak batalkan majlis. Kemudian dia tuduh makcik aku bomohkan kami. Dia siap cakap kita batalkan saja. Nak jadi cerita, dia ajak jumpa. Tapi masa jumpa tu dia asyik tatap mata aku. Kemudian dia ajak aku ke klinik dan nak ambil drip. Doktor siap tanya kenapa mata dia, ambil dadah ke merokok tapi aku pertahankan dia. Cakap dia dah tak merokok.
“Bila hari sanding, semua jadi hancur. Memang Allah nak tunjuk bahawa perkahwinan ini diatur oleh jin, bukan cinta atau keikhlasannya nak memperisterikan aku untuk sama-sama ke syurga Allah.
“Bayar mak andam RM2500 tapi muka hancur disolek. Dah macam pocong. Pelamin tema putih aku nak pun nampak buruk. Pintu gerbang macam tema safari. Reception jam 2 tapi aku turun jam 3.50 petang sebab mak andam tak boleh siapkan make up dia seolah-olah ada halangan pada hal dia dah lama dalam kerjayanya. Bapa aku pun dah call banyak kali, dah la anak sulung dia kahwin tapi semuanya hancur. Patut sanding jam dua petang tapi aku turun 3.50 petang, bayangkan apa perasaan keluarga aku.
“Masa deejay umumkan aku turun ke dewan, hati aku dah tak sedap. Masa yang sama berlaku ribut petir. Khemah hampir terbang, macam nak berlaku taufan. Tetamu tak jumpa jalan sebab hujan terlalu lebat. Makanan masuk air hujan. RM20 ribu yang family habiskan untuk majlis ini semuanya hancur. Kereta di sponsor Dato pun tak naik. Muka aku pula macam pocong di sebalik gaun putih aku, pipi langsung tak ada daging. Baju aku mak andam letak besi nak bagi kembang. Dari luar nampak persis nenek lama tidur dalam kubur.
“Masa yang sama, anak tiri aku berlari-lari atas pelamin dan bila aku turun, suami aku tak nak lepaskan tangan anak dia, seolah-olah seperti menyimpan sesuatu. Masa aku turun, abang ipar aku tunjuk isyarat jari tengah pada keluarga aku kerana tak siapkan meja VVIP untuk keluarga dia. Angkuh tak? Keluarga aku memang dah siapkan tapi sebab hujan lebat, ramai tetamu lari ke dalam dan duduk di meja VVIP itu.
“Bayangkan keluarga aku orang berpengaruh, pangkat Dato dan keluarga dia biasa-biasa saja, niaga tepi jalan. Tapi cara mereka, sangat berbeza dengan didikan keluarga aku. Bila habis majlis, keluarga kami ke rumahnya. Dia siap tengking bagai, ungkit semua yang berlaku sampaikan bapa aku yang tua minta maaf pada keluarganya. Egois tak?
Suami simpan darah haid untuk kenangan
Banyak masalah sepanjang perkahwinan kami. Hubungan keluarga dua belah pihak tak harmonis. Tapi aku pelik sebab suami ada simpan darah haid aku, katanya nak buat kenangan (sampai ke hari ini aku masih ada rasa kesal dan tertanya-tanya). Masa yang sama, masa majlis tu, ramai kenalan terdiri dari orang beragama aku tak jemput sebab lupa. Masa yang sama Allah nak selamatkan mereka. Sebabnya kesemua yang datang sakit kaki dan betis. Bila hadir majlis tamar, automatic sakit kaki tu hilang.
“Paling seram, ramai yang nampak kelibat nenek tua lalu lintas di majlis sanding tu. Dah la banyak masalah, pelamin buruk, air minuman bercampur hujan, pekerja catering tak tambah lauk dan paling pelik, dalam kek kahwin dijumpai segumpal rambut selain jurugambar tak boleh tangkap gambar aku sebab terlalu buruk. Di majlis itu muka aku hodoh dan DJ juga lupa skrip.
“Bila pergi bulan madu, ada kelibat lembaga hitam ikut sama. Bila tengok muka suami dalam cermin time dia dukung aku tu, berubah ngeri. Mukanya macam bertaring. Honeymoon pun gaduh memanjang, beberapa saat je baik. Tapi satu pesanan dari bapa buat aku menangis. Katanya, jagalah rumahtangga baik-baik, awak berhak bahagia walau pun dia ditengking. Itu semua buat aku menangis,”katanya lagi.
Suka bawa jumpa bomoh
Bila tinggal dengan dia, satu persatu kejahatan mula terbongkar. Dia suka bawa aku jumpa bomoh untuk berubat. Dan aku teringat kata seorang Ustaz dalam satu majlis ilmu aku hadir. Kata Ustaz tu, buruk baik isteri dicorak oleh suaminya. Sebab itu jodoh kami tak panjang dan Allah masih sayangkan aku.
“Aku tak nak terus hidup dengan orang fasiq, munafik. Ada sekali dia bawa aku ke rumah seorang lelaki. Pakcik tu bagi aku rantai tangkal. Katanya kalau pakai rantai nie tak kena sihir. Suami kata aku kena sihir pada hal dia yang Dajjal. Lepas aku pulih, aku bertaubat, takut Allah tak ampun dosa syirik.
“Dia juga tak serasi duduk dengan keluarga aku. Macam cacing kepanasan. Bapa aku biasa kejutkan anak lelaki dia untuk sama-sama berjemaah di masjid. Mula-mula dia ok tapi selepas itu dia cuba larikan diri selepas azan Subuh. Macam kena kejar hantu, solat pun tak nak. Beri alasan macam-macam. Dalam bilik kami, aku sering kena ganggu, ada lembaga hitam menakutkan.
Lawan syaitan dengan surah Yassin dan Al Hadid
Bayangkan, dalam tempoh 4 bulan lebih itu bermacam ujian dan dugaan. Tapi Allah masih sayangkan aku. Bila aku baca surah Yassin dan Al Hadid, baru aku boleh tidur. Bayangkan betapa Allah sayang, tangkal diperbuat dari besi boleh putus. Suami pun terkejut tengok, rantai tu tiba-tiba putus.
“Suami aku cari jalan, seolah-olah ada orang nak sihir aku. Malam itu suami seperti cacing kepanasan kerana diganggu sementara aku tidur lena. Esoknya dia cerita dia dialog dengan hantu. Badan aku jadi panas tapi aku sejukkan dengan membaca surah Yassin dan Al Hadid. Dan Allah dah tunjuk, kalau jodoh diatur jin memang tak bawa berkat pun,” kongsinya mengenai kisah perkahwinannya yang menyeramkan. Jadi hati-hati memilih calon suami. Carilah orang beragama agar dapat membimbing kita ke jannah. Sumber :Tik Tok @jiwaalhadid
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain cheese cake, kek coklat juga antara yang jadi pilihan kita untuk menikmati juadah minum petang bersama keluarga.
Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir April ini menyebabkan keinginan untuk membelinya di kedai kek terpaksa dilupakan.
Walaupun begitu, kek coklat yang sedap dan rasa lebih moist ini boleh kita buat sendiri di rumah. Lebih puas, jimat dan paling penting selamat.
Ayuh kita lihat perkongsian dari June Ahmad cara membuat kek Coklat Moist @lembab dengan rasa yang lemak manis kaya bercoklat. Bagi yang tak percaya boleh membuatnya sendiri.
Menurutnya kek ini memang sangat disukai seluruh ahli keluarga dan telah mencuba banyak kali untuk disajikan buat pemanis minum petang.
Kek coklat moist…
Kami share gambaq lepas2 la noo… hat baru buat td xdan nak ambik gambaq bagai dah… anak2 pakat makan dah pun bapa ketoi…
Suka resepi nih dr dulu kini n selamanya… mmg sedap… lemak maneh semua cukup… moist ja kek dia… xcaya hampa try nah…
Resepi asal dr (Munira Baharum)
Bahan A:
– 1 cwn serbuk koko (3/4 cwn pun ok)
– 1 cwn susu cair
– 3/4 cwn susu pekat
– 3/4 cwn gula
– 1 cwn minyak msk
– semua bhn di atas gaul sebati n msk atas api perlahan…
– rehatkan kejap bila bhn dh sebati…
Bahan B:
– 3/4 cwn tepung gandum
– 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
– 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
– semua bhn ni diayak k…
Bahan C:
– 4 bj telor (blender jer)
Cara:
– Satukan bhn B dan C ke dlm bhn A…
– Secara berselang seli n gaul ngan senduk jer…
– Bila dh sebati, taruk jer dlm loyang yg disapu minyak…
– Kukus dlm 30-45 minit…(bergantung saiz loyang)…
– nak test, cucuk dgn lidi… kalau xmelekat adunan kat lidi tuh kira kek dah masak ler…
Individu yang telah berbuka awal tiga minit selepas mendengar laungan awal azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dalam kejadian Isnin lalu harus menggantikan puasa semula kerana puasa mereka sudah terbatal.
Dalam pada itu itu, Pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.
Memetik laporan Sinar Harian, Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi berkata, situasi itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Menurutnya, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.
"Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.
"Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Datuk Dr Zulkifli Albakri yang kini merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menulis dari sudut beberapa mazhab selepas ditanya apakah hukumnya seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?
Sepanjang Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan solat tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Alangkah sayangnya andai kekuatan ini dilenyapkan selepas berlalunya Ramadan.
Justeru sangat elok...