‘Sunat bayi perempuan dalam islam wajib.’ Sengaja cipta isu, khitan cara Islam insyallah selamat. Khitan wanita tidak perlu dipolemikkan! Tiap-tiap tahun mesti timbul desakan ini. Saranan pengharaman adalah berdasarkan kajian.
Namun dalam persidangan sebelum ini, pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) terbuka mendengar kajian untuk melihat sejauh mana mudharat praktis yang diamalkan di Malaysia tapi setakat ini pandangan ini turut disangkal oleh pengamal perubatan yang lain.
Ikuti perkongsian Persatuan Ulama’ Malaysia sekali lagi menegaskan hukum khitan bagi bayi perempuan:
Persatuan Ulama Malaysia telah mengadakan sidang meja bulat dengan pakar-pakar yang dijemput untuk membincangkan mengenai isu khitan wanita (kanak-kanak perempuan).
Ads
Ia diadakan dua tahun yang lalu iaitu pada 9 Feb 2021. Dalam sidang ini, terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan.
Sunat Bayi Perempuan Dalam Islam Wajib
Ada yang tidak bersetuju dengan hujahan-hujahannya, ada yang bersetuju juga dengan hujahan masing-masing.
Secara ringkasnya, PUM berpandangan isu ini tidak perlu dipolemikkan. Pandangan yang membolehkannya (mewajibkannya) masih lagi kuat. Ia tidak sama dengan FGM yang dibimbangi barat.
Ads
Sengaja Cipta Isu, Khitan Cara Islam Insyallah Selamat
Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini telah ada sejak 2009 lagi. Ia perlu dihormati. Jika terdapat keperluan kajian semula, maka ia perlu pandangan pakar (perubatan & syariah).
Berasaskan sidang meja bulat yang dianjurkan PUM pada tahun 2021 tersebut, PUM telah mengeluarkan resolusi sebagai panduan kepada semua dalam melihat isu ini.
Kashoorga: Khatan bayi perempuan akan menjadikan seseorang wanita itu lebih bersih dan membawa kepada kesempurnaan agama. “Khatan ialah sunnah bagi lelaki dan kemuliaan bagi Wanita”
Sejak diberitakan salah seorang mangsa virus koronavirus COVID-19 adalah beragama Islam, ramai yang tertanya-tanya siapakah diri mangsa sebenarnya.
Dalam masa sama bersimpati dengan keluarga Allahyarham yang menerima takdir Ilahi dengan cara sebegini. Namun siapalah kita mahu menolak takdir Tuhan yang sudah ditentukan olehNya.
Dalam satu posting di laman Instagram Pendakwah Bebas Ebit Lew, memberitahu rupanya arwah, Muhammad Yusof, 34 tahún memang ada masalah pernafasan sebelum ini.
Menurut Ebit Lew yang menghubungi isteri arwah, Noradilah Rani melalui video call sebak melihat wanita itu bersama lima anak yang ditinggalkan.
Mereka dikatakan semuanya sihat, tiada demam ataupun sesak nafas. Cuma salah seorang anak mereka negatif di kuarantin di tempat lain. Anak pasangan ini masih Kecil-kecil berusia dari 11 tahun hingga 7 bulan.
Tambah Ebit lew lagi, rupanya arwah memang amat dikenalinya apabila pernah sama-sama berjumpa di India-Pakistan. Arwah belajar hafiz Al-Quran dan berjaya habiskan 15 juzuk.
Ayahnya juga seorang pendakwah dan dari kalangan orang baik-baik. Menurut Ebit Lew juga dia pernah berjumpa beberapa kali di airport dan arwah mesti tengah membaca Al-Quran.
Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron 34 thn mati meninggal asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini. .
Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin ditempat lain. Ya Allah tuhanku. Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7bulan sampai 11tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak.
Terima kaseh semua Dr dan Nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad disebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya. Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.
Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat kkm dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita.
Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar. Ayahnya pendakwah baik dan pergi ke seluruh dunia di icu tapi kini dah bertambah baik dan pulih. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya.
Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya. Jika sesiapa sumbang sedikit ini no akaun isterinya Bank Islam 010 4102 7184 812 Nor Adilah bt Rani
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dapat panggilan tapi saya reject.’ Tolak tawaran haji kedua, hendak beri peluang kepada orang lain yang belum pernah lagi berpeluang menunaikan haji dan menjejakkan kaki ke sana.
Memang besar pahala mengorbankan peluang yang diberikan kepada orang lain. Hanya orang yang berjiwa besar mampu mengambil tindakan sebegini.
Ikuti perkongsian Noraini Salleh tentang pengorbanan insan yang berjiwa besar ini:
Saya dapat panggilan haji, tetapi saya tolak. Kenapa tolak? Tanya saya.
Sebenarnya sebelum saya tolak, saya terlebih dahulu buat solat istikharah. Saya juga mendapat nasihat daripada kakak supaya melepaskan peluang itu.
Kenapa? Orang lain ada yang merayu kerana nak pergi sangat tunai haji, tetapi awak tiba-tiba melepaskan peluang keemasan itu.
Sebenarnya ini panggilan haji kedua saya. Sebelum ini, saya sudah tunai haji pertama beberapa tahun lalu. Lagi pun baru saja balik daripada menunaikan umrah.
Saya tolak bukan kerana tambang haji kedua cecah RM38, 000. Dari segi kewangan saya tak ada masalah. Saya mampu membayarnya.
Saya tolak kerana saya hendak beri peluang orang yang belum menunaikan haji mengisi kekosongan itu.
Saya teringat bapa saudara saya di kampung dah berusia 70-an masih belum mendapat tawaran tunai haji. Kalau boleh galang ganti hendak saja saya bagi kepada bapa saudara tempat saya itu.
Bagaimanapun, saya tak boleh membuat membuat penukaran itu. Tabung Haji kata, sistem tukar ganti tak boleh dibuat begitu. Hanya Tabung Haji yang berkuasa menentukan calon bakal jemaah haji.
Saya begitu terharu mendengar pengorbanannya itu. Kalau ramai orang berfikiran begitu, tentu ramai yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat peluang menunaikan haji pertama mereka.
Kita dikehendaki menunaikan haji yang difardukan hanya sekali, itu pun jika ada kemampuan.
Kalau sudah terlebih mampu, apa salahnya beri ruang itu kepada mereka yang masih menunggu peluang pertama untuk menunaikan haji.
Tabung Haji juga patut utamakan yang belum menunaikan haji untuk dimasukkan dalam senarai bakal jemaah mereka.
Gaduh sikit merajuk. Gaduh sikit minta pulangkan hadiah yang diberi minggu lepas.
Meminta semula hadiah yang sebelumnya diberikan penuh keikhlasan boleh diibaratkan buruk siku. Tindakan ini seperti tidak matang dan berdasarkan emosi.
Apapun juga, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.
Soalan Assalamualaikum w.b.t Datuk Mufti. Saya ada soalan berkenaan hadiah. Individu A memberikan hadiah kepada individu B. Kemudian, setelah 2 bulan, individu A meminta semula hadiah yang diberikannya kepada individu B.
Jawapan Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T: فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (Surah al-Nisa’: 4)
Ayat ini menerangkan bahawa apabila seorang isteri memberikan sesuatu dari maharnya kepada suaminya selepas mahar tersebut diserahkan kepadanya (isteri), maka diharuskan bagi suami tersebut untuk menerimanya.
Dan ia adalah perkara yang baik selagimana dalam keredhaan. Justeru, jelas melalui ayat ini, Allah S.W.T telah mensyariatkan hibah dan menyatakan keharusannya.
Ini dikuatkan juga dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W: تهادُوْا تحابُّوا Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594). (Lihat: al-Adab al-Mufrad; muka surat 306), Hadith Shohih, (Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44)
Hadis ini merupakan galakan daripada Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya. Maka, sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa hibah merupakan sunnah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis Nabi Muhammad S.A.W dan juga ijma’ ulama’.
Sebelum diulas lanjut berkenaan hadiah, maka perlu kita bezakan terlebih dahulu pengertian hibah, hadiah dan juga sedekah.
Hibah ialah suatu akad yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.
Pada dasarnya, ia mempunyai persamaan dengan hadiah dan juga sedekah dari sudut pengertian, bahkan ia lebih umum berbanding keduanya. Namun, ia juga mempunyai perbezaan.
Sedekah pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah dan beroleh pahala. Manakala hadiah pula pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang mahu didekati dan dikasihi.
Biasanya ia membabitkan pemindahan barangan yang dihadiahkan kepada penerima. Justeru itu, ulama’ mengatakan setiap hadiah atau sedekah merupakan hibah, dan bukan semua hibah adalah hadiah ataupun sedekah. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 6/116)
Berbalik kepada soalan yang diajukan, ia berkait rapat dengan rukun-rukun hibah. Rukun-rukun ini ialah:
Pada dasarnya, akad ini tidak sempurna hanya dengan sighah aqad iaitu lafaz ijab dan qabul. Bahkan perlunya kepada penerimaan barangan hibah atau hadiah tersebut.
Ini bermakna, jika seseorang mengucapkan lafaz ingin memberikan hadiah kepada seseorang namun barangan yang ingin dihadiahkannya itu belum lagi diserahkan kepada si penerima, maka pemberi hadiah ini berhak untuk menarik semula keinginannya itu.
Justeru, akad ini akan menjadi sempurna dan berkuatkuasa hanya setelah apabila hadiah tersebut diterima dan memenuhi syarat-syarat bagi hibah atau hadiah, maka sahlah pemilikannya (penerima) ke atas barangan hibah itu.
Asal bagi aqad hadiah mahupun hibah adalah kedua-duanya merupakan akad tabarru’at (kebajikan) dan bukannya akad mu’awadhat (pertukaran). Maka, dalam hal kebajikan, tidak berlakunya pertukaran barangan sepertimana urusan jual beli dan lain-lain.
Seperti yang dibincangkan dalam perihal di atas, asas aqad hibah atau hadiah ini ialah apabila sempurnanya rukun-rukun dan juga syarat-syaratnya, serta telah sempurna penerimaan barangan hadiah/hibah tersebut, maka jelaslah ia merupakan hak milik si penerima, tanpa perlu kepada sebarang pertukaran sepertimana jual beli.
Sehubungan dengan itu, tidak dibenarkan atau tidaklah dibolehkan bagi si pemberi untuk meminta semula hadiah atau hibah yang telah diberikannya melainkan seorang ayah meminta semula harta yang telah diberikan kepada anaknya atau sesorang yang melakukan hibah dengan syarat pertukaran.
Maka, dalil bagi perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W: «العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya”.
Riwayat al-Bukhari (2621)
Atau dalam riwayat yang lain: «لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu orang yang meminta semula anugerah (hibah) mereka samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.” Riwayat al-Bukhari (2622)
Justeru itu, melalui kedua-dua hadith ini, jelas menunjukkan larangan dan juga betapa buruknya sikap mereka yang meminta semula pemberian itu.
Maka, Dr.Wahbah al-Zuhaili berkata: فالرجوع في القيء حرام، فكذلك الرجوع في الهبة، وأن ذلك مثل السوء الذي يتنافى مع أخلاق المسلم Maksudnya: Maka menelan semula muntah adalah haram. Begitu juga meminta semula hibah atau hadiah yang telah diberikan. Dan sesungguhnya ia adalah perbuatan dan juga sikap yang buruk, lantas ia bukanlah akhlak seorang Muslim.
Penutup Kesimpulannya, hukum meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan tuntutan semula seorang ayah terhadap anaknya dan juga hibah yang diberikan berserta syarat pertukaran.
Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari bersikap dengan perbuatan ini iaitu meminta semula hadiah, kerana ia merupakan perbuatan yang buruk dan tidak sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Semoga Allah S.W.T meletakkan keikhlasan dalam diri kita dalam hal kebajikan, murahkan rezeki kita agar dapat perbanyakkan diri dengan amalan-amalan kebajikan.
Semoga Allah S.W.T memberkati segala amal kebajikan kita semua.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?