Ramai mengimpikan untuk hidup senang. Mempunyai wang yang banyak dengan menyimpul pelbagai impian. Antaranya, pasti ramai yang berangan-angan jika ada wang yang banyak, mereka mahu gunakan duit itu untuk menyenangkan ibu bapa yang selama ini hanya biasa-biasa saja. Dengan wang itu juga mahu diberikan kepada adik beradik, disedekahkan kepada orang ramai yang susah, diwakafkan untuk pembinaan masjid serta pelbagai lagi tersimpul di lubuk sanubari kita. Namun ada kalanya ia hanya sekadar satu impian kerana “kekayaan” itu belum ternampak jelas di depan mata.
99 nama Allah, antaranya disebut sebagai Ar Razzaq iaitu Maha Pemberi rezeki kepada hambanya. Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37).
Namun bagaimana “menarik” rezeki dinyatakan itu?
Dalam satu perkongsian oleh Syeikh Zainul Asri, pendakwah ini berkongsi satu selawat yang mampu memudahkan rezeki seseorang itu.
Ads
Kata Syeikh Zainul Asri, amalan selawat ini perlu dihafal dan bukan ditulis. Ia perlu dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar.
“Insya Allah, akan beri rezeki kalau amalkan selawat ini. Ia perlu dihafal katanya, bukan ditulis.
Selawat menarik rezeki ini berbunyi “Allahuma, soll wasalim ‘ala syaidina Muhammad,
Ads
Karimil aba’, wal ummahath.
Bermaksud :- Wahai Tuhan kami, selamatkanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang merupakan semulia-mulia ayah ayah dan ibu-ibu.
Ads
Ia perlu dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar. Sumber :-Tik Tok @faiz.zz._
‘Tegur pemerintah.’ Imam Masjidil Haram ini bukan hanya ditarik tauliah, turut ditahan dan dipenjara selama 10 tahun. Kalau sekadar ditarik tauliah, rasanya terlalu kecil di jalan dakwah ini.
Tapi apabila menegur pemerintah kerajaan Arab Saudi menjadikan negara yang liberal dan membuka kelab-kelab malam menjadi ancaman kepada kerajaan Arab Saudi.
Nama Sheikh Saleh Al-Talib sedang popular dan trending di mana-mana media sosial sekarang ini. Persoalannya, siapakah Sheikh Saleh Al-Talib? Beliau sebenarnya merupakan bekas imam Masjidil Haram di Mekah.
Apa terjadi pada beliau? Sheikh Saleh Al-Talib telah ditangkap oleh Kerajaan Arab Saudi dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Sheikh Saleh Al-Talib tidak melakukan apa apa kesalahan jenayah . Beliau cuma menegur pemerintah Saudi yang mula menerapkan unsur-unsur liberalism dalam pemerintah negara itu.
Salah satu faktor yang paling ditentang Sheikh Saleh Al-Talib adalah Saudi menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan di tempat awam. Selain itu, beliau juga menentang keputusan kerajaan Saudi yang membuka kelab malam yang dikatakan “halal”.
Jadi, dalam satu khutbah Jumaat yang disampaikan beliau pada tahun 2018, beliau telah menegur pemerintahan Saudi secara tidak langsung berkaitan perkara itu.
Kesannya, Sheikh Saleh Al-Talib ditahan dan dipenjarakan selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut dipecat sebagai imam Masjidil Haram.
Kesalahan yang diletakkan pada Sheikh Saleh Al-Talib adalah mengkritik kerajaan Saudi.
Beberapa hari lepas, kes Sheikh Saleh Al-Talib dibicarakan semula. Malangnya, kerajaan Saudi kekalkan hukuman penjara 10 tahun kepada Sheikh Saleh Al-Talib.
Apabila kuasa politik tidak berada di tangan orang yang beriman, maka mereka menggunakan kuasa politik itu utk menangkap dan memenjatakan orang yang beriman.
Sebab itulah umat Islam mestilah menguasai politik Islam ini agar tampuk kuasa itu berada di tangan orang yang ada agama. Noktah!
Ini baru pertama kali terjadi. Seorang pelajar Malaysia diberikan keistimewaan untuk dikebumikan berhampiran makam para auliak di Mesir. Husnul Khatimah kah ini? Apakah amalannya sehingga ‘diraikan’ sebegitu rupa? Meninggal jauh dari ahli keluarga.
Andai kita tahu rahsia kematian insan tersayang, pasti kita tidak akan melepaskannya pergi jauh dari mata. Bukan tidak menerima takdir ajal, tetapi biarlah pemergian ke negara abadi itu dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat lain. Namun, siapalah kita untuk mengaturkan apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Begitulah kisahnya tentang perkongsian seorang pelajar Malaysia, Ahmad Sobir yang menuntut di Al-Azhar Universiti, Kaherah, Mesir. Menerusi entri di akaun facebooknya yang cukup terkesan dengan pemergian seorang mahasiswi seuniversitinya iaitu Huda Shulaudin. ramai yang mendoakannya agar mendapat kematian Husnul Khatimah
Difahamkan, Huda telah meninggal dunia sehari selepas kembali dari bercuti di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan selama 6 bulan bermula peghujung September 2020 lalu. Kita ikuti perkongsian Ahmad Sobir ini.
Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur.
Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya. Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir.
Dia disahkan meninggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.
Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.
Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.
Apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.
Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkaurantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.
1) Melazimi Ratib Al-Haddad. 2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan. 3) Tasbih sentiasa ditangan. Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss. 4) Suka berdamping dengan al-Quran. 5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.
Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.
Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.
وكفى بالموت واعظة Cukuplah kematian itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.
من أحب الشيء بعث عليه Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.
Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid ditengah tengah tu kita akan mati. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.
Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat. Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir. Bukti kematiannya dicemburui ramai.
Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.
Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.
“Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”.
Siapa yang menyaksikan kematian di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.
Namun bagi siapa yang tahu kematian itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bodoh sekali.
Kerana disebutkan dalam Hadis, “Orang yang cerdik adalah yang melawan nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang bodoh adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”
إنا لله وإنا إليه راجعون
Entrinya juga mendapat komen-komen yang bagus dan harum daripada sahabat dan kenalan arwah antaranya;
Kashoorga : Mati itu pasti. carilah kematian Husnul Khatimah kerana itu adalah sebaik-baik kematian.
Foto : Dari Facebook Ahmad Sobir
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak pernah bercerai, masih suami dan isteri. ‘Tergamak dia madukan saya.’ Lelaki ini hanya mengetahui yang isterinya telah berkahwin lain melalui media sosial.
Sudahnya isteri menghilang sejak sekian lama, tiba-tiba apabila ditemui isterinya telah menduakan dirinya. Tentu saja perkara ini mengejutkan pihak sang suami.
Seorang wanita didakwa ‘memadukan’ suaminya selepas perkahwinan keduanya di Terengganu, April lalu diketahui suami pertama.
Peniaga, Rahaman Mohamed Jaafar, 47, mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berusia 32 tahun itu pada Januari 2019 di Narathiwat, Thailand, sebelum isterinya menghilangkan diri selepas keluar dari rumah, Januari lalu.
Menurutnya, perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
“Bagaimanapun selepas kehilangan isteri Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu bahawa dia berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya… kami masih suami isteri.
“Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu.
“Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ulas Rahaman, susulan mengetahui dia ‘dimadukan’ isteri, dia memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.
“Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isteri saya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.
“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” katanya.
Terdahulu, Rahaman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, untuk prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.
Hakim, Ahmad Hariri Mohd Saat kemudiannya memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.
Rahaman yang diwakili peguam, Marzuqi Muhamad menegaskan, dia tidak pernah membuat lafaz cerai terhadap isterinya sebagaimana yang didakwa dan sehingga kini mereka masih suami isteri.
“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.
“Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini,” katanya.