Semoga Azi ditemui selamat.

“Tak berhenti solat hajat.” Dua minggu hilang, keluarga masih letak harapan tinggi Azi ditemui selamat. Sebagai ahli keluarga tentu saja mereka tidak pernah berhenti berharap.

Berikhtiar dan berdoa sepanjang masa agar Azi ditemui dalam keadaan yang selamat.

Artikel Berkaitan: Anak Tahfiz Solat Hajat Agar Lelaki OKU Ditemui, Dipercayai Hilang Sejak 7 Hari Lalu

Tak Berhenti

Genap dua minggu kehilangan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, keluarga masih meletakkan harapan tinggi agar wanita itu ditemui dengan selamat.

Menurut kakak mangsa, kelegaan sedikit terasa apabila dimaklumkan oleh polis penyiasatan terhadap adiknya yang berusia 36 tahun itu ada perkembangan positif.

Buat Solat Hajat

“Walaupun tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai perkembangan positif itu, sedikit sebanyak kami berasa lega dan menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis.

“Hari ini genap dua minggu Azi (panggilan Rosnazirah) hilang dan sehingga kini tiada khabar berita mengenainya diterima tapi kami masih menaruh harapan tinggi agar Azi ditemukan dengan selamat,” katanya.

IKLAN

Jelas wanita itu, keluarganya tidak pernah berhenti berharap malah setiap hari sejak tarikh kehilangan Rosnazirah pada 13 September lalu, solat hajat tidak pernah berhenti dibuat.

Dua Minggu Hilang

Katanya, mereka kini sudah tidak mengambil pusing terhadap kecaman dan tuduhan yang dilemparkan orang ramai sebaliknya lebih menumpukan usaha pencarian mangsa.

Menurutnya, apa yang paling menyedihkan bagi mereka sekeluarga adalah keadaan kedua ibu bapa yang sangat terkesan dengan kehilangan Rosnazirah kerana insiden penculikan berlaku di depan mata mereka.

Keluarga Masih Letak

“Kedua mereka semakin hilang selera tapi kami perlu memaksa mereka menjamah makanan terutama emak yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima.

IKLAN

“Selain membuat solat hajat di rumah, ia juga dilakukan di beberapa masjid dan surau sebagai ikhtiar kami dan bantuan daripada orang ramai,” katanya.

Baca Di Sini:

Hari-Hari Buat Solat Hajat Mohon Kekuatan DariNya, Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Saat Suami & Anak Disahkan Positif COVID-19

Hajat Remaja Lelaki Ini Jadi Imam Solat Hajat Tak Kesampaian, Dijemput Illahi Sehari Sebelum Majlis Graduasi

IKLAN

Harapan Tinggi Azi Ditemui

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios sebelum kenderaan itu ditemukan 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun baru-baru ini berkata, siasatan terhadap kes itu menunjukkan perkembangan positif.

Tanpa menjelaskan butiran menyeluruh, beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dan saling berhubung dengan pihak berkuasa Thailand.

Kashoorga : Semoga Azi ditemui selamat.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI