Soal rezeki, ajal maut itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui bilakah nyawa kita akan diambil.
Oleh sebab itu ketika hayat masih ada, jangan lupa untuk membuat urusan penama terutama bagi urusan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jangan tidak tahu, jika si mati tidak meletakkan nama, walau ada simpanan yang banyak duit yang ada tidak akan dapat dikeluarkan dalam masa cepat.
Sentiasa kemas kini maklumat diri.
Terpaksa melalui proses yang payah dan agak merumitkan bagi waris sebelum mendapat hak yang sepatutnya.
Terbaru di laman sosial Facebook Siti Zainab Abd Raof wanita ini berkongsi kepentingan meletakkkan penama bagi akaun KWSP.
“Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.”
“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?” Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.
“Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.”
Ads
“Apa?Kenapa macamtu pulak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?” Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.
“Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat. Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.” Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.
Gambar sekadar hiasan.
Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tambahan pula,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.
Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?
Sila ingat ya. Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.
Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.
Ads
Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.
Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?
Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.
Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.
Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.
Ads
Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru. Masalah tau!
Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau. Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak. Kos siapa nak tanggung? Waris ler. Payah jugak kan.
Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys. Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.
Jangan lupa kemas kini maklumat penama di KWSP.
So guys, Sis nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni. Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.
Kemaskini jika penama sudah meninggal. BIG NO!Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.
Tapi,harus diingat. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.
Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama. Rumah,kereta,tanah dan lain-lain. Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.
Jadi,jom bertindak sekarang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila sebut tentang mak ayah di kampung, pasti rindu bertandang. Apa tah lagi sudah berbulan-bulan Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan, kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Sebagai anak, kita pastinya berasa sebak untuk memeluk kedua ibu bapa yang mungkin sudah dimamah usia. Masa yang sama, sudah lama juga tidak menikmati air tangan mak yang rasanya luar biasa sedap.
Di aplikasi tik to katas nama @bumohsurprise, seorang isteri berkongi momen sedih yang membuatkan ramai netizen menangis sama apabila memaparkan saat suaminya menangis tatkala menikmati hidangan berbuka puasa pada hari kedua.
Ini kerana dirinya memasak gulai ayam menggunakan rempah dibekalkan emak mentuanya yang sudah dibekukan sebelum ini.
Namun apa yang mengejutkan, saat suaminya berbuka, tidak semena-mena air matanya mengalir laju kerana rasa masakan itu sama seperti dimasak oleh ibunya di kampung. Katanya dalam perkongsian itu, mereka sudah lama tidak balik kampung sejak MCO Januari lalu.
Tapi apa yang lebih menyentuh hati, saat dia memberikan rakaman video itu kepada ibu mentuanya di kampung, ibu mentuanya turut menangis sama kerana sebak melihat situasi anaknya itu.
Nyata wabak COVID-19 ini membuatkan rasa rindu anak-anak di kota terhadap ibu bapa di kampung semakin membuak-buak. Semoga kerajaan membuat keputusan yang tepat dalam keadaan semasa hari ini.
Tiada apa lebih membahagiakan jika mampu khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Bagi yang mengerti akan pengertian Ramadhan itu sendiri iaitu bulan penuh rahmat serta bulan penuh keampunan, kita pasti akan mengejar sesuatu yang lebih baik kerana tidak pasti adakah kita akan mampu mendapat Ramadhan lagi pada tahun hadapan atau kita berjaya menyelesaikan puasa berbaki lebih kurang 15 hari lagi.
Paling utama, kita kena tahu apa yang kita cari di dunia sementara ini agar dapat menjadi bekalan di akhirat nanti. Jangan datang dalam keadaan kosong (bertelanjang ketika dilahirkan dan kemudian pulang dalam keadaan kosong kerana tidak merebut berbuat kebaikan di dunia) sementara masih hidup.
Membuat pilihan baik dalam kehidupannya, pelakon Jue Aziz menzahirkan rasa syukurnya kerana berjaya khatam Al-Quran pada hari ke lapan umat Islam berpuasa. Jue berkata, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69 yang jatuh pada 23 April lalu.
Meskipun gembira dapat khatam di hari lahir ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, Jue Aziz berkongsi momen yang agak syahdu di instagramnya.
“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.
“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan, jodoh. Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.
“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada.
Andai ini Ramadan terakhir,” katanya.
Malah dirinya turut meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan ibunya dan dikuatkan semangatnya di masa akan datang.
Ternyata, tidak berjaya soal jodoh tetapi Allah memberinya sesuatu yang lebih baik iaitu ibu yang menjadi pendorongnya di saat keseorangan selepas bercerai dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniel. Moga selepas ini ada sinar bahagia buatnya. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap manusia berhak bahagia, Allah izinkan perceraian untuk beri peluang yang lebih baik buat hamba-Nya. Memang tidak dinafikan rumah tangga ini tak selamanya bahagia dan setiap daripada kita miliki pilihan.
Sama ada memilih untuk setia biarpun diperlakukan yang tidak-tidak oleh pasangan atau hendak move on mencari peluang yang lebih baik.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali dan hadam baik-baik pesanannya:
Soalan klien saya, seorang isteri pertama yang dimadukan secara rahsia awal tahun ini. Ketika hanya dia sahaja sebagai isteri pun, suami sudah gagal laksanakan tanggungjawab dan selepas ada yang kedua, suami janji hendak berubah tapi janji hanya tinggal janji.
“Berdosakah mohon cerai kerana suami tak mampu dalam poligami?”
Allah Izinkan Perceraian
Saya kongsikan jawapan buat anda dengan isu serupa:
Perkahwinan adalah amanah, bukan saja kepada pasangan tetapi kepada Allah Maha Kuasa. Tika anda bersetuju untuk menerima seseorang sebagai teman hidup, anda sebenarnya telah berjanji dengan Allah untuk membahagiakannya.
Untuk Beri Peluang
Fitrah manusia tidak akan sunyi daripada melakukan kesilapan. Bila pasangan tersilap, tugas anda untuk membetulkannya. Kekurangannya untuk ditampung dan diatasi bersama kelebihan kita. Sama juga, kekurangan kita perlukan dia untuk menampungnya.
Jika kekurangan yang boleh diperbetulkan tersebut secara sengaja enggan dibetulkan, nyatalah hikmah perkahwinan yang ditetapkan bukan saja oleh agama Islam malah agama-agama lain iaitu untuk kebahagiaan bersama suami isteri, tidak berjaya diperolehi lagi.
Yang Lebih Baik
Lantas, jalan terakhir yang boleh dipilih ialah keluar daripada perkahwinan iaitu cerai.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang memohon cerai tanpa sebab yang munasabah, dia tidak akan mencium bau syurga.” – Hadis riwayat Abu Daud.
Allah SWT tidak sukakan perceraian tetapi DIA halalkan sebab DIA tahu, makhluknya yang bernama manusia ini feelnya tak serupa; ada yang baik malah ramai juga sebaliknya.
Buat Hamba-Nya
Merujuk kes ini, si isteri telah dianiayai sejak awal, sejak suami belum berkahwin lain lagi. Ironiknya wanita berstatus isteri, akan kekal bertahan selagi dia tidak dicurangi.
Hikmah suami curang pula sebenarnya adalah untuk wanita yang butakan mata sendiri dengan cinta suami ini agar sedar betapa suami tak sayangkan dia sangat pun sebaliknya dipergunakan. Kalau sayang, kebajikan anda akan dijaga sebaiknya bukan?
Setiap manusia berhak untuk bahagia dan DIA izinkan perceraian bagi berikan peluang untuk setiap makhluknya bahagia dengan pilihan yang lebih baik.
Paling penting, sentiasa dapatkan bantuan-Nya dalam membuat keputusan agar hidup sentiasa dalam reda-Nya! Tak guna bertahan sedangkan anda dan pasangan sedang menambah dosa kepada-Nya, nauzubillah!