“Tak Boleh Bagi Upah Daging Korban Sesuka Hati, Kecuali…” – Ini Penjelasan Lengkap PU Azman

Share

Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, pasti ada yang sudah merangka untuk melakukan ibadah korban.

Namun tahun ini ibadah korban tetap dilaksanakan walaupun mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Dikatakan hanya 20 orang sahaja boleh berada di kawasan penyembelihan termasuk tukang sembelih.

Dalam pada itu ada persoalan yang bertanya adakah boleh bagi upah daging korban kepada tukang sembelih atau lapah ini.

Pendakwah selebriti, PU Azman dalam laman instagramnya telah menjelaskan hukum kepada perkara ini.

Menurut PU Azman tidak boleh beri upah daging korban kepada mereka. Jika mahu beri upah, berilah duit tetap bukan daging korban.

Baca penjelasan lengkap PU Azman ini.

Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat).

Tapi, boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list tuk terima sedekah daging.

Jadi, tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja.

Dalil.

أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا.

Maksudnya: Nabi suruh aku untuk buat sembelihan unta dan suruh aku tak bagi dagingnya sebagai upah penyembelih dan juga pelapahnya.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Kalau ramai-ramai masak SOP tulang,
tolong jaga SOP.
Bergaullah dengan SOPan.
SOPaya selamat daripada COVID.

Kredit Foto: Instagram PU Azman

IKLAN