Rasulullah SAW merupakan seorang insan teladan yang telah memberikan banyak contoh baik sepanjang kehidupan baginda.Kepada orang kafir dan musuh-musuh islam, Rasulllah adalah susuk yang tegas. Di medan perang, baginda adalah panglima perang paling berani sementara di rumah, Baginda adalah insan yang cukup romantic dan sering berlemah lembut terhadap isterinya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai suri tauladan telah memberikan contoh dalam kehidupan Beliau. Kepada orang kafir dan musuh-musuh Islam Rasulullah adalah sosok yang tegas. Di medan jihad, Beliau adalah panglima perang pemberani, sementara di rumah beliau adalah sosok yang romantis dan lembut terhadap istrinya, sebagaimana diutarakan dalam hadits,

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Artinya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah shallallau ‘alaihi wasallam berasabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR. At Tirmidzi).

Malah susuk romantik Rasullullah ialah sebelum keluar ke masjid bersolat jemaah, baginda akan mencium isterinya sebelum pergi.

عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ امْرَأَةً مِنْ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاَةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

Dari Urwah dari Aisyah bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mencium salah seorang istrinya kemudian keluar untuk shalat dan beliau tidak berwudhu. (HR Abu Dawud No. 179, At-Tirmidzi No. 86, Ibnu Majah No. 502, Ahmad VI/210 No. 25807).

Lalu kita bagaimana? Boleh kerana sikap romantis itu boleh dipupuk tanpa memerlukan kita menjadi orang kaya pun.

Apa yang perlu suami buat untuk jadi romantis di mata isteri?

Bukakan pintu kereta atau rumah untuk isteri

Tidak berlebihan dan tidak pula menjatuhkan martabat seorang suami di hadapan isteri jika suami tolong bukakan pintu kereta atau rumah untuk isteri sambil mempersilakan dirinya masuk. Akhlak yang baik dan mulia ini bukan saja buat isteri bertambah sayang tapi akan lebih hormat kepada suaminya.

Dalam satu hadis, Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan, “Bahwasanya Rasulullah duduk di sisi unta beliau. Kemudian Beliau meletakan lututnya, lalu istri beliau Shafiyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam hingga ia naik ke unta.”

Ciumlah isteri dan peluk dirinya sebelum keluar rumah

IKLAN

Bayangkan bila suami mencium dan memeluk isteri sebelum keluar mencari rezeki ke tempat kerja. Katakan kepada isteri, tolong doakan perjalanan anda selamat pergi dan balik agar dapat kembali ke pangkuan keluarga lagi. Isteri pun bila suami balik dari kerja, sambutlah dirinya dengan penuh kasih sayang dan berikan satu pelukan serta ciuman paling ikhlas. Percayalah, kasih sayang suami isteri akan lebih erat kalau lakukan ini selalu.

Ini sesuai dengan satu hadis yang diajarkan oleh Rasulullah buat suami yang keluar ke tempat kerja atau melakukan pekerjaan jauh. Aisyah berkata : “Rasulullah menciumku, kemudian beliau pergi ke mesjid untuk melakukan shalat tanpa memperbarui wudlunya” (H.R Abdurrazaq, Ibnu Majjah, Aththabrani, dan Daraqutni)

Makan satu pinggan bersama

Ramai gemar makan pinggan asing-asing tetapi Rasulullah telah memberian contoh terbaik makan dalam pinggan yang sama bersama isteri untuk menambah kasih sayang. Antaranya Rasulullah meletakkan mulutnya di bekas mulut isterinya pada gelas yang sama.

Aisyah berkata : “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari bekas yang sama, di mana beliau meletakkan mulutnya sama di tempat bekas aku minum, lalu beliau minum…” (H.R. Muslim)

Berlemah lembut dan menemani isteri yang sakit

Tidak semua orang mahukan rasa sakit kerana kesakitan adalah ujian buat diri dan pasangan. Namun kalau diuji dengan pasangan yang sakit, Rasulullah sendiri menunjukkan sikap penyayang dan lembutnya dalam menemani isteri sakit.

IKLAN

Diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa, Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Dan beliau akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika istrinya sedang sakit. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Selalulah bergurau senda untuk lebih akrab

Untuk bergurau senda dan bercanda dengan isteri, ia langsung tidak memerlukan duit. Malah tidak perlu bayar pun kerana isteri adalah halal bagi suami. Tapi tidak ramai suami mahu lakukan sebaliknya menjadi keras seperti batu

Tahukah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang romantis dan lemah lembut kepada keluarganya, sering bergurau senda tapi tetap penuh adab dan sopan santun serta menunjukkan akhlak yang baik. Sikap romantic baginda sangat mengagumkan dan menakjubkan, seperti dinyatakan dalam salah satu hadits. “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bergurau, bersama isteri-isteri baginda. Maksudnya Rasulullah adalah orang yang tidak kaku apa lagi kasar terhadap isteri dan keluarganya tetapi banyak bercanda, bergurau, dan bergembira.

Tetap Romantis dan akrab saat isteri sedang datang bulan

Sikap romantis Rasulullah tetap terasa oleh Aisyah walaupun Aisyah dalam keadaan datang bulan. Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa Rasulullah pernah meminta Aisyah untuk menghangatkan tubuhnya pada hal Aisyah dalam keadaan haid, Rasulullah berkata:

IKLAN

“Mendekatlah kepadaku, hangatkanlah diriku, hangatkanlah diriku!”. Lalu kukatakan pada baginda, “saya sedang haid”. Baginda berkata, “walaupun engkau sedang haid, singkaplah kedua pahamu”. Lalu kubukakan kedua pahaku dan baginda meletakkan pipi dan kepalanya (juga dadanya) di atas kedua pahaku (aku mendakap baginda) hingga baginda terasa hangat lalu tertidur. (H.R. Bukhari)

Mandi Bersama

Mandilah bersama kerana ia akan lebih menghangatkan hubungan suami isteri. Ini kerana ketika mandi bersama, ada hal-hal lucu dibincangkan.

Berkata Aisyah : ”Aku mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bejana, aku mendahuluinya dan ia mendahuluiku (mengambil wadah) sampai-sampai ia berkata: “tinggalkan untukku”, dan aku berkata, “tinggalkan untukku. (H.R. An Nasai)


Ajak isteri makan di luar sambil menikmati pamandangan indah dunia luar

Ada ketika isteri mungkin berasa bosan duduk di rumah sahaja. Seharian masanya menguruskan anak-anak, mengemas rumah sementara suami di luar mencari rezeki. Apa kata, kalau ada rezeki lebih dan baru dapat duit gaji, ajaklah isteri makan di luar sambil dirinya menikmati pemandangan dunia luar. Insya Allah, isteri semakin sayang.

Tidur berpelukan

Tidurlah berpelukan kerana ia lebih menambah rasa selamat pada isteri. Tidur berpeluk bukan untuk melakukan hubungan intim sahaja tetapi ia memberi tanda anda adalah suami yang selamat untuknya sejak kita mengambilnya sebagai isteri kita yang sah.

Jadi semua perkara ini tidak memerlukan kita untuk kaya raya baru dapat kita lakukan. Percayalah bila kita baik pada isteri, rezeki kita juga akan dimurahkan oleh Allah SWT. Sumber Gambar : Aeril Zafril