Sejak semalam rayuan seorang ibu anak enam yang menyara kehidupan keluarga dengan berniaga burger dengan pendapatan tidak sampai RM50, Dayana Mohamad tular di media sosial khususnya aplikasi tik tok.
Dalam linangan air mata, Dayana menunjukkan situasi ibunya yang lumpuh seluruh badan terbaring di atas katil dan apa yang mengecewakan dirinya borang permohonan bantuan kewangan untuk membeli susu dan lampin pakai buang ibunya sudah dua kali dikemukakan kepada pihak berkuasa khususnya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan kebajikan Masyarakat negeri namun tiada jawapan dari pihak berkuasa.
Lebih menyedihkan borang permohonannya tahun lepas didapati hilang dan dirinya kembali mengisi termasuk sudah memenuhi apa yang diinginkan. Tapi sayang, permohonannya tiada jawapan. Lebih menyedihkan katanya, adakah dirinya perlu meminta bantuan dari pihak gereja berikutan kewangan yang menghimpit?.
Di sebalik linangan air mata dirinya, hari ini dengan kuasa viral yang ada, pihak berkuasa sudah turun menziarahinya di rumah.
Dalam satu penjelasan memetik portal Majoriti, katanya, dia sudah membuat permohonan berkenaan sejak dua tahun lalu.
Ads
“Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur dan membuat permohonan di sana sebelum berpindah ke Teluk Intan, Perak.
“Saya jangkakan permohonan saya sudah di proses tetapi sudah dua tahun tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka,” katanya.
Ads
Dayana memberitahu pihak JKM sudah datang ke rumahnya dan memaklumkan bahawa mereka akan segera menguruskan permohonan tersebut.
Bagi permohonan LPZ pula Dayana memberitahu, dia sudah dihubungi dan dimaklumkan bahawa berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan permohonannya masih belum diproses.
Ads
“LPZ Perak memberitahu bahawa berlaku salah faham yang mana mereka sebenarnya tidak menerima sebarang borang prmohonan daripada pihak LPZ Kuala Lumpur.
“Oleh yang demikian, mereka tidak dapat berbuat apa-apa tentang perkara tersebut dan akan menguruskan permohonan saya secepat mungkin,” ujar ibu kepada enam cahaya mata itu.
Katanya lagi, dia berterima kasih kepada orang ramai yang membantu berkongsi videonya kerana jika ia tidak tular belum tentu pihak berkaitan akan memberi respon dengan segera.
Alhamdullillah, semoga urusan keluarga ini dipermudahkan Allah, begitu juga pihak berkuasa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Di Malaysia panas dengan isu penipuan melibatkan visa Haji Furada. Kerugian dianggarkan berbelas juta dengan hampir 400 jemaah tersangkut tak dapat berangkat ke saat akhir menunaikan fardu haji.
Tak habis dengan isu ini, tindakan seorang wanita dari negara ini yang memuatkan naik hantaran meminta doa orang ramai agar dirinya dapat memasuki Tanah Haram dalam mengejar wukuf di Arafah menarik perhatian orang ramai. Katanya dirinya baru sampai ke Jeddah ketika memuat naik hantaran di fbnya dan sudah melepas satu sekatan polis.
Dalam sekatan pihak berkuasa Arab Saudi, dirinya memaklumkan mahu ke Thoif (bukan ke Makkah) sedangkan niatnya ada mengerjakan haji menggunakan visa pelancong miliknya sebelum ini.
Jelasnya semalam, dirinya perlu melepasi dua lagi sekatan pihak berkuasa sebelum dapat sampai ke Makkah.
Tindakannya ini jelas tidak disenangi ramai orang di mana ramai menganggap perbuatan itu sebagai menipu untuk dapat mengerjakan haji. Kata mereka, niat sudah betul tapi cara tak kena.
Di media sosial, ramai menyelar tindakannya dibuatnya kerana jelas ia satu perbuatan menipu.
Pergi Haji tapi dengan Cara Menipu
Pergi nak buat ibadah tapi on the way nak kesana guna cara menipu. I is kennot brain. Bila Saudi banyak tangkap puak macam ni dan ketatkan lagi visa. Bukan sahaja jemaah haji kena tempias teruk, dengan geng-geng umrah sekali kena libas.
Udah-udahlah beria nak pergi haji ni. Haji ni untuk yang mampu. Kalau kita ni terpaksa menipu dan ambil risiko kena penjara macam ni, tak perlulah pergi haji sebab kita tak mampu.
Stoplah using word Allah jemput Allah jemput kalau ini kaedahnya nak masuk negara orang dan langgar peraturan negara orang. Yang bukan-bukan jer perangai.
Mampu ni bukan kira ada duit sahaja. Mampu ikut peraturan dan hak sesebuah negara pun satu kemampuan juga. Kalau tak mampu, tak payah. Sumber fb:- Mohd Firdaus Jailan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Manusia itu sering merencanakan kehidupannya. Banyak yang selalu difikirkan, mahu hidup bahagia dengan pasangan hingga akhir hayat, mahu bahagiakan diri pasangan dengan kejutan-kejutan di hari istimewanya, mahu membesarkana anak zuriat penyambung kasih sayang serta berbagai lagi. Namun sekuat mana kita berimaginasi, takdir Allah sudah tertulis khususnya dalam soal urusan jodoh pertemuan serta kematian.
Pasti kisah dikongsikan oleh Baskoro Wicaksono Marto di akaun Tik Toknya mengundang sebak di hati. Amat jarang menjumpai lelaki yang sanggup bersama pasangan saat diuji dengan kesihatan yang teruk dan kekal setia hingga ke akhir hayat.
Dari perkongsiannya, dirinya berkongsi momen-momen bahagia apabila mengenali pasangannya, Anggun dan mereka melawati hari bahagia bersama. Namun saat pasangannya diuji dengan kesihatan yang serius Systemic Lupus Erythematosus (SLE) hingga doktor menjangkakan hayatnya tidak lama, Baskoro mengambil keputusan untuk menikahi pasangannya dan menghalalkan hubungan itu.
Jika ramai memilih masjid atau dewan indah melafazkan akad nikah tapi pasangan ini bernikah di wad sahaja dengan dihadiri oleh beberapa ahli keluarga. Selepas akad nikah, Baskoro mencium dahinya pasangannya.
Bahkan jelas dalam rasa sebak Anggun menangis dengan kesetiaan ditunjukkan oleh pasangan yang sah bergelar suaminya. Ternyata jodoh mereka tidak lama kerana Anggun dikhabarkan meninggal dunia beberapa hari selepas berlaku pendarahan pada bahagian perutnya.
Selepas isterinya selamat dikebumikan, Baskoro menulis “sampai jumpa di keabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah kamu tiada di bumi” yang mengundang rasa sebak. Catatnya lagi, dalam melewati hari-hari sendirinya, biarlah masa berjalan perlahan, aku masih dalam keadaan jauh cinta ketika dia pergi,” ungkapnya.
Besarnya kasih sayang yang dibina pasangan ini, sanggup bersedia walau menyedari masa tidak lama bersama di dunia.
Ya, tidak ramai lelaki yang bersedia menghadapi situasi sebegini namun wujud insan-insan berhati mulia. Jika ditakdirkan dirinya tidak berkahwin dan mereka bersama-sama masuk syurga, ya di syurgalah tempat mereka bertemu kelak.
Ini bersesuaian dengan hadith Dalam ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman:
Maksudnya: Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka (Surah al-Ra’d: 23)
Semakin banyak info menarik berkaitan bahayanya penularan virus COVID-19 di laman sosial.
Terpulang pada seseorang individu itu untuk rajin membacaya atau membiarkan ia berlalu begitu saja.
Namun tidak salah kita membaca fakta yang diberikan jika sayangkan diri kita. Jangan kerana disebabkan sikap malas dan ego kita menyebabkan orang lain juga terkesan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, Mohd Firdaus Mat Saat membuat ringkasan perjalanan virus ini dari fasa 1 hingga fasa ke 6 yang berlaku di negara Itali dan dibandingkan dengan penularan yang berlaku di negara kita yang masuk fasa ke 3.
Ayuh, kita baca dan renungkanlah bersami-sama. Ada benar setiap perkongsian yang dimuat naik ini.
Baca sampai habis sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.
Itali adalah contoh terdekat yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.
Sejujurnya, hingga kini Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini. Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan 3500 kes Covid-19 yang baru. Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Dari segi progress, kita hanya 2 minggu di belakang mereka. Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Hari ini, hari pertama Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan.
Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana.
Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.
Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Italy, seorang rakyat Italy telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy.
Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi.
Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
1. Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.
2. Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.
4. Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
5. Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.
6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.
7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.
8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
1.Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong.
2.Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar.
3.Pada stage ini, ada Menteri yang bijak mengatakan “Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”.
5.Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan.
6.Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit.
7.Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan.
8.Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia.
9.Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia.
10.Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa.
11.Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.
12.Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.
1.Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.
2.Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.
3.Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.
4.Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.
5.Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.
6.Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa.
8. Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.
9.Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.
10.Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius.
11.Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.
12.Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.
13.Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.
14.Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara.
15.Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.
16.Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.
1.Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.
2.Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup.
3.Di hospital, bilangan doctor dan nurse tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doctor doctor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan.
4.Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.
6.Itali sudah sampai ke fasa ini.
1.Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.
2.Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.
3.Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.
4.Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.
5.Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah.
6.Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.
8.Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti.
9.Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.
1.Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.
2.Akhirnya, 12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.
3.Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict.
5.Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja.
6.Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari.
7.Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.
8.Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19.
Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing.
Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata.
Satu jer saya nak pesan, “Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah….”
Mohon SHARE. Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah