‘Tasmik 5 juzuk al-quran sehari itu biasa.’ Baru 12 tahun, Khaulah berjaya lepasi ujian syadadah sughra dan kubra. Masyallah hebat sungguh kecil ini, baru berusia 12 tahun tetapi hafalannya sangat mantap.
Sejuk perut ibu mengandung, malah sudah tentu satu pencapaian yang cukup membanggakan kedua ibu, bapanya. Teryata kejayaan anak gadis ini bukanlah mudah, malah memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
Perkongsian Azhana Nordin ini cukup menginspirasikan buat anak-anak sebaya Khaulah. Kongsinya,
Ketika anak gadis lain seusianya sibuk berbual tentang fesyen, sibuk memuatnaik video TikTok, riuh bercerita tentang teman baru di WeChat.
Ada segelintir mungkin sudah pandai berdebar kerana terserempak dengan ‘crush’,gadis berumur 12 tahun ini pula terlalu sibuk dengan hafalan Al-Quran.
Namanya Khaulah..ya, Khaulah Almujahidah. Sehebat namanya, begitu juga orangnya. Bijak percaturan si ibu ayah memilih nama puteri srikandi Islam terberani pada zaman Rasulullah iaitu Khaulah Al-Azwar.
Wanita yang mengangkat rasa kagum Khalid al-Walid akan kehebatan dan ketangkasannya di medan perang. Khaulah Almujahidah ialah rakan anak sulung saya, Hanna di sekolahnya.
Sehari Itu Biasa
Semalam dan hari ini adalah majlis syahadah kubra Khaulah. Syahadah ada dua jenis, pertama ujian tebuk beberapa ratus soalan daripada ayat-ayat Al-Quran, kedua ialah syahadah kubra. Huffaz boleh memilih salah satu metod ujian syahadah.
Ads
Apapun metod yang dipilih, hafalan mesti mantap. Bagi seorang huffaz, syahadah kubra adalah saat ujian membaca keseluruhan hafalan 30 juzuk Al-Quran di hadapan pentashih bertauliah tanpa sebarang kesalahan.
Persiapan yang perlu dibuat bukan calang-calang, ini bukan ujian menjawab soalan MCQ yang boleh ditembak-tembak kalau tiada idea, bukan soalan esei yang boleh difikir-fikir apa isinya dalam tempoh 1 jam.
Bukan juga ujian soalan-soalan pendek yang boleh dijawab verbal dalam tempoh 10 minit. Ini ujian dua hari berturut-turut yang menyaksikan si huffaz melantun lisan hafalan 6666 ayat Al-Quran dalam dadanya.
Baru 12 Tahun
Disemak pula oleh pegawai bertauliah, dengan disaksikan berpuluh-puluh pasang mata. Bayangkan debarnya yang diuji, beratnya beban emosi itu, fizikal pula berteleku berjam-jam membaca Al-Quran sepanjang hari, hanya berhenti rehat dan solat.
Selebihnya menghabiskan baki bacaan daripada hafalan. Khaulah? Memilih kedua-duanya. Minggu lepas dia melalui ujian tebuk, semalam dan hari ini dia mengambil ujian syahadah kubra. Anak didik Ustazah Putri Nurain ini serius hebat!
Apa istimewanya anak ini? Ohhh…banyak. Dia mengulang 5 kali keseluruhan 30 juzuk Al-Quran semata-mata daripada ingatannya ketika berlangsung program Marathon Huffaz pada bulan Ramadhan yang lepas, merupakan antara pencapaian terbaik di kalangan para pelajar Akademi AKMAL (Akademi Al-Quran Amalillah).
Khaulah Berjaya
Berusia 12 tahun kini, ketika anak gadis lain seusianya sibuk berbual tentang fesyen, sibuk memuatnaik video TikTok, riuh bercerita tentang teman baru di WeChat, ada segelintir mungkin sudah pandai berdebar kerana terserempak dengan ‘crush’.
Khaulah pula terlalu sibuk dengan hafalan Al-Quran. Dia buatkan saya rasa amat teruk, kerana saya sendiri amat naif dan kebudak-budakan pada usia 12.
Ads
Tasmik 5 juzuk sehari itu biasa, 6 ke 7 juzuk itu selalu sangat, pernah juga hingga 10 juzuk sehari..begitu Hanna bercerita tentang sahabat seperjuangannya ini. Dialah yang akan selalu mengejutkan Hanna sebelum pukul 5 pagi semasa di asrama, agar sama-sama berpagi-pagian seperti dirinya.
Atas asakan Khaulah jugalah Hanna kerap cuba menambah jumlah hafalannya, biar sabaq (hafalan baru) yang dihantar kepada ustazah Nour Ain Halim esok hari lebih banyak daripada hari ini.
Lepasi Ujian
Saya amat mengagumi gadis kecil ini, cukup tabah hatinya, kadangkala tetap sahaja di asrama mengulang hafalannya ketika rakan-rakan lain seronok pulang bermalam ke rumah masing-masing pada hari minggu pulang bermalam.
Ayahnya, Ustaz Taufik mengusahakan sebuah pusat tahfiz di utara tanahair, dan kerap sibuk dengan jadual yang ketat. Bukan setiap minggu dapat melawat Khaulah di Shah Alam seperti yang saya dan suami Muhammad Hamka lakukan.
Pemilik wajah bersih bercahaya ini pasti akan tersenyum kepada saya apabila kami terserempak ketika saya menghantar Hanna pulang ke asrama. Tetap tenang walaupun ibu ayah yang berada jauh di Gurun, Kedah tidak kerap datang.
Dia tidak mengambil aliran akademik buat masa ini, memilih untuk menumpukan seluruh usahanya menguasai hafalan Al-Quran, tapi dia bukan tidak bijak. Sebenarnya Khaulah adalah seorang ‘fast reader’.. seluruh novel tebal akan dihabiskan dalam kurang sehari.
Saya kira kalau buku-buku medik (perubatan) saya yang jumlah ketebalannya melebihi tinggi lutut saya itu, Khaulah mungkin boleh habiskan dalam masa kurang sebulan barangkali.
Saya amat percaya, Khaulah bakal menjadi profesional di bidangnya, murabbi di zamannya seperti laungan motto AKMAL (Akademi Al-Quran Amalillah), melihatkan kesungguhannya berusaha, keperibadian pejuangnya, kekuatan ingatan serta akalnya yang tajam.
Detik paling bersejarah dalam hidupnya. Pada 9 Disember 2022 Khaulah akhirnya berjaya dalam ujian Syahadah Sughra iaitu ditebuk hafazannya 120 soalan dalam 30 juzuk dengan markah Mumtaz manakala lulus ujian syahadah Kubra dengan markah Jayyid Jiddan.
Diam tak diam sudah hampir sebulan perlaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jaringan wabak COVID-19.
Malah kerjasama dari rakyat yang menurut perintah itu membuahkan hasil apabila berlakunya penurunan kes positif yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun itu bukanlah alasan untuk kita melakukan pergerakan seperti biasa. Dan malam semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan PKP ini sehingga 12 Mei depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin. Foto: Bernama
Beliau berkata, berdasarkan data-data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, usaha-usaha untuk membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.
Menurutnya, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.
“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial,” katanya dalam perutusan khas sempena Ramadan sebentar tadi.
Alhamdulillah! Dalam diam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sudah pun membina apps islamik yang diberi nama Qalby. Walau tidak banyak lagi umum mengetahui tentang app dibinanya ini tetapi nama-nama berpengaruh seperti Prof Dr Muhaya, Lisa Surihani dan beberapa nama lain sudah mulai mengikut di app ini.
Qalby (barangkali ejaan Qalbi dalam bahasa Melayu membawa maksud HATI adalah salah satu rukun dalam solat yang membawa maksud niat dan tertib, wallahualam).
Dalam apps ini ada waktu solat, dipenuhi kata-kata hikmah malah perkongsian dari Mufti Menk turut dimasukkan. Malah ia turut mengandungi perkongsian ilmu diberi nama “Did You Know” yang mana di dalamnya mengandungi banyak persoalan yang kita boleh jadikan panduan bersama. Bagi yang ingin memuat turun app nie boleh di dapati di dalam AppStore dan Play Store bagi pengguna Andriod.
Bahkan ia juga ada soal jawab secara langsung dengan beberapa individu yang menerima hidayah Allah untuk mengucap dua kalimah syahadah antaranya Aliza Kim selain mempelajari surah Al -Fatihah beserta tajwid yang betul bersama Ustadza Zainab Talha.
Sebelum ini umat islam digemparkan dengan app Muslim Pro yang didakwa data pengguna dibeli oleh tentera Amerika sehingga ramai menyah penggunaan apps ini. Namun hal itu dinafikan oleh pihak pengurusan Muslim Pro yang memaklumkan setiap data seramai 98 juta orang adalah selamat. Bukan setakat Mizz Nina, malah Neelofa juga dikatakan sudah mempunyai app islamik untuk kegunaan umat islam. Alhamdulillah, semoga lebih ramai selebriti yang diberi hidayah oleh Allah untuk sama-sama membangunkan app sebegini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkataan istighfar berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita.
Istighfar pada lazimnya menjadi ungkapan sebagai zikir yang kita lafazkan setiap masa bertujuan menghapus dosa dan melindungi diri daripada sebarang kejahatan.
Bukan itu sahaja tetapi ia banyak menyelesaikan kemelut kehidupan. Dikeluarkan dari kesempitan hidup. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” Riwayat Abu Daud (1518)
Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh, sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.
Namun begitu, dengan beristighfar hati kita akan jadi lebih tenang. Sekali gus mengeluarkan kita dari belenggu hidup yang memenatkan.
Lafaz istigfar
Kami nyatakan di sini beberapa contoh istighfar yang dilafazkan berdasarkan nas al-Quran dan hadith, antaranya:
Maksudnya : “Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu sekemampuan Ku, aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku kembali kepada Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampuni dosa kecuali Engkau.”
Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Riwayat al-Bukhari (7387) dan Muslim (2705)
Istighfar meminta ampun dan taubat
رَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Maksudnya : “Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang.” – (Hadis Riwayat Abu Daud).
Sependek-pendek istighfar
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah.” Atau dengan tambahan di belakangnya iaitu:
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
Terdapat banyak kelebihan istighfar yang boleh anda jadikan panduan dalam hidup, Antara kelebihannya itu adalah seperti:
Allah ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan. Ini berdasarkan hadith yang dinyatakan di atas.
غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
Maksudnya: “Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” Riwayat Ibn al-Sunni (83)
Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan memberikanmu kebun-kebun dan (di dalamnya pula) untukmu sungai-sungai.” Surah Nuh (10-12)
Istighfar boleh membentuk keperibadian seseorang
Dengan beristighfar kita sememangnya dapat memanfaatkan masa dengan amalan yang mendatangkan banyak manfaat dan pahala. Sama ada sedang berehat atau bekerja, bibir sentiasa melafazka zikir dan istighfar membolehkan kita mengingati Allah setiap masa.
Seorang ulama berkata, “Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia berasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah SWT, ia ambil pelajarannya.
Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah SWT, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Lihat Kitab Tanbihu al-Ghafilin, 67)
Justeru, marilah sama-sama kita melazimi diri kita untuk beristighfar apabila bangun dari tidur, selepas mendirikan solat, semasa bekerja, semasa berehat, dan sebelum masuk tidur. Usaha ini sedikit sebanyak akan mendidik diri mendahulukan Allah SWT dalam apa jua yang kita buat.
Kesimpulannya, istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai sebagai manusia pastinya tidak dapat lari dari berbuat dosa. Mungkin juga dosa tersebut sangatlah besar yang hanya kita saja yang tahu.Tapi boleh jadi...