“Terima Kasih Allah…” – Setahun Lepasi Tempoh ‘Survive’, Adik Ainul Mardhiah Makin Aktif & Ceria Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke Dua

Share

Siapa yang tidak mengenali dan mengetahui perjalanan kisah bayi istimewa Ainul Mardhiah. Kisahnya bukan saja viral di Malaysia tetapi juga seantero dunia.

Namun kini penderitaan yang dilalui oleh adik Ainul Mardhiah sudah berakhir apabila berjaya mengharungi detik sukar dalam hidupnya dan juga buat seluruh keluarga.

Artikel Berkaitan: “Ainul Stabil Lepas Pembedahan, Ainul Anak Mama Paling Kuat”

Kini sudah genap 4 tahun usia Ainul Mardhiah. Dan sempena ulang tahun kelahirannya 13 Ogos lalu, bapa Ainul menitipkan kata-kata yang sangat menyentuh hati.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, kelahiran puteri sulung dalam keluarga mereka memberi banyak pengalaman dan pengajaran cukup berharga.

Daripada menjadi insan tidak dikenali hinggalah dirinya mendapat tempat di hati masyarakat dan menjadi kesayangan semua.

Setahun melalui tempoh sukar, ternyata Ainul Mardhiah digambarkan seorang yang sangat kuat, cekal dan tabah orangnya.

Artikel Berkaitan: Ya Allah, Beratnya Dugaan Ainul Mardhiah Dan Ibu Bapanya, Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Keluarga Ini

Malah menurut bapanya lagi di laman Instagramnya, hari ini ternyata Ainul sudah berjaya melalui tempoh survive dari ketumbuhan yang pernah dilalui sebelum ini.

Ayuh, ikuti perkongsian yang sangat menyentuh hati ini.

Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka

Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah.

Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya.

Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu.

Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu.

Hari ini, boleh dikatakan ainul telah berjaya suvive dari ketumbuhan yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya.

Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria.

Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling. Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya.

Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total, Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang.

Amin.

Happy Birthday Ainul Mardhiah
Semoga Allah berkati kamu, Anak

Artikel Berkaitan: 

Bapa Kongsi Video Ainul Mardhiah Tersenyum, Ramai Doakan Kesembuhan Anak Syurga Ini
IKLAN