Semalam merupakan Sambutan Maulidur Rasul untuk junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menititpkan ucapan dan berselawat kepada baginda Rasulullah.
Salah seorangnya adalah penyanyi Datin Alyah turul berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasulullah menerusi akaun Instagram miliknya.
“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.
Ads
“Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…
“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…
Bacalah doa ini di kala menjelang subuh agar Allah permudahkan kita beribadah. Setelah selesai tunaikan solat tahajud dan mahu menanti azan subuh, sudah tentu kita akan bertasbih, berzikir, tahmid, bermunajat dan tidak lupa berdoa.
Doa yang dipohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kehidupan harian dan memohon pertolongan agar sentiasa sihat dan kuat untuk beribadah kepadaNya.
Dalam kitab Al-Riqqoh wa Al-Buka’, Ibnu Abi Al-Dunya menyebutkan bahawa di antara munajat dan doa para salafus soleh saat menjelang terbit fajar agar mereka selalu mendapat kemudahan dan pertolongan untuk senantiasa senang beribadah kepada Allah adalah sebagai berikut;
Mawlaaya, ‘abduka yuhibbul ittishoola bithoo’atika fa a’inhu ‘alaiha bi taufiiqika ayyuhal mannan. Mawlaaya, ‘abduka yuhibbu ijtinaaba sakhothika fa a’inhu ‘alaa dzaalika bi mannika ‘alaihi ayyuhal mannaan. Mawlaaya, ‘abduka ‘azhiimur rojaa-i li khoirika falaa taqthoo’ rojaa-ahuu yawma yafrohul faa-izuun.
Wahai Tuhanku, hambaMu senang menyatu dengan taat kepadaMu, maka bantulah dia dengan pertolonganMu, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu senang menjauhi murkaMu, maka bantulah dia atas itu dengan anugerahMu padanya, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu sangat mengharap kebaikanMu, maka jangan putus harapannya pada hari di mana orang-orang beruntung mendapat kebahagiaan.
Kashoorga: Amalan berdoa merupakan salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Memohon pertolongan melalui doa boleh sahaja dilakukan ketika di atas sejadah usai solat fardhu dan sunat atau walau di mana kita berada dan bila-bila masa sekalipun.
Bangunlah untuk bersolat tahajud kemudian berdoa lah merendahkan diri kepada Allah. kita memohon apa sahaja yang diinginkan atau diharapkan.
Malaikat yang turut sama bertahajud akan mengangkat doa-doa kita agar diterima Allah SWT. InsyaAllah agar segalanya dimakbulkanNya.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.
Malah kekuasaan Allah turut dinyatakan dalam surah Yassin ayat 81 dan Surah Ghafir ayat 57 yang membawa maksud, Allah mampu menciptakan apa saja termasuk langit dan bumi dan kita insan yang cukup kerdil di muka bumi ini.
Dapat disimpulkan di sini, langit adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat agung. Perkataan langit selalu disebut ketika Allah ingin menunjukkan kekuasanNya.
Inilah sebab kenapa Syaikh Abdul Aziz Ath-Tharifi mengatakan bahawa menatap langit termasuk ibadah. Kerana menatap langit ertinya menyaksikan salah satu tanda kebesaean Allah, keperkasaan penciptaanNya serta kekuasaan Allah
Dalam kitab “At-Tafsir wal Bayan” Syaikh Ath-Tharifi menulis 10 faedah dan hikmah yang sangat luar biasa ketika seseorang mendongakkan wajahnya ke langit.
Berikut adalah 10 hikmah menatap langit yang sangat jarang kita buat sedangkan ia salah satu sunnah Rasulullah.
Pertama:Takafur (berfikir), tadabbur (merenung) dan i’tibar (mengambil pelajaran). Yakni, dengan mendongakkan wajah ke atas melihat langit luas, secara automatik, tumpuan akan tertumpu pada objek dilihat di depan mata. Baik siang atau malam, langit selalu memberi ilham kepada orang-orang yang mahu berfikir bahawa alam semesta ini sangat mengagumkan, indah dan cukup mempersona. Ada banyak rahsia-rahsia ilmu pengetahuan yang dapat di atasnya.
Kedua:Menunjukkan hajat dan kelemahan diri. Meski tidak diucap secara lisan, bila kita memandang ke langit yang maha luas, di langit atas itu itu ada kekuatan yang maha dahsyat. Kita tentunya mengharapkan datangnya pertolongan dari Allah. Secara psikisnya, bila kita merenung langit yang luas, di saat dihimpit dengan semua masalah tapi perasaan susah hati itu akan hilang kerana langit itu cukup terbuka.
Ketiga: Berbaik sangka kepada Allah. Bila menatap langit, seolah kita mengharapkan satu berita baik akan datang di saat kita dihimpit dengan masalah. Hal ini juga dilakukan Rasulullah SAW yang sering berhusnudzon kepada Ya Rabb, bahawa satu hari nanti ada berita baik untuk kita dengar dan Allah kabulkan semua doa yang kita minta.
Keempat: Mentauhidkan Allah dalam perkara Rububiyah dan perkara Uluhiyah. Rububiyah bermaksud perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Allah. Seperti memberi rezeki, menciptakan, menghidupkan, mematikan, serta mengatur alam semesta ini. Sedangkan pengertian Uluhiyah adalah perbuatan-perbuatan hamba yang seharusnya ditujukan untuk Allah semata. Jadi, dengan melihat langit yang merupakan tanda-tanda keagungan-Nya, fitrah mengakui keesaan sang Khaliq akan timbul dalam jiwa kita.
Kelima: Bertambahnya keimanan dengan menyaksikan semua kekuasaan Allah, keagungan ciptaan-Nya dan kesempurnaan penciptaannya. Rasa takjub yang muncul saat seorang mukmin melihat angkasa raya yang luas akan membuatnya semakin yakin bahawa Allah sahaja yang mampu menciptakan semua kehebatan ini dan tidak ada keraguan langsung. Dengan semua ini, jika iman bertambah semangat untuk beribadah jjuga semakin tinggi dan menggebu-gebu.
Keenam: Tumbuhnya sifat tawaduk (rendah hati) pada diri seseorang ketika ia melihat langit, makhluk yang Allah ciptakan jauh lebih besar dari kita insan yang cukup kerdil. Maka dengan mengetahui qudrah (kekuasaan) Allah, hilanglah semua benih-benih kesombongan dan jiwa akan suci dari noda hitam. Akan tumbuh di dalam hati, kita ini hanya kecil malah bumi juga kecil, tidak seperti planet lain yang Allah ciptakan seperti Saturnus, Uranus, Jupiter dan banyak lagi. Itu belum lagi matahari dan bulan kerana bumi banyak bergantung kepada kepada apa yang ada di atas sana.
Jadi jika masih merasakan diri sombong, bersifat angkuh, merasa lebih hehat buangkanlah perasaan itu kerana kaki masih berpijak di bumi. Itu maknanya kita tidaklah sebesar mana.
Ketujuh: Wujudnya rasa khauf (takut) kepada Allah. Bayangkan kekuasaan Allah di depan mata kita, segalanya mungkin. Jika rasa takut itu ada, maka kita takut melakukan dosa. Ini kerana Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar dan sering mengawasi tindak tanduk hambaNya seperti ditulis dalam surah Al Fajr ayat 14.
Inilah perbezaan antara takut kepada Allah dan takut kepada makhluk. Ketika kita takut kepada makhluk, maka kita akan menghindarkan diri dan menjauhinya. Tetapi ketika kita takut kepada Allah, maka kita kita akan semakin dekat dengan-Nya.
Ke lapan:Hadirnya sifat tawakal iaitu menyerahkan segalanya kepada Allah taala yang mengatur kehidupan kita. Mutawakkil, orang yang bertawakkal, ertinya orang yang percaya dan menyerahkan segala urusannya kepada Dia yang Maha Mengetahui. “Sesungguhnya, apabila Dia menghendaki sesuatu, maka ia hanya perlu berkata, “Jadilah!” Maka, jadilah sesuatu itu.” (QS. Yasin: 82)
Kesembilan: Beriman kepada Allah dengan seluruh Asma’ul Husna dan sifat-sifat-Nya. Di antara nama dan sifat Allah iaitu; “Al-Aliy” (Yang Maha Tinggi), ‘Ar-Raziq’ (Yang Maha Memberi Rezeki), “Al-Lathif” (Yang Maha Lembut), “Al-Aziz” (Yang Maha Mulia), “Al-Khaliq” (Yang Maha Mencipta), “Al-Qahiru fauqa ‘Ibaadihi” (Dia yang Maha Perkasa), berada di atas seluruh makhluk, dilihat dari tempat dan kedudukan-Nya.
Kesepuluh: Bila menghadap ke langit, bermakna kita hanya "memilih" Allah, tiada orang besar, tiada orang politik, orang kaya atau orang miskin. Semuanya sama di sisi Allah taala.
Sumber: Dakwah.ID
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mengapa jika ada masalah, seperti perceraian, posting luahan hati di sosial media menjadi pilihan? Lihat sahaja di facebook, twitter,blog dan aplikasi digital hari ini ada sahaja coretan luahan hati tanpa memikirkan kesannya kelak.
Bagi pemilik akaun, itu adalah hak dia untuk bersuara atau melepaskan apa yang terbuku di hati dan termasuklah perihal kepincangan rumahtangga.
Hal perceraian adalah sesuatu yang sangat peribadi dan ia melibatkan aib diri, keluarga malah pihak ketiga jika ada. Seboleh mungkin ia disimpan kemas dan hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang tahu. Tidak perlu hebohkan satu dunia tentang nasib diri.
Ikuti nasihat puan Hajah Safura Hj. Ahmad Sharkawi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling, Jabatan Agama Islam Serawak khas buat pasangan yang telah bercerai, hasil daripada pengamatan beliau.
Bagi yang sudah bercerai, saya sarankan sebaik baiknya elakkan posting yang berbentuk refleksi atau pengeluahan perasaan kepada umum buat beberapa ketika yang mungkin agak lama. Ia adalah atas beberapa sebab:
Ia menamatkan pertingkahan, pertengkaran yang merosakkan emosi diri sendiri dan juga orang-orang penting yang berada di sekitar perkahwinan itu.
Posting berunsur refleksi terbuka untuk tanggapan yang subjektif. Ia boleh memanjangkan lagi perbalahan, persengketaan, menyukarkan interaksi neutral yang masih perlu di masa hadapan seperti urusan anak-anak, ziarah menziarahi keluarga mentua dan sebagainya.
Bagi mereka yang berada dalam circle anda, mereka akan membuat interpretasi yang menjurus kepada perkara sekitar isu rumahtangga anda.
Ia boleh jadi datang dalam bentuk sokongan, tohmahan, kejian, umpatan dan lain-lain yang lebih banyak mudarat dan tidak membantu anda pulih daripada trauma mahupun kelukaan.
Anda mungkin maksudkan lain tapi anda tak boleh jangka dan menahan orang mentafsir dengan fahaman dan sudut pandang berbeza.
Lebih lagi bila anda membuat posting umum di media sosial. Jika 5000 orang membacanya, setiap seorang boleh membuat interpretasi yang tidak sama bergantung di posisi mana mereka berada.
Apabila mereka komen, komen mereka pula diinterpretasi oleh 4999 orang lain yang juga dari sudut berbeza.
Anda berkongsi keluarga, berkongsi kawan-kawan, berkongsi saudara mara, berkongsi kawan facebook, berkongsi kelab atau persatuan, berkongsi followers, berkongsi rakan pejabat, berkongsi kejiranan, berkongsi kawan-kawan anak dan juga ibubapa kepada anak-anak, berkongsi rakan jemaah masjid surau dan sebagainya.
Apabila anda membuat posting yang hiba sayu atau berbentuk amarah yang menjurus kepada isu sekitar perkahwinan dan perceraian anda, ia akan mendorong kepada terpecahnya circle yang anda kongsi tadi.
Puak A menyokong anda, puak B menyokong bekas pasangan anda sedangkan puak A dan puak B mungkin adalah kalangan rakan rapat anda suami isteri sebelum ini.
Anda tenang, bekas pasangan tenang, keluarga tenang, circle anda pun tenang. Nak move on pun senang. Tak mahulah jadi seperti kata pepatah: “Rumah siap, pahat masih berbunyi”. Lontarkan luahan hati itu eksklusif untuk tatapan sendiri sahaja.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?