“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.
Malah kekuasaan Allah turut dinyatakan dalam surah Yassin ayat 81 dan Surah Ghafir ayat 57 yang membawa maksud, Allah mampu menciptakan apa saja termasuk langit dan bumi dan kita insan yang cukup kerdil di muka bumi ini.
Dapat disimpulkan di sini, langit adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat agung. Perkataan langit selalu disebut ketika Allah ingin menunjukkan kekuasanNya.
Inilah sebab kenapa Syaikh Abdul Aziz Ath-Tharifi mengatakan bahawa menatap langit termasuk ibadah. Kerana menatap langit ertinya menyaksikan salah satu tanda kebesaean Allah, keperkasaan penciptaanNya serta kekuasaan Allah
Dalam kitab “At-Tafsir wal Bayan” Syaikh Ath-Tharifi menulis 10 faedah dan hikmah yang sangat luar biasa ketika seseorang mendongakkan wajahnya ke langit.
Berikut adalah 10 hikmah menatap langit yang sangat jarang kita buat sedangkan ia salah satu sunnah Rasulullah.
Ads
Pertama:Takafur (berfikir), tadabbur (merenung) dan i’tibar (mengambil pelajaran). Yakni, dengan mendongakkan wajah ke atas melihat langit luas, secara automatik, tumpuan akan tertumpu pada objek dilihat di depan mata. Baik siang atau malam, langit selalu memberi ilham kepada orang-orang yang mahu berfikir bahawa alam semesta ini sangat mengagumkan, indah dan cukup mempersona. Ada banyak rahsia-rahsia ilmu pengetahuan yang dapat di atasnya.
Kedua:Menunjukkan hajat dan kelemahan diri. Meski tidak diucap secara lisan, bila kita memandang ke langit yang maha luas, di langit atas itu itu ada kekuatan yang maha dahsyat. Kita tentunya mengharapkan datangnya pertolongan dari Allah. Secara psikisnya, bila kita merenung langit yang luas, di saat dihimpit dengan semua masalah tapi perasaan susah hati itu akan hilang kerana langit itu cukup terbuka.
Ketiga: Berbaik sangka kepada Allah. Bila menatap langit, seolah kita mengharapkan satu berita baik akan datang di saat kita dihimpit dengan masalah. Hal ini juga dilakukan Rasulullah SAW yang sering berhusnudzon kepada Ya Rabb, bahawa satu hari nanti ada berita baik untuk kita dengar dan Allah kabulkan semua doa yang kita minta.
Keempat: Mentauhidkan Allah dalam perkara Rububiyah dan perkara Uluhiyah. Rububiyah bermaksud perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Allah. Seperti memberi rezeki, menciptakan, menghidupkan, mematikan, serta mengatur alam semesta ini. Sedangkan pengertian Uluhiyah adalah perbuatan-perbuatan hamba yang seharusnya ditujukan untuk Allah semata. Jadi, dengan melihat langit yang merupakan tanda-tanda keagungan-Nya, fitrah mengakui keesaan sang Khaliq akan timbul dalam jiwa kita.
Kelima: Bertambahnya keimanan dengan menyaksikan semua kekuasaan Allah, keagungan ciptaan-Nya dan kesempurnaan penciptaannya. Rasa takjub yang muncul saat seorang mukmin melihat angkasa raya yang luas akan membuatnya semakin yakin bahawa Allah sahaja yang mampu menciptakan semua kehebatan ini dan tidak ada keraguan langsung. Dengan semua ini, jika iman bertambah semangat untuk beribadah jjuga semakin tinggi dan menggebu-gebu.
Ads
Keenam: Tumbuhnya sifat tawaduk (rendah hati) pada diri seseorang ketika ia melihat langit, makhluk yang Allah ciptakan jauh lebih besar dari kita insan yang cukup kerdil. Maka dengan mengetahui qudrah (kekuasaan) Allah, hilanglah semua benih-benih kesombongan dan jiwa akan suci dari noda hitam. Akan tumbuh di dalam hati, kita ini hanya kecil malah bumi juga kecil, tidak seperti planet lain yang Allah ciptakan seperti Saturnus, Uranus, Jupiter dan banyak lagi. Itu belum lagi matahari dan bulan kerana bumi banyak bergantung kepada kepada apa yang ada di atas sana.
Jadi jika masih merasakan diri sombong, bersifat angkuh, merasa lebih hehat buangkanlah perasaan itu kerana kaki masih berpijak di bumi. Itu maknanya kita tidaklah sebesar mana.
Ketujuh: Wujudnya rasa khauf (takut) kepada Allah. Bayangkan kekuasaan Allah di depan mata kita, segalanya mungkin. Jika rasa takut itu ada, maka kita takut melakukan dosa. Ini kerana Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar dan sering mengawasi tindak tanduk hambaNya seperti ditulis dalam surah Al Fajr ayat 14.
Inilah perbezaan antara takut kepada Allah dan takut kepada makhluk. Ketika kita takut kepada makhluk, maka kita akan menghindarkan diri dan menjauhinya. Tetapi ketika kita takut kepada Allah, maka kita kita akan semakin dekat dengan-Nya.
Ke lapan:Hadirnya sifat tawakal iaitu menyerahkan segalanya kepada Allah taala yang mengatur kehidupan kita. Mutawakkil, orang yang bertawakkal, ertinya orang yang percaya dan menyerahkan segala urusannya kepada Dia yang Maha Mengetahui. “Sesungguhnya, apabila Dia menghendaki sesuatu, maka ia hanya perlu berkata, “Jadilah!” Maka, jadilah sesuatu itu.” (QS. Yasin: 82)
Kesembilan: Beriman kepada Allah dengan seluruh Asma’ul Husna dan sifat-sifat-Nya. Di antara nama dan sifat Allah iaitu; “Al-Aliy” (Yang Maha Tinggi), ‘Ar-Raziq’ (Yang Maha Memberi Rezeki), “Al-Lathif” (Yang Maha Lembut), “Al-Aziz” (Yang Maha Mulia), “Al-Khaliq” (Yang Maha Mencipta), “Al-Qahiru fauqa ‘Ibaadihi” (Dia yang Maha Perkasa), berada di atas seluruh makhluk, dilihat dari tempat dan kedudukan-Nya.
Kesepuluh: Bila menghadap ke langit, bermakna kita hanya "memilih" Allah, tiada orang besar, tiada orang politik, orang kaya atau orang miskin. Semuanya sama di sisi Allah taala.
Sumber: Dakwah.ID
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudah jatuh ditimpa tangga. Nasib dialami lelaki ini diibarat seperti rangkap peribahasa. Bukan sahaja dirinya disahkan penghidap kanser limfoma tahap empat sejak April tahun lalu, kini terlantar sakit menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Tetapi juga Mohd Izzudin Zainal turut menjadi salah seorang mangsa kemalangan pemandu bas Rapid KL yang melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Ampang Ogos tahun lalu.
Biarpun menyedari keadaan dirinya yang sakit dan bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan, namun dia tetap tegar mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan bagi membeli tong oksigen.
Ternyata kegigihannya mencari rezeki ini mendapat perhatian seorang temannya yang kemudian membuat posting di laman sosial Facebook. Mira Jamal berkongsi kisah lelaki yang senang dipanggil Din ini dalam melawan penyakit dihadapi.
Dia yang kini terlantar dihospital menerima tempahan tag nama khat sebelum dirinya kini berada dalam koma. hasil tulisannya juga sangat cantik dan menarik, malah harga dijual juga agak berpatutan.
Din yang juga bekas guru sekolah ini mahu meneruskan misinya bag membeli tong oksigen mudah alih, katil hospital dan juga wheelchair bagi keperluan dirinya.
Dia dan isterinya yang turut terbabit dalam rempuhan bas rapid KL masih tidak menerima apa-apa pampasan dari pihak terbabit. Apatah lagi kereta mereka telah total lost dan kini tidak mempunyai kenderaan lain.
Assalamualaikum gais,
Kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membeli tong oksigen dan keperluan keluarga. Saya sangat menggalakan semua orang untuk membeli jualan mereka kerana…….
Din adalah seorang yang tak mudah menyerah kalah dan meminta minta. Walaupun dalam keadaan tidak boleh bergerak kerana hanya di atas katil hospital (Din menghidap Kanser dan InsyaAllah dengan kuasa Allah akan lebih baik di masa hadapan). Din berada dalam keadaan koma beberapa minggu lepas, tetapi sebelum koma dia tetap sempat mengambil order tempahan tag nama khat, sebab din tidak mudah putus asa dan terer.
Din adalah bekas guru sekolah, satu satunya yang bekerja menanggung keluarga, dan tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap kanser. Din masih lagi terlantar atas katil hospital, bergantung 24 jam dengan mesin oksigen, dan masih tidak menyerah kalah mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya. Din tetap berusaha keras.
Masih ingat kes Bas Rapid KL yang merempuh berpuluh kenderaan dari Columbia ke Ampang? Din dan isteri adalag antara mangsa kejadian, dan sehingga sekarang masih tidak mendapat sebarang respon atau pampasan dari pihak rapid, kereta rosak secara total. Mereka sudah tidak punya kenderaan keluarga.
Kesimpulannya, sekiranya mampu, marilah kita beli jualan din dan war war kan kepada rakan rakan lain. Serta sila kongsikan post ini supaya lebih ramai tahu tentang bisnes kecil din. Target terdekat din dan page adalah untuk mengumpul dana membeli mesin oksigen mudah alih, katil hospital, dan wheelchair supaya din dapat pulang ke rumah kepangkuan anak anak kecil.
**Buat yang menempah, harap faham keadaan Din yang terbatas nak reply laju laju ya, and nak siapkan order ambil masa sikit.
KASHOORGA: Marilah kita sama-sama membantu yang kini tidak mempunya pendapata tetap. Walaupun tengah bertarung dengan sakit dihadapi tetapi tetap bersemangat menxari rezeki biarpun hanya menulis khat di atas katil hospital.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Organ saya adalah pinjaman Allah, apa salahnya dermakan.’ Buah pinggang kiri untuk isteri. Begitulah kasih sayang yang utuh daripada seorang suami kepada isterinya.
Berkorban untuk pasangan di saat dirinya ditimpa kesakitan dan kesusahan pasti akan dikenang sampai bila-bila. Bertuah sang isteri memiliki suami yang sanggup memberikan sebelah buah pinggangnya buat isteri.
“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” kata Mohamad Al Bukhari Ellia atau mesra disapa Bukhari.
Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.
Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.
Berkongsi kisahnya, Bukhari diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.
Bukhari mengakui sedih dan terkesan dengan keadaan isterinya itu namun cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.
Apa Salahnya Dermakan
Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.
“Dulu saya bekerja sebagai juruteknik perkhidmatan cucian namun ambil keputusan berhenti kerja kira-kira dua bulan selepas berkahwin.
“Saya kemudian berniaga keropok lekor atas jenama sendiri, Hasbuq Lekor kerana nak beri tumpuan kepada isteri dan menemaninya ke pusat dialisis.
“Ikutkan kami tak sempat pergi berbulan madu kerana selepas seminggu kahwin, isteri tunjukkan simptom badan berasa sejuk, tak larat, menggigil dan nak muntah.
“Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.
“Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga,” katanya.
Buah Pinggang Kiri
Menurutnya, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya namun dia nekad kerana sudah berfikir panjang dan mempertimbangkan kesannya.
Meskipun perlu menunggu dua tahun untuk menjalani transplan buah pinggang, Bukhari bersyukur kerana layak menjadi penderma selepas melepasi saringan ditetapkan malah puas dapat membantu insan tercinta.
“Ramai juga tanya dengan saya mengapa saya nak dermakan buah pinggang dan tak takut ke memandangkan masih muda.
“Jujurnya memang gementar kerana ia soal hidup dan mati malah saya sampai tulis wasiat tetapi cekalkan hati demi isteri.
“Lagipun organ yang saya ada itu adalah pinjaman Allah SWT, jadi apa salahnya derma buat isteri yang memerlukan.
“Dua kali juga pemindahan buah pinggang itu hampir gagal kerana komplikasi ketika cuba masukkan organ ke saluran pundi namun akhirnya berjaya.
“Cuma isteri ditidurkan selama dua hari selepas prosedur itu,” katanya yang mencari rezeki di Tapak Gerbang Malam, Pusat Bandar Bagan Serai, Perak.
Untuk Isteri
Menceritakan perkembangan terkini, Bukhari berkata, keadaan isterinya bertambah baik dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia juga dalam usaha menjaga pemakanan dan tidak terlalu aktif dengan aktiviti lasak seperti disyorkan doktor.
Berhubung perkongsian di TikTok, Bukhari tidak menyangka video dimuat naiknya akan dapat perhatian netizen hingga tular dan meraih hampir sejuta tontonan.
“Bagi saya, transplan buah pinggang satu prosedur biasa memandangkan ramai lagi di luar sana buat yang sama dan niat kongsi video di TikTok adalah untuk jadikan kenangan.
“Tak sangka akan tular malah ramai tonton video itu luahkan rasa sedih dan mendoakan selain DM (hantar kiriman mesej),” katanya.
Hari ini manusia mungkin sanggup menipu apa saja asalkan mendatangkan keuntungan padanya. Ini termasuklah peniaga yang mahu mengaut untung berlebihan termasuk menipu orang ramai tanpa mengira apa kesannya pada pengguna.
ALLAH SWT dan Rasulullah SAW amat murka kepada peniaga yang menipu dalam urusan jual beli. Hal ini dinyatakan dalam surah Al Mutaffifin ayat 1-3 yang bermaksud:
“Celakalah (seksalah) bagi orang yang menipu (dalam timbangan dan sukatan). Apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain, mereka sempurnakan (penuhkan). Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.”– Surah al-Mutaffifin: 1-3.
Peniaga mungkin untung seketika di dunia saja tapi di akhirat azabnya sangat menakutkan.
Bercakap dalam menipu dalam urusan jual beli, di aplikasi Tik Tok atas nama ArysaSofea @arysareana berkongsi satu pengalaman “tidak masuk akal” di mana tilam besar dibelinya pada harga RM800 di satu kedai penjualnya Pakistan, sebenarnya adalah tilam fake.
Ini kerana tidak sampai setahun digunakan, tilam itu mula mengelembung di bahagian tengahnya dan terdapat tompokan hitam di bahagian alas kainnya.
Malah dia mengakui badannya juga agak sakit-sakit bila bangun dari tidur saat menggunakan tilam tersebut. Rasa ingin tahu apa di sebalik tilamnya, ArsyaSofea bertindak memotong sedikit dan apa yang mengejutkan, jika tilam sepatutnya diperbuat dari campuran span, latex, spring dan lain lagi (bergantung pada harga dan kualiti tilam) tilamnya hanya dilapik menggunakan span dan banyak gabus dipecah-pecahkan (bahagian atas ada span nipis).
Malah dia sudah menghubungi kedai “Pakistan” berkenaan dan mereka mahukan bukti video untuk bertanya kepada pihak pengilang. Dan pastinya siapa yang berada di tempatnya akan berasa kecewa, geram dan marah andai ditipu begini kerana duit bukan boleh dipetik dari daun atau bersepah di tepi jalan sebaliknya perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki tersebut. Dan nilainya juga bukanlah terlalu murah.
Rata-rata komen dari pengguna mengakui dengan harga berkenaan, dirinya sepatutnya boleh mendapat tilam berkualiti dengan jaminan 10 tahun lamanya dan bukan barangan fake.Malah rata-rata terperanjat hanya gabus di dalamnya termasuk ada menyuruhnya membuat laporan polis dan lapur ke KPDNKK.
Allah turunkan bala pada umat Nabi Syuaib akibat menipu dalam urusan jual beli
Sebenarnya kisah penipuan dalam urusan jual beli ini sudah pun terjadi di zaman Nabi Syuiab lagi di mana kaum Madyan amat gemar melakukan penipuan dalam urusan timbangan hingga Allah menurunkan bala dan membinasakan kaum ini dengan gempa bumi yang sangat dahsyat.
Dan adab sebagai peniaga pula, adab dalam urusan barangan yang rosak di mana Islam melarang kita menjual barang sedemikian dengan harga yang sama dengan barangan yang berkeadaan baik. Hikmah larangan ini adalah untuk mengelakkan tidak timbul kes penipuan, ketidakadilan dan penyesalan oleh pembeli.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa menjual barang yang cacat di mana ia tidak menerangkannya, maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan ALLAH dan malaikat sentiasa melaknatinya.” – HR Ibnu Majah
Di samping itu, Islam juga melarang kita menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi kerana mengharapkan keuntungan yang besar. Perbuatan seperti itu menurut para ulama, kurang mendapat keberkatan Ilahi kerana penjual hanya mementingkan keuntungan material semata-mata.
Tonton videonya di mana dia memotong keseluruhan tilam fake berkenaan.
Amalan berkirim salam adalah kebiasaan, malah ia telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.Dan adalah wajib bagi kita menjawab kiriman salam ini sama ada...