Bersahur itu sunnah. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bagi yang sudah berkeluarga atau si bujang yang tinggal bersama ibu ayah, bab sahur ini memang tiada masalah kerana kita akan dikejutkan oleh ibu ayah untuk bersama-sama bersahur. Yang sedikit bermasalah apabila tinggal jauh dari ahli keluarga kerana belajar atau tuntutan kerja di mana ramai yang agak susah terjaga di awal pagi.
Mengambil pendekatan berbeza, seorang lelaki bujang, Khoirul Anam menampal banner di tiang-tiang elektrik menyediakan khidmat kejut sahur khas untuk orang bujang tika Ramadhan ini. Berasal dari Magelang, Jawa Tengah, kejut sahur itu bukan saja untuk daerahnya tapi juga di seluruh Indonesia jika ada yang mahukan khidmatnya.
Ads
Sebaik memuat naik “sedekah panggilan” itu di instagramnya, anam_chenel, selain menggantung banner di daerah tempat tinggalnya ia mendapat perhatian netizen malah dia mendapat 11 pelanggan pada hari pertama puasa
.
“Ada 11 pelanggan tapi bila saya kejutkan yang bangun cuma tiga orang, selebihnya tidak mengangkat telefon. Saya buat tiga kali panggilan dan jika tidak mengangkatnya, saya beralih kepada orang lain,” katanya yang akan mula berjaga dari jam 2 pagi sehingga sahur. Katanya dia tidak risau jika pelanggan bujangnya tak bangun kerana dia sudah melaksanakan amanah diberi.
Ads
"Tak apa-apa kalau tak bangun, saya sudah jalankan amanah saya," katanya.
Ads
Kejut percuma kerana bimbang dirinya tak terjaga
Khoirul Anam mengakui dia tidak mengenakan sebarang cas kepada pelanggan kerana tidak mahu diuji Allah taala seandainya dia tertidur dan hal itu memberi masalah kepada pelanggan-pelanggannya.
“Lebih baik percuma begini. Kalau berbayar takut saya tidur. Kalau percumakan seronok dan tak rugi apa-apa,” katanya yang gembira kerana ramai memberikan sokongan atas usahanya ini. Lebih unik, dia turut menawarkan ganjaran berbuka puasa bersama bagi mereka yang menggunakan khidmatnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kata orang, tiada kejayaan dapat dicapai dalam tempoh singkat kecuali dengan jalan yang salah. Restoran makanan terkenal KFC juga mengambil masa untuk diterima orang ramai malah pemiliknya, Colonel Harland Sanders pernah gagal sebanyak 1009 kali sebelum KFC mampu membuka lebih 22,000 restoran di seluruh dunia seperti hari ini.
Namun apa yang pastinya, selebriti masakan dunia sosial, Khairul Amin Kamarulzaman atau nama popularnya Khairul Aming telah mencipta fenomena tersendiri apabila Sambal Nyet Berapi yang dijualnya buat kali pertama selepas mencipta nama telah mencipta fenomena tersendiri. Ini kerana sambal berapinya ini telah terjual sebanyak 10 ribu botol dalam tempoh 54 minit sahaja,sekaligus membuktikan, barang siapa yang berusaha, akan memperoleh rezeki dari Allah taala.
Bacalah perkongsian dari pengguna fb, Nur Syahirah Yaakub yang berkongsi kisah yang mampu kita jadikan inspirasi ini. Malah perkongsian ini turut viral apabila dikongsi oleh lebih 10 ribu pengguna fb dalam tempoh singkat juga.
Khairul Aming dan fenomena Sambal Nyet Berapi. Macam mana 10,000 unit sold dalam masa 54 minit?
Sebagai pengguna Instagram tegar, aku adalah salah seorang di antara 2.7 juta followers Khairul Aming yang tertunggu-tunggu nak beli Sambal Nyet ni.
5 hari sebelum pelancaran, Khairul Aming announce dia akan keluarkan produk sendiri, aku dah buat kira-kira. Dengan followers 2.7 juta, kalau yang beli cuma 1% daripada follower tersebut, jumlah pembeli adalah 27,000 orang. Nampak je halahhh 1%? 1% untuk follower Khairul Aming jangan main-main ok.
4 hari sebelum pelancararan, Dalam video 1 minit Khairul Aming share cara perjalanan dia hasilkan Sambal Nyet. • Step 1 : Proses bahan mentah dalam ratio bahan, suhu dan kaedah yang betul sehingga final product. • Step 2 : Proses penyimpanan produk dan ciri-ciri keselamatan untuk pelihara kualiti molekul produk. • Step 3 : Sistem tagging untuk proses monitoring contohnya expiry date etc • Step 4 : Final assembly line sebelum release dan persiapan terakhir sebelum dihantar ke delivery partner.
3 hari sebelum pelancaran, Khairul Aming share pulak : • Harga produk : RM 13.90 • Level Pedas : Pedas (Memang pedas weh!) • Cara pembelian : Shopee • Tarikh release : Rabu (6/1/2020) – 12.30pm • Kuantiti yang available : 10,000 unit Korang rasa 10,000 unit tu banyak? Bagi aku 10,000 unit tu sikit sebab aku anggarkan pembeli adalah 1% daripada follower dia (27,000). Itu kalau setiap 1% follower tu beli 1 unit. But roughly orang akan beli at least 2 unit, baru berbaloi dengan postage fee. Berdasarkan caption dia tu, aku dah anggarkan yang 10,000 unit tu memang boleh habis sekelip mata.
Hari pelancaran, sambil dok buat kerja dekat office. 12.29pm aku standby tunggu link Shopee dekat Instagram Khairul Aming. Tepat jam 12.30pm, nahh another 1 minute video!
Dapat je link Shopee, terus aku beli 2 unit. Masa aku beli tu kuantiti banyak lagi dalam 9800 unit. Selang 10 minit aku bukak balik Shopee nak check betul tak benda ni akan sold out cepat. Dan sekali kali aku check tu, kuantiti akan berkurang hampir 2000-3000 unit. Bayangkan setiap 10 minit, 2000 unit sold. Dahsyat kan? Minit ke-50 aku tengok dah tinggal tak sampai 15 unit
Aku pun kaypo masuk store cari Hint,
“Awak tau tak, Sambal Nyet tu dah tinggal 15 unit dari 10,000 in just 50 minutes. Dasyatttt kan?”
Laki aku yang tak tau pucuk pangkal terpinga-pinga. Yang penting soalan dia tu :
“Awak beli berapa?”
“2 bekas je.”
Memang ramailah yang komen dekat Instagram Khairul Aming, tak sempat nak beli padahal masa tu baru pukul 1.30pm.
Smart nya cara kerja Khairul Aming ni, dia release produk dia dekat Shopee. Jadi, mudah untuk orang beli, macam aku dah link dengan credit card, purchase bawah RM50, so tak payah tunggu One Time Password (OTP) dah. Sekali click terus settle.
Dengan kapasiti 10,000 unit dia tu, memang lebih mudah bila sistem Shopee yang handle. Bayangkan kalau dia jual melalui whatsapp, jenuh weh nak reply satu-satu, susah nak keep track, jadi bila dia guna platform Shopee, dia dah tak perlu risau whatsapp tak sempat reply ke apa. Dan kalau dia release melalui website, jenuh jugak tiba-tiba website hang sebab traffic ramai sangat.
Lebih smart, bila dia dan team dah pack siap-siap 2000-3000 botol dalam flyers (Dalam kuantiti 1 unit & 2 unit), jadi, pada hari pelancaran tu jugak. 3000 unit pertama order yang masuk, akan dihantar pada hari yang sama. Sold out je lepas 54 minit tu, dorang terus print sticker airway bill J&T dan tampal je atas parcel dah pre-packed.
Dan semalam, Sambal Nyet Berapi yang aku order dah sampai ke tangan aku, dari Kelantan terus ke Damansara less than 24 hours dari waktu pembelian aku dekat Shopee.
Kejayaan 10,000 unit terjual dalam masa 54 minit ni bukan an overnight success. 4 tahun kot Khairul Aming bina nama melalui video-video masakan 1 minit di Instagram & Facebook Rasapop. Tapi aku rasa Instagram lagi core sebab followers Instagram dia bukan calang-calang. Berapa banyak selebriti dengan instafamous yang follow dia, sampai level Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pun boleh jadi voice over untuk video masa bulan puasa haritu.
Paling best bila dia buat video 30 hari resepi sepanjang bulan puasa. Terkeluar anak-anak tekak orang yang puasa waktu tu sebab terliur tengok video masakan dia, termasuk aku Untuk compress semua proses memasak dalam masa video durasi 1 minit is not easy. Nampak je senang, alah satu minit je pun. Tapi guys, tengok kualiti video pun dah tau tu bukan kerja mudah.
4 tahun dia invest masa, tenaga, idea, nak masak, nak edit. 4 tahun weh buat benda sama. Ko rasa?
Apa yang aku perhatikan, perkara pertama yang paling penting bila buat sesuatu adalah sabar dan fokus pada sesuatu benda yang kita nak.
Jangan kejap buat itu, kejap buat ini. Kita rasa jadi dropship benda ni tak bagus, kita tukar produk lain. Lepas tu kita rasa produk tu tak boleh jual, kita tukar produk lain pulak. Bulan ni produk lain, bulan depan produk lain. Lama-lama orang pun confuse dengan identiti kita, dia ni jual apa sebenarnya?
You cannot win all, if you are a beginner, just choose one. Fokus buat satu benda tu je dulu, tapi buat bersungguh-sungguh sampai jadi. Nanti lama-lama bila dah expert jual lah 5-10 benda pun. Tapi untuk permulaan, paling penting sabar dan fokus.
Siapa je yang boleh sabar sampai 4 tahun buat video memasak durasi 1 minit. Most of us will stop half way and give up. 4 tahun bukan masa yang singkat. Tapi Khairul Aming boleh. Dari bawah dia mula, perlahan-lahan dia mendaki, selepas 4 tahun baru sampai puncak. 4 tahun ni sebenarnya, semua video-video masakan yang dia share resepi secara percuma, sedar tak sedar, itu adalah perkongsian ilmu (sedekah) yang dia bagi dekat follower dia selama 4 tahun. Banyak cara kan sebenarnya kita nak bersedekah. Bukan sedekah duit sahaja.
Pernah aku baca dekat komen dia orang berterima kasih sebab dia share resepi dan minta dia halalkan resepi sebab orang tu guna untuk buat berniaga. Itu baru satu yang aku baca. Dan aku percaya ramai sebenarnya yang guna resepi dia untuk berniaga dan ramai yang mendoakan kebaikan dia.
Dan dengan terjualnya 10,000 unit Sambal Nyet Berapi dalam masa 54 minit, it is all worth it. Terbayar semua penat lelah 4 tahun dia bina nama.
And yes,
Sambal Nyet Berapi dia sedap dan berkualiti!
“Man Jadda Wajada”
Siapa yang berusaha, dia dapat hasilnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bukan itu saja, dia juga dikatakan sudan membersihkan akaun Instagramnya dengan memadam semua kandungan yang selama ini menjadi kenangan terindah sebagai anak seni.
Dalam pada itu, Sana Khan memberiahu adakah kehadiran seorang hamba Allah di duina ini hanya untuk mengejar kekayaan dan nama.
Bertitik tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan,” katanya.
Dalam membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi.
“Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kematian saya?
“Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian,”tulisnya lagi di laman Instagramnya hingga mendapat perhatian ramai.
Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang dosa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh olehNya.
Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah.
“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.
Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa ikaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Menurut bintang filem Big Boss 6 dan Jai Ho ini, dia juga memohon pengikut-pengikutnya mendoakan kesejahteraannya agar terus istiqomah.
“Kepada saudara-saudari di luar sana, saya mohon untuk berdoa supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan saya mengikut perintah-Nya.
“Pada masa sama, saya dapat curahkan bakti kepada masyarakat dan dapat melalui dugaan-dugannya,” tulisnya lagi.
Alhamdulillah dan tahniah buat anak muda berusia 17 tahun, Siti Nurshuhaini Azman yang baru saja muncul sebagai Naib Juara Terbuka Republik Czech pada 24 Oktober lalu.
Di pusingan akhir itu, dirinya tewas di tangan pemain Indonesia Putri Kusuma Wardani yang menghuni tangga ke 124 dunia.
Membuat penampilan sulung apabila menggalas cabaran bersama Skuad Badminton Wanita Negara dalam saingan Piala Uber 2020 lepas, pendedahan di peringkat antarabangsa itu memberikan semangat buat anak negara yang manis berhijab ini untuk muncul Naib Juara di Terbuka Republik Czech baru ini.
Apa yang menarik, penampilannya yang berhijab sedikit pun tidak membuatnya berasa kekok sebaliknya atlet kelahiran Rawang, Selangor ini mengekalkan jati diri sebagai muslimah sejati dengan penampilan menutup auratnya itu.
Sebelum mencapai kejayaan gemilang ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan yang jawatankuasa pengurusan telah membuat keputusan menyerapkan remaja berusia 17 tahun ini ke pasukan senior perseorangan negara serta merta sebelum pasukan berlepas ke Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober lalu.
Ia dilakukan kerana negara mengenai keperluan jumlah pemain senior yang lebih ramai bagi perseorangan wanita, bagi mencapai objektif memperkuatkan lagi skuad itu.
“Mereka secara rasminya akan menyertai unit di bawah ketua jurulatih Indra Widjaja dan jurulatih Loh Wei Sheng. Semoga yang terbaik untuk anda semua,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kemas kini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 17 tahun yang menamatkan saingan Terbuka Czech selaku naib juara meraih peningkatan sebanyak 85 anak tangga.
Peningkatan tersebut membolehkan Nurshuhaini menghuni tangga ke-269 dunia pada minggu ini. Ini merupakan ranking terbaik pernah dihuni oleh Nurshuhaini sejak disenaraikan oleh BWF pada bulan Mei lalu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.