
Sebagai ibu bapa, pelbagai pendekatan dan cara tersendiri kita gunakan demi memupuk minat anak-anak untuk mencintai Al-Quran sejak dari kecil lebih-lebih lagi apabila tular video seorang budak mengaji pakai baju Spiderman.
Kadangkala, kerenah dan gelagat polos si kecil ini bukan sahaja menghiburkan, malah membuatkan kita tersenyum sendiri.
BACA JUGA: Legasi #Malaysia100, Amanah Membina Negara Lebih Baik Bermula Dari Rumah
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini, gelagat seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Kael mencuri perhatian warganet apabila dia begitu tekun mengaji sambil memakai kostum lengkap adiwira popular,
Spiderman!Menurut ibunya menerusi Sinar Harian, Puan Siti Munirah, anaknya itu sememangnya amat meminati watak adiwira berkenaan sejak kecil. Namun apa yang menariknya, minat mendalam itu dibawa sekali ke tempat mengaji dan masjid tanpa rasa kekok.
Aksi comel budak mengaji bergelar Kael yang tenang duduk membaca Al-Quran dengan bepakaian Spiderman telah dirakam dan dimuat naik ke media sosial sehingga mendapat ribuan tontonan dan pujian daripada warganet.
Lebih mencuit hati, reaksi polos Kael yang teruja selepas mengetahui videonya tular dan disukai ramai.
“Kael dapat like banyak, mommy!”
Kata-kata jujur dan kegembiraan kecil seorang anak ini nyata membuatkan ramai tersentuh dengan kecomelannya.
Melayan kerenah anak-anak dalam proses mendidik agama memerlukan kesabaran dan keanjalan (flexibility). Pendekatan yang diambil oleh ibu bapa Kael yang menyantuni minat anaknya dipuji ramai.
Dalam dunia psikologi kanak-kanak dan amalan Islamic Parenting, tidak ada masalah untuk menyokong minat anak selagi ia tidak melanggar syarak dan memberikan impak positif.
Apabila anak-anak tidak merasa tertekan atau dihalang secara keras, rasa seronok untuk belajar agama akan timbul secara semula jadi.
Di sebalik kostum adiwira yang mencuri perhatian itu, apa yang paling utama ialah nilai disiplin dan kecintaan terhadap kalam Allah yang sedang disemai dalam jiwa si kecil.
Menjengah ke ruangan komen budak mengaji ini, rata-rata warganet terhibur dan mengusik gelagat adiwira cilik ini. Ada yang berseloroh bahawa walaupun sibuk ‘menyelamatkan dunia’, amalan mengaji tetap menjadi keutamaan nombor satu!
Bukan itu sahaja, ramai juga mendoakan agar Kael membesar menjadi seorang anak yang soleh, terang hati dalam menuntut ilmu agama, serta menjadi penyejuk mata (
qurrata ‘ayun) buat kedua-dua orang tuanya.Mendidik anak mencintai Al-Quran tidak mestinya bermula dengan ketegasan yang kaku. Kadang-kala, sentuhan kasih sayang, kreativiti, dan sikap memahami minat anak itulah yang menjadi ‘kunci’ utama untuk melekatkan hati mereka dengan agama.
Semoga kisah comel ini menjadi inspirasi buat mak-mak dan ayah-ayah di luar sana untuk terus sabar serta kreatif dalam membimbing anak-anak menjadi pahlawan Islam sebenar suatu hari nanti.
Kredit Video: https://vt.tiktok.com/ZSbDKGSdH/
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok