Ulama Larang Cerita 3 Perkara Ini Kepada Orang Lain, Boleh Undang Dengki & Penyakit Ain

Ulama Larang Cerita 3 Perkara Ini Kepada Orang Lain, Boleh Undang Dengki & Penyakit Ain

Dalam hidup, tidak semua perkara yang kita miliki atau alami wajar diceritakan kepada orang lain. Ulama berpesan bahawa ada hal tertentu yang lebih baik disimpan sendiri sahaja, kerana bimbang ia boleh mengundang kedengkian manusia, rasa iri hati, dan lebih berbahaya lagi, terkena penyakit ain.

Tapi fenomena hari ini pula sebaliknya  ramai yang gemar berkongsi hampir semua perkara di media sosial termasuklah perkara aib. Dan tanpa sedar, perkongsian sebegitu boleh membuka pintu keburukan.

Dalam pada itu Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi dalam satu perkongsian video di akaun media sosial beliau sempat berpesan agar berhati-hati berkongsi cerita supaya tidak mengundang kedengkian. Menurut beliau terdapat tiga perkara yang dilarang oleh ulama untuk diceritakan kepada orang lain.

1. Umur

Pertama menurutnya adalah umur. Ini kerana ia boleh mengundang kurang hormat atau lemah kepada seseorang

“Umur jangan cerita pada orang atau jangan saja-saja tanya umur orang. Sebab kalau dia muda orang akan kurang hormat meskipun dia alim atau hebat.

Ads

“Kalau dia tua pula orang akan rasa di lemah, walaupun hakikatnya masih kuat. Maka lebih selamat, simpan perkara ini untuk diri sendiri,”kata Ustaz Jafri.

2. Harta

Selain itu ujarnya elakkan bercerita kepada orang lain akan harta yang kita miliki.

“Tapi trend  sekarang orang menunjukkan kekayaan, tunjuk kereta, duit yang banyak dan sebagainya. Tapi Nabi dan ulamak tak beri kita buat begini. Sebabnya ia mengundang kedengkian manusia. Tak semua orang suka bila kita bercerita tentang harta kita yang banyak,”jelasnya.

3. Keluarga

Dalam pada itu pesan Ustaz Jafri tak perlu juga berkongsi tentang keluarga. Contohnya tentang kelebihan atau kecemerlangan anak, adik beradik, pasangan dan sebagainya.

Ads

“Cukuplah  ia dirai dengan membuat kenduri kesyukuran, kerana perkongsian sebegini tanpa mungkin menyebabkan ada manusia yang dengki.”

Mengundang Penyakit Ain

Dalam pada itu terangnya perkongsian tiga perkara di atas juga boleh mengundang penyakit ain yang mana sukar diubati.

“Ain ini berlaku bila seseorang itu takjub dengan orang, hatta anak dia sendiri.

Ads

“Contohnya dia rasa anaknya begitu comel atau cantik. Dia seronok dengan perasaan ini, dari situ anaknya boleh terkena penyakit ain daripada seorang ibu.

“Malah takjub dengan diri sendiri seperti berasa diri nampak muda atau cantik itu juga boleh menyebabkan ain. Sebab itu kena hati-hati,” akhirinya.

Sumber: Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Baca: Datuk Dr Zulkifli Beri Penjelasan Penyakit Ain, Penyakit Akibat Pandangan Mata, Cara Merawat & Menghindarinya

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads