Suatu hari Khalifah Umar bin Khattab melihat seorang pemuda berjalan seperti orang sakit. Lalu, Umar pun bertanya kepada lelaki itu, “Apakah engkau sedang sakit?” Pemuda itu menjawab, “Tidak.” Mendengar jawapan itu, Umar mengangkat cemetinya dan memukul pemuda itu. Ia lalu memerintahkan anak muda itu untuk berjalan dengan tegap.
Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik dikisahkan, Rasulullah s.a.w telah memberi contoh berjalan yang baik. “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berjalan dengan tegap.” (Riwayat Muslim). Ketika berjalan, Nabi Muhammad s.a.w mengangkat kedua kakinya tinggi-tinggi kerana baginda berjalan dengan tegap.
Disebabkan tegapnya, Nabi s.a.w seakan-akan berjalan dengan tertumpu pada pangkal telapak kakinya. Rasulullah s.a.w berjalan dengan tegap, tidak longlai dan tidak berjalan seperti orang sakit atau perempuan. Kemampuan berjalan merupakan kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
Kisah di atas menggambarkan bahawa Islam pun mengatur tata cara atau adab berjalan yang baik. Setiap Muslim apabila sedang berjalan haruslah menjaga dan menepati adab berjalan.
1. Seorang Muslim hendaklah berniat benar ketika hendak berjalan. Niatkan berjalan itu untuk tujuan yang baik, sebagai ibadah dan mengharapkan reda dari Allah SWT. “Apabila berjalan ke masjid, niatkan untuk beribadah kepada Allah. Jika berjalan untuk bekerja, niatkan untuk mencari rezeki yang baik dan halal untuk keluarga.
IKLAN
2.Sekiranya anda berjalan untuk sesuatu yang haram. Sesungguhnya, kedua kaki ini akan memberi kesaksian dan berbicara pada hari kiamat. Untuk itu, hendaklah menghindarkan diri dari berjalan untuk sesuatu yang dilarang oleh agama. Sebab, setiap hayunan langkah kita itu akan berbuahkan dosa.
3.bersikap tawaduk dan tidak sombong. Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran, : “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” Surah Al Israa ayat 37
“… Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” Dalam surah Lukman ayat 18.
IKLAN
4. Hendaklah seseorang itu berjalan dengan langkah yang biasa, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat.
5. Tidak menoleh ke belakang. Menoleh ke belakang saat berjalan akan membuatkan anda tergelincir dan berlanggar.
IKLAN
6. Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan. Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat orang lain adalah dilarang dalam Islam. Selain itu juga tidak boleh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana boleh mengundang kemarahan Allah SWT.
7. Berjalan dengan kuat. Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasulullah s.a.w ini lebih hampir dengan roh Islam. “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT berbanding mukmin yang lemah,” tuturnya.
8. Hindari gaya jalan yang dicela. Contoh berjalan dengan sombong dan takabur, berjalan dengan gelisah dan gementar; berjalan dengan longlai seperti orang sakit; berjalan meniru lawan jenis; berjalan terburu-buru dan terlalu cepat; serta berjalan seakan-akan melompat.
Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.
Bagi yang menunaikan haji ia meru[pakan satu perjalanan ibadat yang sangat bermakna kerana sebahagian besar jemaah menunggu berpuluh tahun sebelum giliran mereka dapat ‘naik haji.’ Demikian hebatnya ujian dan penantian para dhuyuf arrahman (tetamu Allah).
Berikut ini Hajjah Rohana Saad berkongsi tip untuk menjadi tetamu Allah. Moga ia bermanfaat untuk semua.
TIP NAK DAPAT JADI TETAMU ALLAH
Petua seorang sahabat katanya kalau nak sangat pi Tanah Suci selalu lah bertalbiah “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika lak.” Dia ikut petua kawan dia tu selalulah dia bertalbiah dan tak sampai setahun dia jadi Tetamu Allah. Ramai juga yang maklumkan mereka ikut petua ini dan dijemput menjadi tetamu Allah.
Seorang lagi sahabat bagi petua, katanya kalau nak sgt pergi haji, pergi je kursus haji walaupun waktu giliran tu jauh lagi.. Allah akan tenguk usaha dan semangat kita, In Sya Allah cepat sikit Allah jemput.. Aamiin.
Selain di atas ada sahabat lain memberi petua ialah selalulah kita mendoakan orang lain untuk jadi tetamu Allah. Kita jangan kedekut untuk mendoakan untuk orang lain. InsyaaAllah malaikat akan mendoakan untuk kita pula.
KONGSI REZEKI
Petua akhir, kita hendaklah selalu meraikan saudara mara atau sahabat handai yang akan ke Tanah Suci samada pergi untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji dengan memberi sedikit sumbangan dengan seikhlasnya tanpa mengharap cenderahati dari Tanah Suci. Boleh diberi sumbangan kewangan atau telekung dan sebagainya keperluan ke Tanah Suci. InsyaaAllah penerima sumbangan kita yang menjadi tetamu Allah tersebut dengan seikhlasnya akan mendoakan buat kita menjadi tetamu Allah pula.
Tak salah kita ikut petua-petua ni sebagai salah satu usaha kita selain berdoa. Allah tidak menjemput orang yang mampu tetapi memampukan sesiapa yang mahu dan rindu. Semoga Allah menjemput kita semua menjadi tetamuNya.. Aamiin ?
Doa untuk menjadi tetamu Allah di Makkah dan Madinah.
Nak dapat hidup berkat bukan susah. Kita buat amalan harian simple Rasulullah pun boleh dapat pahala. Bagaimana tu? Selain al-Quran menjadi kitab panduan untuk kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah, ketahuilah bahawa dengan mencontohi akhlak mulia Rasululah juga akan membawa keberkatan hidup.
Hidup berkat ini kita dapat lihat apabila ramai yang suka, sayang dengan kita, hidup susah pun rasa masih tercukupi, kalau ada masalah besar kita tenang menghadapinya. Ini semua berkat.
Berkat yang diperoleh itu kesannya bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk kesejahteraan orang sekeliling. Cari lah keberkatan hidup selagi nyawa dikandung badan. Ikut amalan harian Rasulullah walau di mana sekalipun.
Kalau kita nak dapat syafaat baginda Rasulullah SAW, perbanyakkanlah selawat ke atasnya dan bertambah aman hidup penuh berkah apabila kita turut menjadikan setiap amalan harian baginda sebagai budaya untuk mengumpul ganjaran pahala.
Jadi apakah amalah harian simple Rasulullah yang boleh bantu kita capai keberkatan hidup? Kita lihat satu persatu senarai di bawah yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin ini.
Bangun pagi dengan menyapu wajah dan berdoa:
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur
Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan.
Memasuki tandas dengan kaki kiri dan membaca doa
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is’
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).”Kemudian keluar tandas dengan kaki kanan.
Bersugi
Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ “Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang.
Membaca bismillah semasa memakai pakaian
Diriwayat daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
سِتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيُنِ الْجِنِّ، وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا وَضَعُوا ثِيَابَهُمْ أَنْ يَقُولُوا : بِسْمِ اللَّهِ “Penghalang (hijab) antara pandangan mata jin dan aurat bani Adam ketika membuka pakaian ialah membaca bismillah (dengan nama Allah)” [HR al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Ausat (2504)]
Menunaikan solat sunat rawatib subuh
Begitu juga melakukan solat sunat rawatib merupakan sunnah Nabi SAW yang mana Baginda tidak pernah meninggalkannya.
Ini berdasarkan kenyataan dari Ibnu Umar r.a. Kata beliau :
” Aku solat bersama Rasulullah dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Jumaat, dua rakaat selepas maghrib dan dua rakaat selepas Isya’ ” Riwayat al-Bukhari ( 1165)
Menunaikan solat sunat dhuha
“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.” (Hadis Riwayat Muslim)
Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan.
Nabi SAW seringkali mengutamakan dan mendahulukan bahagian kanan untuk sebahagian besar urusan seharian yang melibatkan kebaikan.
Daripada ‘Aisyah r.a: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalam memakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya.
Berhenti sebelum kenyang. Sepertiga makan, sepertiga minum dan sepertiga nafas.
Ketika keluar rumah.
Antara almalan Rasulullah harian yang mudah sangat kita lakukan ialah dengan membaca : “Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
Apabila berjumpa saudara semuslim, ucap Assalamualaikum. Ini adalah amalan Rasulullah yang mudah kita lakukan.
11. Senyum kepada sesiapapun! Abdullah bin Harits bin Jazi pernah mengatakan: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah SAW.” (Riwayat Tirmidzi)
Berzikir
Nabi SAW tidak pernah lekang berzikir dari mulutnya. Ini adalah amalan rasulullah yang boleh kita buat di mana-mana secara lisan atau dalam hati.
Daripada Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh Tuhanmu, bahkan lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang?
Jawab mereka: “Mahu, wahai Rasulullah”. Sabda Baginda: “Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.” (Riwayat Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Ketika pulang kembali ke rumah, ucaplah salam dan ucaplah juga bismillah semasa masuk.
Dari Anas bin Malik r.a, ia berkata bahwa Rasulullah SAW berkata padanya,
يَا بُنَىَّ إِذَا دَخَلْتَ عَلَى أَهْلِكَ فَسَلِّمْ يَكُونُ بَرَكَةً عَلَيْكَ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِكَ “Wahai anakku, jika engkau memasuki rumah dan menemui keluargamu, ucapkanlah salam biar datang berkah padamu dan juga pada keluargamu.”
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring mengiring sebelah kanan
Bangun menunaikan solat sunnat tahajjud.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
16. Sentiasa beristighfar.
Rasulullah SAW sentiasa beristighfar pada setiap hari. Menurut riwayat Sahih Muslim, Rasulullah SAW dikatakan tenggelam dalam kekhusyukkan beristighfar. Sabda Baginda Nabi SAW:
إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِي الْيَوْمِ مِئَةَ مَرَّةٍ “Sesungguhnya hatiku tenggelam dalam keseronokan beristighfar. Dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah setiap hari seratus kali,” (HR Muslim)
Senang sahaja kan nak ikut amalan harian ini? Semuanya adalah perkara yang kita boleh buat sepanjang hari.
Sambil bertanya sama ada dia cantik memakai tudung bawal, Fouziah Gous nampak begitu manis sekali berhijab. Antara caption yang ditulis oleh Fauziah di instagramnya berbunyi, “Betul ke saya lebih sesuai pakai tudung bawal??