Diam tak diam kita sudahpun memasuki bulan April dan tidak lama lagi akan menyambut Ramadan yang mulia.
Jika sebelum ini dikatakan mereka yang lahir bulan Mac adalah disifatkan sebagai seorang yang tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lahir pada bulan ini.
Rupanya individu yang lahir pada bulan keempat dalam 12 bulan adalah seorang yang aktif dan dinamik. Mereka juga dikatakan sangat cepat bertindak untuk membuat keputusan tetapi cepat pula menyesal.
Dalam pada itu, kelahiran bulan April juga disifatkan sebagai seorang yang sangat menarik dan pandai memanjakan diri. Serta dikurniakan daya mental yang sangat kuat tetapi awas seorang yang suka diberi perhatian.
Ads
Mereka juga dikategoikan sebagai insan yang sangat diplomatik dan seorang yang pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Menariknya mereka ini seorang yang sangat berani dan tidak mempunyai perasaan takut.
Ads
Antara sikap lain individu yang lahir pada bulan April ini adalah seorang yang suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun serta pemurah orangnya.
Ads
Ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Antara sebahagian selebriti yang lahir bulan April lain adalah Zizan Razak, Kamal Adli dan juga Remy Ishak.
Remy Ishak lahir pada 11 April 1982.
APRIL # sgt aktif dan dinamik # cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal # sgt menarik dan pandai manjakan diri # punya daya mental yg sangat kuat # suka diberi perhatian # sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org # sgt berani dan tiada perasaan takut # suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Zizan Razak juga lahir pada 15 April 1984.
# emosi cepat terusik # try control the emotion # kecenderungan bersifat dendam # agresif, kelam kabut utk membuat keputusan # kuat daya ingatan # gerak hati yg sangat kuat # pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain # berpenyakit disekitar kepala dan dada # sgt cemburu dan terlalu cemburu
‘Haram lembutkan suara sekalipun.’ Manja wanita dengan lelaki ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Dalam pergaulan, wanita terutamanya isteri orang harus menjaga batas pergaulan.
Peramah dan manja adalah berbeza, wanita ramah tidak akan bermanja lebih-lebih dengan lelaki yang tidak dikenali rapat atau bukan mahram. Wahai wanita jagalah maruah diri lagi-lagi jika anda berstatus isteri orang.
Ikuti perkongsian Puan Sharifah Zahidah tentang sebuah kisah benar apabila sikap manja tersalah tumpah pada orang yang tidak sepatutnya sehingga hancur rumah tangga.
Ada satu kisah benar di antara kisah yang sukar untuk saya lupakan, tentang seorang wanita ‘manja’ yang selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz sehingga terbit rasa cinta di hati.
Bermula dengan sekadar mesej bertanya pendapat dan meminta nasihat, akhirnya apa yang terjadi? Berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.
Manja wanita bukan dengan ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Itu bukan manja terpuji, itu manja terkeji.
Manja yang menampakkan sisi-sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita. Seterusnya akan mudah menarik lelaki yang punyai penyakit dalam hati. Manja ini telah banyak meruntuhkan rumah tangga dan membuatkan wanita menyakiti sesama wanita.
Di saat sang suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih dan menumpahkan kemanjaannya terhadap suami orang lain.
Sehingga satu ketika, caught red handed.
Suami wanita ini dapat tahu dia ber-abang-sayang dengan ustaz kepada anaknya sendiri. Maka bertemu adegan 3 kepala, si suami bertanya pada ustaz,
“Kenapa isteri saya?”
Tahu apa jawapan ‘ustaz’ ini?
“Sebab dia lembut. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni..” (Lembut yang dimaksudkan adalah manja kerana wanita ini suka melentokkan suara dan intonasinya. Saya sendiri dengar rakaman suaranya).
Memuji kelembutan isteri orang dan membandingkannya dengan kegarangan isteri di rumah sendiri.
Si suami ini kata dalam hati,
“Aku saja tahu dia di rumah macam mana..”
Long story short.
Isteri kepada ustaz merayu agar si suami ini jangan ceraikan isterinya yang bermadu kasih dengan suaminya. Kerana jika si isteri ini diceraikan, pasti dirinya juga diceraikan kerana isteri manja dan ustaz ini memang plan hendak bercerai dengan pasangan masing-masing dan mengahwini satu sama lain.
Tapi jodoh isteri ‘manja’ dengan suami sibuk ini tak berpanjangan. Isteri ‘manja’ berkeras minta diceraikan. Entah ke mana hilang ‘manjanya’ ketika ini.
Akhirnya, diceraikan juga lantaran isteri si manja yang sudah terlalu angau dengan ‘imam barunya.’
Maka, ustaz ini juga menceraikan isterinya agar dapat bersama dengan isteri orang yang manja.
Di sinilah mula terbongkar segalanya…
Bilamana si suami ini tadi berpeluang bercakap sendiri dengan isteri ustaz yang dikatakan garang.
Masakan tidak garang isteri di rumah?
Nafkah rumah tangga tak pernah dicukupkan. Si isteri kena buat macam-macam untuk tampung ketidak-cukupan daripada suami.
Penat dibebani segalanya, sehingga manja dan senyumnya juga sirna. Rumah tangga sendiri sudah cukup bermasalah, suami lebih sibuk dengar wanita lain punya masalah?
Sudahlah diri tak mampu dan dibantu isteri.
Boleh pula dia dengan mudah cair dengan kemanjaan seorang wanita jauh lebih tua yang sedang sunyi hati kerana suami yang sibuk bekerja dan berusaha menafkahi?
Runtuh dua rumah tangga hanya kerana kemanjaan seorang isteri sunyi beranak ramai – yang mengkhianati suami yang sibuk menafkahi.
Hanya kerana manja yang salah ditumpahkan, musnah rumah tangga yang cukup lama telah didirikan.
Kompleks bukan?
Isteri yang cukup dinafkahi, rasa sunyi.
Menumpah rasa dan manja pada lelaki ajnabi.
Lelaki ajnabi yang tak cukup menafkahi dan bergantung harap pada isteri, ambil kesempatan kemanjaan percuma atas alasan, “isteri dah tak lembut macam dulu lagi. Wanita manja beginilah yang aku cari..”
Suami yang sibuk menafkahi – ditinggalkan begitu saja hanya kerana romantis seorang ustaz yang pandai melayan luahah hati.
Suami sibuk menafkahi tak sempat dengar luahan hati tentang cicak mati di balik pintu. Hanya ustaz ini saja yang ada untuk dengar cerita-cerita “comel dan manja” isteri sunyi ini tadi.
Isteri ustaz yang berkorban untuk mencukupkan keperluan, disalahkan atas kegagalan “mengikat hati suami” kerana tiada lagi kelembutan dan kemanjaan dalam memberi layanan dan sentuhan. Tak sama macam isteri di “rumah orang sana.”
Beginilah manusia.
Bermula dari kisah sebuah kemanjaan yang salah ditumpahkan, terkorban 2 rumah tangga dengan anak-anak yang berderet ramai.
Manusia akan saling menghancurkan apabila dia sering-sering menuntut dilayan, sedangkan dia sendiri lupa berperanan. Sedangkan dia sendiri, gagal MENGHARGAI pengorbanan.
Sebenarnya,
Jika rumah tangga bermasalah sekalipun, tetapi tiada kemanjaan yang salah rumah memasuki/menganggu rumah tangga – pasti banyak rumah tangga dapat diselamatkan.
Di saat kemanjaan murah ini mula menghantui jiwa lelaki, maka habislah segala yang ada pada isteri terlihat buruk di mata suami. Wanita ajnabi manja juga yang dia cari. Dicerai isteri yang selama ini bergolok gadai demi sang suami.
Pesan saya kepada wanita,
Jangan kejam menganggu rumah tangga wanita lain dengan kemanjaan dan kegedikan yang datang dari murahnya maruah dirimu.
Manja itu membangunkan kemesraan dalam komunikasi suami isteri. Tetapi menghancurkan kekeluargaan bila ianya dicurah pada lelaki ajnabi.
Ianya langsung tak wajar dikeluarkan! Buat biasa-biasa sudah. Jangan tunjuk desperate sangat.
Boleh beza ramah-tamah sebab karakter dengan manja yang dibuat untuk menggoda.
Saya peramah orangnya. Pernah kalian nampak saya manja? Tidak bukan. Jadi jangan jadikan alasan kononnya anda itu “peramah” jadi nampak macam “manja.” Nonsense.
Orang ramah boleh jadi tegas pada tempatnya. Tiada pasal ramah dan manja kononnya dianggap benda sama.
Akhir kata,
Wanita, jaga ‘manja mu’ yang sebenarnya gedik, miang dan gersang itu. Jangan jadi murah. Jangan jadi pemusnah rumah tangga orang.
Nampak wanita mengada dan manja cuba hampiri rumah tangga kita, boleh sound direct dengan segera. Wanita penggoda murahan, selalunya tak makan saman. Berhati-hati, ambil pengajaran.
Ini kisah benar tuan puan. Jangan sampai ia terjadi pada ahli keluarga anda pula.
Bahaya ya, manja jadian ini. Ini detik mula sondol-sondolan berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Cegah sebelum parah.
Kashoorga: Satu teguran yang baik dan kisah ini menjadi peringatan buat kita semua.
‘Ujian kaya itu mencabar.’ Isteri kena bersyukur, kalau Allah belum bagi suami kaya-raya atau bergelar jutawan. Bimbang bila terlalu kaya banyak mata-mata memerhati.
Tidak dinafikan semua orang, inginkan suami dimurahkan rezeki, banyak duit agar kehidupan lebih terjamin. Namun begitu, bukan hanya kesenangan saja yang kita dapat tapi diiringi dengan pelbagai ujian yang tak kita sangka.
Benarlah kata orang, wanita diuji ketika suaminya susah. Manakala lelaki diuji ketika senang. Ikuti perkongsian Amalina Nudin ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Bersyukurlah, Allah tak atau belum bagi suami kita kaya raya jadi jutawan…Kerana Dia mungkin ingin menjaga kita hati dari tersakiti lebih dari tertusuk duri. Allah tahu kita tak mampu hadapi. Atau belum mampu.
Diberi suami baik. Dan diberi suami yang menyayangi. Malah, diberi suami yang gigih mencari rezeki seringgit dua, untuk membahagiakan isteri dan keluarga, ada yang sampai tak fikir untuk diri. Sibuk mencari sesuap nasi, sehingga tak sempat melihat yang lain lagi.
Biar tak hensem dan tak kaya mana,
Asal hensem iman, kaya tanggungjawab dan jutawan penuh empati…kaya dengan telinga yang mendengar, memberi bahu untuk menenangkan perasaan.
Andai Allah nak kayakan suami kita nanti, biarlah ketika itu dia juga diberi kecukupan iman, juga diberikan mata yang pandai menundukkan pandangan, diberi hati yang pandai mengenang dan menghargai, siapa yang pernah berada di sini, ketika dia tiada apa-apa pada awalnya…
Bak kata Hafiz Mahamad,
Saya menumpang rezeki isteri.
Oleh itu, saya akan berbelanja lebih, supaya duit saya tak banyak… biar gaji isteri lebih banyak, supaya saya tak berani buat apa-apa yang pelik… saya hanya menumpang rezeki isteri…
“Saya tunjuk ini dan itu, tunjuk sayang isteri saya, supaya ramai boleh tegur saya, kejutkan saya, kalau saya tercicir jalan atau buat macam-macam yang boleh sakiti hati isteri saya!” Katanya.
Isteri teruji apabila suami tiada apa. Suami teruji apabila dia ada segala.
Ada orang diuji dengan susah agar dia bersabar. Kemudian, ada orang diuji dengan senang agar dia pandai bersyukur.
Ada orang, dia menang di keduanya dan ada orang, dia kalah sekalahnya.
Saya pernah jumpa jutawan beriman.
Nikmat dunia lain dia pernah rasa, Allah tarik awal nikmat dunia baginya… nak pergi mana dapat, pergi Mekah dua tiga hari balik pergi pula… nak makan apa dah semua rasa. Wagyu dah puas dah.
Dia jumpa kepuasan lain pula. Bagi sedekah pada masjid. Beli kereta untuk kegunaan jemaah Islam.
Turun padang untuk bantuan banjir. Bantu sini sana ketika bencana. Itulah kemanisan buatnya.
Semoga Malaysia dipenuhi dengan lelaki kaya yang beriman, jutawan dunia akhirat.
Rijal Yang Qawwam.
Yang pandai jaga hubungan dengan Allah, keluarga (lebih-lebih lagi isteri) dan manusia lain.
Lelaki baik itu ramai, cuma sebab tidak kontroversi, maka mereka tidak viral, duduk sibuk bantu isteri basuh pinggan dan jemur kainBaca Di Sini
Pengorbanan isteri itu sangat besar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ‘orang rumah’ kepada pasangannya.
Bukan saja menyiapkan keperluan makan minum dan pakaian, tetapi juga mengandungkan anak selama sembilan bulan usia kandungan.
Dan sebagai seorang suami, kita perlu menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri yang tidak pernah mengeluh membawa zuriat dan dalam masa sama menguruskan keperluan rumahtangga.
Tidak semestinya menghadiahkan barangan mahal, tetapi cukuplah sekadar ucapan penuh manis dan romantis.
Seperti ucapan penuh sweet dikongsi pelakon kacak Saharul Ridwan pada isteri tersayang, Deena Amir di laman Instagramnya yang kini sedang mengandungkan anak kedua mereka.
Dia menghargai betapa besarnya pengorbanan Deena sebagai isteri dan juga seorang ibu. Jika boleh dia mahu hadiahkan sesuatu yang bermakna, tetapi isterinya itu tidak ada minta apa-apa pun.
Saharul Ridwan turut berdoa agar Tuhan mengurankan keletihan isterinya, berikan kekuatan dalam mengharungi membawa ‘nyawa’ baru dalam hidup mereka sekeluarga.
Dia juga mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa isterinya itu serta limpahkan rahmat ke atas mereka serta jadikan dirinya suami yang baik.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.