Pendakwah Ustazah Asma’ Harun ada mengingatkan agar wanita menutup aurat dengan sempurna khususnya bagi yang memakai tudung.

Dalam satu perkongsiannya, dirinya menegur tindakan wanita tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Tudung kini menjadi alat perhiasan menyerlahkan wanita, menampakkan subang telinga, mendedahkan sebahagian leher dan dada. Pereka, penjual, pembeli, semua ada bahagian.Ikhlaskanlah hati mentaati Allah yang begitu sayangkan kita…

Rekaan Tudung Tidak Mengikut Syariat, Ustazah Asma’ Ingatkan Pereka, Penjual & Pembeli Semua Ada “Bahagian”Perkongsiannya menarik minat wanita yang menyatakannya ramai wanita suka kelihatan bergaya hingga terlupa tentang syariat dan perintah Allah.

Dalam satu pendapat pembaca, “pernah seseorang berkata pada saya, tudung sebegitu lebih nampak bergaya. Sukar untuk dia istiqomah. Marilah kita sama-sama doakan mereka sebab ada antara mereka yang nak berubah tapi berperang dengan kehendak diri.

Dalam pada itu, pendakwah ini bersetuju dengan pendapat diberikan.

Katanya, betul puan. Fitrah wanita pula sukakan kecantikan. Memang tidak mudah untuk kuatkan hati tinggalkan yang salah, demi taati perintah Allah. InsyaAllah, sama-sama kita doakan mereka dan diri kita supaya diberikan kekuatan iman untuk berubah dan istiqomah dalam ketaatan.

Tahukah, di dalam Al Quran surah An Nur ayat 31 ada disebutkan perintah menutup aurat bagi wanita:

وَقُلْ لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّۖ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اٰبَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَاۤىِٕهِنَّ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَوِ التَّابِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَاۤءِ ۖوَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّۗ وَتُوْبُوْٓا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ – ٣١

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Jika terlupa, batas menutup aurat bagi orang perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Fesyen up to date atau tidak, itu adalah nafsu manusia mata-mata kerana ingin kelihatan cantik di mata manusia lain, bukan pada pandangan Allah. Bersama-samalah kita istiqomah dengan pemakaian tudung mengikut syariat.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI