Hari ini dapat dilihat ketegangan perang makin memuncak di antara Palestin dan zionis Israel. Selepas tentera membedil kawasan awam dan meruntuhkan penempatan rakyat Palestin, bridget Al Qassam memberi amaran akan melancarkan serangan balas ke arah Tel Aviv. Buktikannya malam tadi, sebanyak 130 roket dilancarkan ke arah Tel Aviv di mana keadaan di kawasan itu sebahagiannya musnah dan keadaan menjadi hura-hara sebagaimana pernah dilalui oleh rakyat Palestin sebelum ini.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal, PU Azman turut berkongsi kenapa doa untuk pembebasan Palestin belum dimakbulkan Allah?
Kenapa Allah tak menangkan Palestin? Palestin sedang menang. Menang dengan semangat jihad yang tumbuh dari iman.
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman".
Ads
Kita lihat mereka berkejaran dalam gempita bom dan peluru. Tapi hakikatnya, mereka sedang kejar syahid, sebaik-baik kematian. Kalau kita kesian dengan Palestin, kita patut lebih kesian pada diri kita kalau tak sudi berdoa untuk mereka. Padahal benda itu sangat mudah untuk dilakukan.
Kita tak galas tugas seberat Umar al Khattab yang membuka Baitul Maqdis dan tidak seperit Solahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman musuh Islam dan tak sehebat Mujahidin Palestin yang setia berjuang untuk pembebasan Palestin.
Lalu bila kita berdoa, kenapa Palestin masih tidak menang? Kerana rintihan kita menjadi pilihan Allah untuk DIA dengari. Boleh saja Allah lenyapkan perang ini 70 tahun yang lalu. Lalu apa yang tinggal untuk kita? Terus santai di zon selesa?
Ads
Usaha kita iaitu prihatin, risau, doa dan infaq bukan debu yang dipersiakan. Semua itu menempah ganjaran Allah sebagai umat yang mengambil berat hal saudaranya. Semua itu saham akhirat buat kita.
Ads
Kenapa rakyat Palestin mengukir senyum ketika ditangkap tentera Israel? Kerana kepercayaan mereka yang padu pada ganjaran akhirat. Mereka yakin janji Allah. Masa depan bukan di dunia persinggahan tapi di syurga abadi.
Jadi bila Yahudi dan Israel akan hancur? Mereka sedang bahkan telah lama hancur. Hancur dengan tamak yang akhirnya memberi laluan mudah Mujahidin untuk menggalas syahid ke syurga. InsyaAllah.
Cuma persoalannya, kita di mana sekarang ini?
-Cik Man-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Pelajar tingkatan 3 pukul cikgu dengan batang penyapu.’ Terlalu ikut budaya barat, hilang budaya islamik dalam pendidikan. Begitulah realiti yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang.
Sebagai seorang guru, Cikgu Fadli Salleh meluahkan rasa sedihnya bila situasi ini berlaku. Betapa kurangnya adab pelajar sekarang bila berdepan dengan insan bernama “guru’. Kongsinya:
Sedih membaca berita ini. Pelajar usia 15 tahun pukul guru perempuan usia 52 hanya kerana guru itu hendak mendisiplin pelajarnya.
Namun dalam situasi hari ini, aku tak terkejut pun. Entah kenapa pendidikan kita perlahan-lahan melahirkan ‘tuan’.
Kita terlalu terikut dengan budaya barat konon inilah kemajuan. Hilang budaya ketimuran, hilang budaya Islamik dalam pendidikan.
Pernah seorang guru besar berkata,
“Murid-murid adalah client. Mereka pelanggan. Tanpa mereka tiada kerja cikgu. Kena jaga mereka betul-betul. Jaga hati dan emosi mereka. Macam orang berniaga, kena amalkan ‘client always right'”.
Sedikit pun aku tak setuju dengan kata-kata itu. Namun nak atau tidak, setuju atau tidak, kena terima hakikat pendidikan kita perlahan-lahan menuju ke arah itu.
Tiada lagi adab dalam menuntut ilmu.
Tidak lagi murid mencari guru.
Makin hilang adab dan hormat murid pada guru.
Jika dulu, cikgu sampai ke sekolah murid-murid berebut tunggu tepi motor cikgu, tepi kereta cikgu. Nak tolong bawa beg cikgu. Nak tolong bawa apa jua peralatan cikgu.
Hormat sungguh pada sang guru. Berjumpa memberi salam, bersalam cium tangan.
Hari ini, setiap hari di pagar sekolah seawal 6:30 pagi guru berdiri di pintu pagar sekolah. Menyapa murid yang sampai, mengucapkan tahniah kerana datang ke sekolah.
Guru penuh ramah dan senyuman menegur murid, namun ada murid tak mengendahkan. Ada yang tengah moody bangkit pagi tak layan pun salam dan sapaan cikgu.
Biadap. Itu yang kita katakan jika seseorang murid bersikap begitu pada guru. Namun itu dulu.
Sekarang ia tidak dianggap biadab lagi. Ia sudah dinormalisasi. Biasalah cikgu kena tegur murid. Biasalah murid buat tak endah. Guru tetap kena senyum. Walau dalam hati terasa sedih dengan perubahan ini.
Entah siapa yang mulakan peraturan yang ‘merajakan’ murid seperti ini.
Patutlah dulu viral isu parent suruh cikgu panggil barber kalau rambut pelajar panjang. Dia boleh arah cikgu pula.
Peraturan tak masuk akal mula diperkenalkan pada guru. Tak boleh denda murid, tak boleh marah, membebel, rotan, bahkan tak boleh jeling!
Maklumlah, murid tu raja. Murid itu tuan. Murid itu pelanggan. Cikgu-cikgu kena jadi kuli dan layan dengan senyuman sahaja.
Aku tak tahu siapa akan mengubah kembali sistem pendidikan kita kembali seperti dulu kala.
Di suatu masa dulu yang mana keberkatan ilmu itu diutamakan mengikut syariat Islam.
Di suatu masa dulu budaya ketimuran yang menjaga adab antara guru dan pelajar.
Entah akan kembali atau tidak zaman seperti itu lagi. Zaman seperti kita kecil-kecil dahulu. Di mana ayah ibu datang ke sekolah membawa rotan menyerah pada guru dan dengan penuh percaya memberi kuasa pada guru untuk mendidik anak-anak mereka.
Zaman itu sudah hilang konon ditelan kemajuan. Konon mengikut negara maju.
Sedikit demi sedikit identiti negara kita hilang dan dipunahkan.
Di bulan kemerdekaan ini, ingin aku bertanya,
“Apakah ini erti kemerdekaan yang boleh kita banggakan?”
Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.
Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.
Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.
“Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
“Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
“Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
Pasangan ini pernah menjadi viral di media sosial selepas hantaran diminta cuma sepasang selipar Jepun dan segelas air putih. Ia dianggap cinta sejati kerana tidak mahu membebankan pasangan mengenai wang hantaran.
Tapi ternyata jodoh pasangan suami isteri ini, Yudi Anggata, 24 dan Helmi Susanti, 20 yang juga berasal dari Lombok Tengah dan memiliki rupa paras cantik tidak lama, cuma mampu bertahan setahun sahaja.
Mereka menjadi perhatian ramai kerana tiada hantaran lain disertakan kecuali dua di atas.
Kekecohan pasangan ini tidak lagi bersama sebagai suami isteri bila mana mereka saling berbelas tuduhan mengenai kecurangan masing-masing.
Ianya bermula dari dakwaan Yudi bahawa bekas isterinya curang dengan empat lelaki lain dan dirinya adalah mangsa kelima.
Itu dakwaan dilontarkan oleh Yudi terhadap bekas isterinya dan ternyata disangkal oleh Helmi yang mengatakan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dahulu. Mengakui dirinya “curang” tapi cuma di media sosial sahaja dan seperti katanya dia tidak pernah bertemu lelaki lain di luar.
“Jika saya curang, pasti suami tidak akan duduk diam tapi imam saya tidak begitu,”katanya.
Pasangan ini dilihat berbalas tuduhan tetapi ternyata masing-masing tidak matang dan itulah punca perceraian antara keduanya. Saat isteri mahu membincangkan masalah rumahtangga bukan di media sosial, Yudi menolaknya.
Dan apa yang pasti, Helmi Susanti sudah selamat bergelar pengantin baru pada 21 Mac tahun lalu sementara suaminya juga telah mendirikan rumahtangga lain pada Februari 2022.
Ternyata untuk menuju kematangan tidak semudah disebut jika pasangan belum benar-benar bersedia tentang alam perkahwinan. Lebih baik single dari dapat pasangan tidak bersedia begini kerana alam rumahtangga bukan try & error.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.