Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Ads
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
Ads
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.
Tujuan berniqab untuk tidak tarik perhatian. ‘Apa guna tutup, kalau mekap mata berlebihan.’
Sebaiknya, bila berniqab jagalah batas, pesanan ini bukan saja khusus untuk wanita berniqab sebaliknya kepada semua wanita yang gemar berhias atau mengenakan mekap.
Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berkaitan isu ini.
Umum mengetahui menutup aurat adalah satu kewajipan bagi wanita Muslim. Ia bertujuan untuk memelihara kehormatan serta mengangkat taraf dan kedudukan wanita kepada tahap yang lebih tinggi.
Aurat wanita yang wajib ditutup ialah seluruh tubuh badannya, melainkan wajah dan tapak tangan.
Hukum memakai niqab:
1. Jika seseorang wanita itu bimbang kepada fitnah, maka boleh menutup wajah untuk menjaga kehormatan diri dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.
2. Pemakaian niqab adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqab ini adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita.
Ustazah Asma Harun menegaskan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah.
Menerusi video yang tular di TikTok, beliau berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja tetapi kepada semua wanita. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.
Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah, allahuakbar,” jelas pendakwah ini.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ memberitahu Islam sama sekali tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak.
Jelas Ustazah Asma’ sama ada wanita itu memakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah dibiarkan natural. Mungkin boleh pakai sedikit, bedak sikit, krim pelindung matahari (sunblock) atau krim untuk menutup cela.
“Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti, dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,” jelas beliau lagi.
Kesimpulannya, bersederhanalah dalam soal berpakaian dan menghias diri. Usah melampau-lampau hingga niat untuk menutup aurat itu tidak mencapai sasaran seperti yang sepatutnya.
Kashoorga : Dalam apa perkara sekalipun, ambillah langkah bersederhana dan jangan keterlaluan.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Benar Allah itu menguji hambaNya untuk mengetahui sejauh mana kukuhnya iman dan kepercayaan terhadap Tuhan yang satu.
Bagi Mawar Karim, siapa sangka jodohnya dengan Fizo Omar tidak berpanjangan. Namun kedua-duanya tidak pernah sesekali melupakan tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka Maryam.
Kalau boleh segalanya kini tentang Maryam, suatu anugerah indah dari Allah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh wanita ini yang mengandungkan anak kesayangannya ini selama sembilan bulan.
Namun begitu, rupa-rupanya ada cerita di sebalik kisah bagaimana dia dan bekas suami mendapatkan Maryam sebelum itu.
Dalam satu perkongsiannya di laman Instagram, Mawar memberitahu kepayahan yang dilalui dalam mendapatkan anaknya ini dan berazam akan membawanya jika menjejakkan kaki lagi menunaikan umrah.
Dan sebagai reward sempena hari jadi anaknya, Maryam, Mawar membawa si kecil ini menunaikan umrah. Walaupun pergi berdua, tetapi dia bersyukur kerana Allah mudahkan segala urusannya di sana.
Biarpun pada mulanya dia fikir tidak logik datang berdua, tetapi Allah mudahkan urusan dan anaknya itu dianggap sebagai seorang anak yang baik.
Mawar juga turut berterima kasih kepada keluarga baru yang ditemui dalam menjaga dan melihat dirinya dan Maryam. Diakhir posting, Mawar berpesan kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil supaya tidak perlu risau jika mahu membawa mereka mengerjakan umrah.
Malah apa yang membuatnya lebih bersemangat bila lihat wanita Arab yang membawa semua anak-anak kecil sambil solat dengan meletakkan anak di sisi.
Salam semua just nak share my experience my journey with Maryam. Sapa masih ingat lagi gambar baby nama Muhammad ni time ni 15 January 2015. Time tu buat umrah berdoa one day kalau dapat baby hopefully mata ikut cheq . Time tu jgk sy janji berniat one day kalau ada anak nanti nak bawa sini Insyaallah. .
Lepas tu 16 January 2016 Prof Hamid buat pemedahan buang cyst, endo dan macam2 sewaktu dengan nya . Hanya Allah saja yg tahu sakit nya buat pemedahan tu rasa lebih sakit time nak bersalin . Insyaallah kita korban sesuatu utk dapat kan sesuatu yg sangat berharga dlm hidup. April 2016 ada buat umrah sekali lg sy berjanji lepas operation ni harap rezeki sy sampai nanti. .
Alhamdulillah April 2017 rezeki sy dh sampai di sah kan pregnant macam tak percaya jgk time tu. Maryam di lahir kan pada 29 December 2017. Tahun pertama kami celebrate birthday Maryam tempat lain. Rasa rezeki sy dan Maryam dah sampai tahun ni. . Alhamdulillah January 2020 Allah panggil sy kali ini dengan membawa apa yg niat sy selama ini bersama anaknda Maryam . Rasa bersyukur sangat memang dh lama saat yg ditunggu2.
Reward hadiah birthday Maryam jgk hadiah utk sy sendiri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan sy dengan Maryam sepanjang di sana. Maryam sangat good girl. Kalau di fikir balik memang macam tak logik dtg berdua, masa tawaf sy dukung Maryam, sebab Maryam time tu pulak tak nak duduk baby carrier tapi sy dan Maryam di jaga baik dengan mutawif n ada family baru, special thanks to Auntie Ann,Auntie Jett n anak2 Kak Erma yg tengok kan sy dan Maryam. Sy pasti niat kita betul Allah mudahkan segala urusan Insyaallah. .
Kepada ibu2 semua jangan risau kalau nak bawa anak2 kecil, apa yg membuat kan sy semangat, selalu tengok perempuan Arab semua bawa anak2 kecil, sambil solat letak anak dekat tepi saja. kekuatan mereka sy pelajari. Yg pasti stroller sangat penting ya . Cuma bersedia dari fizikal & mental Insyaallah Allah mudahkan segala urusan
Begitu mulianya seorang ibu hingga disebut doanya mampu menembus langit. Tak ada lagi hijab antara ibu dan Allah SWT ketika ia panjatkan doa penuh ketulusan untuk anaknya. Malah setiap anak dituntut berbuat baik dengan kedua ibu bapa tanpa mengira kedudukan ibu bapa itu sendiri.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)
Tentu ada antara kita tahu, kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam yang pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai orang yang wajib kita hormati. Baginda menjawab “Ibumu”, Ibumu, Ibumu hingga tiga kali kemudian barulah Rasulullah SAW menjawab “Ayahmu” selepas itu.
Begitu mulianya seorang Ibu sehingga harus kita hormati hingga tiga kali lebih besar dibandingkan dengan seorang ayah. Bagaimana tidak? Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sangatlah besar. Dari mula mengandung, melahirkan, mendidik hingga dewasa.
Selepas mendirikan rumahtangga, setiap pasangan pasti inginkan anak sebagai penyeri rumahtangga.
Ketika seorang wanita sudah menjadi IBU, maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi..
"Tahukah apa itu?"
Itu adalah Lisannya.
Lisannya akan menjadi berat timbangannya.
Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit.
Ucapannya akan diangkat ke langit. Doanya langsung tiada hijab dengan Allah.
Doa ibu akan mampu menjadi penghalang kesulitan bagi setiap zuriat keturunannya.
Dan apabila seorang ibu mengeluh tentang anak-anaknya, ia menjadi langkah pemberat setiap urusan ahli keluarganya termasuk suaminya.
Maka jangan sesekali seorang ibu mengeluh kerana setiap setiap keluhan itu akan menjadi satu kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya akan menjadi kenyataan di hadapan Allah. Setiap ucapan seorang ibu akan menjadi keburukan buat diri anak-anak dan keluarganya.
Lisan seorang ibu itu layaknya mukjizat para Nabi atau karomah para kiai.
Maka berhati-hatilah wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini.
Gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dipermudahkan dalam mencari nafkah. Jangan mengeluhkan tentang dirinya. Kerana mengeluh itu akan semakin memberatkan rezekinya.
Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan kesolehan atas anak-anakmu kepada Yang Maha Esa, jangan mengeluh langsung kerana ia akan menjadi keburukan pada penghidupan anak-anakmu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?