Dalam apa perkara sekalipun, ambillah langkah bersederhana dan jangan keterlaluan.
Tujuan berniqab untuk tidak tarik perhatian. ‘Apa guna tutup, kalau mekap mata berlebihan.’
Sebaiknya, bila berniqab jagalah batas, pesanan ini bukan saja khusus untuk wanita berniqab sebaliknya kepada semua wanita yang gemar berhias atau mengenakan mekap.
Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berkaitan isu ini.
Umum mengetahui menutup aurat adalah satu kewajipan bagi wanita Muslim. Ia bertujuan untuk memelihara kehormatan serta mengangkat taraf dan kedudukan wanita kepada tahap yang lebih tinggi.
Aurat wanita yang wajib ditutup ialah seluruh tubuh badannya, melainkan wajah dan tapak tangan.
Untuk Tidak Tarik Perhatian
Hukum memakai niqab:
1. Jika seseorang wanita itu bimbang kepada fitnah, maka boleh menutup wajah untuk menjaga kehormatan diri dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.
IKLAN
2. Pemakaian niqab adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqab ini adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita.
Ustazah Asma Harun menegaskan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah.
Apa Guna Tutup
Menerusi video yang tular di TikTok, beliau berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja tetapi kepada semua wanita. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.
IKLAN
Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah, allahuakbar,” jelas pendakwah ini.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ memberitahu Islam sama sekali tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak.
IKLAN
Jelas Ustazah Asma’ sama ada wanita itu memakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah dibiarkan natural. Mungkin boleh pakai sedikit, bedak sikit, krim pelindung matahari (sunblock) atau krim untuk menutup cela.
“Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti, dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,” jelas beliau lagi.
Kesimpulannya, bersederhanalah dalam soal berpakaian dan menghias diri. Usah melampau-lampau hingga niat untuk menutup aurat itu tidak mencapai sasaran seperti yang sepatutnya.
Kashoorga : Dalam apa perkara sekalipun, ambillah langkah bersederhana dan jangan keterlaluan.
Dia turut mendoakan arwah suaminya itu dikurniakan balasan sebaik-baiknya kerana telah membimbingnya drinya ke jalan Allah dan diberikan pahala yang besar atas limpahan kasih sayang yang melimpah ruah ketika hayat arwah.
“Selamat menyambut bulan ramadhan 23.04.2020..Tahun ni berbeza menyambut puasa ermm sayunya hati bila puasa tanpa insan tersayang,
“Ya Allah, anugerahkanlah suamiku balasan yang sebaik-baiknya kerana membimbingku ke jalan-Mu dan pahala yang besar atas kasih sayangnya yang melimpah-ruah ke atas ku
“Aminn Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..
Posting yang dibuat mendapat respon daripada warganet. Masing-masing turut mendoakan kesejahteraan buat arwah Abam.
produkuncuBertabahlah Hidayah dlm menempuh hari2 mendatang. Doa dari kami di Brunei Darussalam tidak putus untuk Dayah dan Hamzah serta arwah Syed Umar. Semoga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar tenang dsana. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Al-fatihah
malizahanizanSalam menyambut ramadhan dayah n hamzah…semoga dayah tabah n sentiasa doakn arwah…kehilangan arwah mmg impak yg amat besar..akk sampai skrg masih xpercaya lagi…sbb tu suka follow dayah…rasa tenang tgk dayah n hamzah…
Tidak dinafikan, penyakit anxiety atau kemurungan semakin banyak melanda masyarakat kita tidak kira golongan muda atau tua.
Penyakit ini kian membimbangkan kerana boleh menyebabkan pesakitnya mengalami masalah gangguan mental dengan diri sendiri.
Selain mendapatkan rawatan di hospital, pesakit juga boleh menggunakan cara melalui kaedah Islam yang dibenarkan.
Gambar sekadar hiasan.
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah kemurungan ini.
Satu perkongsian thread di laman sosial twitter seorang pengguna menggunakan nama @Awantona memberitahu Allah menegur kita secara lembut.
Ayat 1 : Wad duhaa‘Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga Allah, insya-Allah’
Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya.
– Demi waktu dhuha (ketika matahari naik setinggi galah)
Sebab itu, perkara pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang alami tekanan emosi atau depresi adalah: “Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam”
Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.
Ayat 2 : Wal laili iza sajaa
– Dan demi malam apabila telah sunyi
Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam.
Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.
Ayat 3 : Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’
– Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu
Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya.
Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu.
Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.
Ayat 4 : Wa lal aakhiratukhairul laka minal-oola’
– Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Apa yang bakal mendatangi mu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.
Ayat 5 : Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’
– Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati
Katakan ini pada mereka yang depresi “Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita.’
‘Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.’
‘Inilah janji Allah dan akan tertunailah sabarlah untuk sedikit masa lagi.’
Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu. Inilah firman Allah?
– Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit?
Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?
Ayat 7 : Wa wa jadaka daal lan fahada
– Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk.
Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?
Saya tahu saya tidak solat.
Saya tidak pernah kenal agama.
Dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.
Samalah halnya dengan kamu, tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu.
Ayat 8 : Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’
– Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya.
Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.
Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah dan juga kita.
Mengingatkan kita berulang-ulang kali.
Kenapa kita harus meyakini setiap peringatanNya ini.
Janjinya itu benar.
Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.
Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.
Kemudian Allah memberikan kamu penawat untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?
Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.
Ayat 9 : Fa am mal yateema falaa taqhar’
– Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya
Ayat 10 : Wa am mas saa-ila fala tanhar’
– Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya
Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis.
Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.
Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.
Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.
Berapa ramai dari kalangan kita yg pernah tidur dlm kelaparan? Subhanallah..
Jadi Allah beritahu kita yang penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain
Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.
– Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga.
Ucapkanlah:
Alhamdulillah untuk mata ini, Alhamdulillah untuk tangan ini, Alhamdulillah untuk mulut ini, Alhamdulillah untuk hati ini.
Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita?
Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita.
Jika allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini. Fikirlah sedalam-dalamnya.
Semoga perkongsian kami hari ini dapat manfaat kepada korang semua. Mohon share kepada kawan-kawan yang memerlukan kekuatan. Dan moga terus kuat dalam menempuh kehidupan
Kata orang kalau sudh jodoh tidak akan kemana. Walaupun negara sekarang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tidak membataskan buat pasangan mempelai untuk membina masjid.
Dan hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat pertama kalinya telah melaksanakan majlis akad nikah dalam talian di Malaysia.
Majlis pernikahan secara sidang video ini membabitkan Muhammad Don Jaadi Don Putra, 29 tahun, dan pasangannya Nahdatul Mohd Sharif, 29 tahun yang telah disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis yang cukup indah ini telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.
Dalam majlis penuh istimewa ini menyaksikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui Facebook Berita Al-Hijrah.
Majlis akad nikah dalam talinan ini juga telah dikongsi melalui Facebook hari ini. Dr Zulkifli juga turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.
Ini adalah usaha terbaik untuk menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19. Majlis ini juga adalah selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang beri kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh kebenaran berkahwin.
JAWI membenarkan majlis akad nikah secara sidang video ini berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara yang turut melaksanakan akad nikah dalam talian semasa COVID-19 ini adalah Emeriyah Arab Bersatu.