Isu berkenaan tempat solat yang terbaik dalam kalangan wanita merupakan isu yang selalu berlegar dalam benak fikiran wanita. Menjadi keraguan dan tanda tanya bagi wanita untuk memilih tempat yang terbaik untuk menunaikan solat.
Wanita BOLEH/HARUS ke masjid tanpa larangan. Jika memenuhi syarat-syarat:
1. Menutup aurat SEMPURNA (seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan) ertinya berstokin dn pakai sarung lengan jika pakaian masih terdedah bahagian tersebut ✔️
2. Mendapat izin suami ✔️
3. Tidak memakai wangi-wangian✔️
Namun solat wanita tersebut di rumahnya adalah lebih AFDHAL/ lebih baik/lebih berpahala/ lebih menjaga aib/lebih segala-galanya.
HARAP tiada salah erti dari hadis Nabi SAW
Ertinya Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda bersabda:
Ads
“Kalau lah Baginda Rasulullah SAW melihat apa yang dilakukan oleh wanita2 masa kini, nescaya Baginda melarang mereka ke masjid sebagaimana pernah melarang wanita2 Bani Israel”
HR Bukhori dan Muslim
Adapun wanita-wanita yang lain daripada di atas itu, adalah DiHARUSkan mereka hadir ke masjid.
Hadis lain
“Janganlah kamu melarang wanita2 keluar ke masjid, tetapi di rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka”
HR Ahmad & Abi Daud
Ads
Hadis lain:
“Janganlah kamu melarang hamba2 Allah yang wanita itu ke masjid Allah, dan hendaklah mereka keluar tanpa wangi-wangian”
Hadis lain:
“Ertinya : Diriwayatkan daripada Ummu Salamah:
“Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik2 masjid wanita itu adalah didalam rumah mereka.”
Wanita dibenarkan ke masjid jika benar-benar menepati ketiga-tiga syarat di atas namun Baginda Rasulullah SAW menekankan agar wanita SOLAT DI RUMAH mereka terlebih baik atau AFDHAL walaupun dapat memenuhi syarat-syarat tersebut.
Ads
Semoga tiada kita buruk sangka dan sesiapa saja berpahala jika solat di masjid tak kira lelaki atau wanita namun point yang paling penting yang wanita terlepas pandang ialah Rasulullah s.a.w amat menekan agar Wanita solat d rumahnya (AFDHAL)
Kebanyakkan wanita tidak mampu memenuhi ketiga2 syarat diatas sprt aurat, izin suami dan berwangi-wangian. Sehingga kedatangan mereka ke masjid boleh jatuh kepada hukum HARAM.
Semoga kita dapat merebut peluang2 utk mendapat pahala yg maksimum dlm bulan Mulia ini. Tanpa meninggalkan kata-kata Baginda SAW yang sentiasa sayang dn muliakan wanita.
Jangan samakan kehadiran wanita ke m asjid dengan wanita keluar ke shopping2 kompleks, pasaraya dan lain2. Kerana ibadat semestinya tidak sama dengan perkara2 lain di luar sana.
Hanya nasihat dr Rasulullah s.a.w yang ditekan kan di sini. Siapa kita nak ubah kalam Rasulullah s.a.w yang sememangnya datang dari petunjuk Allah s.w.t bukan kata2 mengikut nafsu nya.
Masuk sahaja ke surau atau bilik solat wanita pada hari ini, akan terlihatlah pelbagai jenis kain dan rekaan telekung yang digayakan oleh jemaah wanita. Ada yang berenda, kain jenis lycra, berwarna-warni dan bermacam lagi. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah hukum solat orang yang memakai telekung yang kita anggap ‘berfesyen’ ini.
Perkara pertama tentang pakaian solat adalah ia perlu menutup aurat secara sempurna. Antara ciri-ciri pakaian yang menutup aurat ketika solat adalah pakaian yang tidak memperlihatkan atau menggambarkan apa di sebalik kain yang menutupi tubuh. Bahkan seharusnya tidak memperlihatkan rupa bentuk atas sebab ketatnya pakaian itu atau jarang serta nipisnya pakaian tersebut sehingga boleh menampakkan warna kulit.
Maka pakaian yang menutup aurat seseorang itu haruslah menutupi keseluruhan tubuh (kecuali muka dan kedua tangan) dan tidak menampakkan anggota tubuh atau warna kulit atas sebab longgar mahupun nipisnya kain. Tidaklah longgar itu dimaksudkan dengan selonggar-longgarnya namun apa yang penting adalah tidak menjelaskan rupa bentuk tubuh terutama pada bahagian tertentu seperti dada dan lain-lain.
Di samping tidak dibolehkan juga memakai pakaian compang-camping (tidak sempurna) yang boleh menampakkan aurat.
Imam Nawawi turut menyatakan bahawa wajib untuk menutupi tubuh daripada penglihatan yang boleh melihat pada warna kulit. Tidak mencukupi hanya dengan kain yang menutup tubuh tetapi dapat pula dilihat warna kulit sama ada putih (cerah) atau hitam (gelap).
Begitu juga dengan pandangan dari Ibnu Qudamah, yang mengatakan wajib untuk menutup aurat dan jika disebabkan kain yang nipis itu menampakkan warna kulit di sebaliknya sama ada putih atau merah maka tidak harus untuk bersolat dengannya. Ini kerana ia tidak mencapai maksud asal tujuan menutup aurat itu.
Imam Saffarini al-Hanbali juga menyatakan di dalam Syarah Manzumah al-Adab bahawa makruh bagi lelaki dan wanita yang memakai pakaian yang menjelaskan warna kulit dan juga yang menampakkan saiz atau bentuk tubuh . Manakala, Imam Dusuqi al-Maliki di dalam hashiyahnya berpendapat bahawa pakaian seperti itu jelas makruh melainkan terdapat pakaian luar maka ia menjadi tidak makruh.
Maka melihatkan perkara-perkara ini, adalah SAH solat orang yang memakai telekung berfesyen, selagi ia menutup aurat seseorang itu dengan sempurna.
Nota: Jawapan diberikan oleh USTAZ KHAIRUL NAIM MANSOR, Penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan AlQuran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apa hukum makmum terlupa untuk baca surah al-Fatihah ketika dalam solat berjemaah?
Bagi menjawab isu berkenaan, sekiranya terlupa maka tidak ada masalah. Cuma perlu dilihat, setakat mana terlupa itu. Sekiranya imam sudah rukuk, maka perlu baca terlebih dahulu Surah al-Fatihah sehinggalah dia dibenarkan tinggal tiga rukun perbuatan yang panjang iaitu sehingga imam hendak sujud kedua, maka pada masa itu, wajib dia mengikut imam semula.
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu’, makmum diberi keuzuran supaya tidak mengikuti imam sebanyak tiga rukun yang panjang pada keadaan tertentu di mana makmum mesti rukuk sebelum imam bangun daripada sujud kedua untuk qiyam pada rakaat atau bangun untuk tasyahhud. (Rujuk al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)
Dalam mazhab al-Syafi’e, memahami hadis Nabi yang sahih dalam pelbagai riwayat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari -756) dan Muslim – 900)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan itu diulang sehingga tiga kali. (Riwayat Muslim – 907)
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata, jumhur umat Islam berpendapat wajib membaca al-Fatihah di belakang imam sama ada pada solat Sirr (perlahan) atau Jahr (kuat). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/365)
Membaca al-Fatihah adalah wajib kepada imam dan makmum. Adapun makmum terbahagi kepada dua. Sekiranya makmum masbuk, bacalah sekadar sebelum imam rukuk.
Apabila imam rukuk, walaupun bacaan belum habis, dia berhak mengikut imam berdasarkan nas hadis bermaksud: “Jika imam rukuk, maka rukuklah.” (Riwayat al-Bukhari – 733) dan Muslim – 411)
Bagi mereka yang membaca al-Fatihah sehingga habis adalah bagi makmum yang sifatnya Muafiq.
Adapun jika sembahyang seorang diri, dia juga wajib membaca al-Fatihah. Inilah mazhab Imam al-Syafie Rahimahullah.
Sekali lagi kami tegaskan bahawa al-Fatihah adalah wajib bagi imam, makmum (kecuali makmum masbuk) dan juga sembahyang seorang diri.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...