Ads

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Pilih Nama Berinspirasikan Cucu Rasulullah Untuk Anak Ketiga

Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad, menzahirkan rasa syukur apabila genap sebulan usia cahaya mata ketiganya, Raja Uzayn bin Raja Syahiran, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Raja Syahiran itu memaklumkan nama Uzayn dipilih dengan penuh makna dan doa.

Menurutnya, nama tersebut diinspirasikan daripada cucu Nabi Muhammad SAW, Husayn ibn Ali, seorang tokoh yang cukup dihormati dan disanjung tinggi dalam sejarah Islam.

Selain itu, nama Uzayn juga membawa maksud ‘kebaikan’ dan ‘keindahan’, selari dengan harapan yang dititipkan buat putera kesayangannya itu.

“Hari ini, genap sebulan usia anakanda ketiga kami, Raja Uzayn bin Raja Syahiran.

Ads

“Nama Uzayn diinspirasikan daripada nama cucu Nabi Muhammad SAW; Husayn ibn Ali, seorang insan yang cukup dihormati dan disanjung tinggi, dan nama yang membawa maksud ‘kebaikan’ dan ‘keindahan’,” kongsinya.

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Pilih Nama Berinspirasikan Cucu Rasulullah Untuk Anak Ketiga

Ads

BACA JUGA: Anak Pengacara Terkenal Fedtri Yahya Cemerlang, Raih Keputusan 9A UPKK 2025

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga memanjatkan doa agar anaknya itu memiliki personaliti selayak dengan nama yang diberikan.

Ads

“Semoga Raja Uzayn menjadi seorang insan yang mempunyai hati yang baik, akhlak yang memuliakan namanya, dan peribadi yang dihormati, disayangi serta disenangi.

“Selamat sebulan, anakandaku Raja Uzayn. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk keluarga kecil kami,” akhirinya.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran Raja Azhari pada 20 Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup itu, pasangan berkenaan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Zavier, sebelum kehadiran Raja Uzayn yang melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Lemah Iman Punca Masalah Mental?

Masalah Mental dan Iman sering disalah tafsir dalam masyarakat. Artikel ini menjelaskan pandangan Islam, tokoh perubatan dan pendekatan rawatan holistik.