Jodoh adalah rahsia Allah yang tersimpan kemas dan tidak diketahui makhlukNya. Jodoh adalah seorang yang memahami, mencintai dan menjaga anda. Bersama dirinya, anda tidak pernah rasa kekurangan.
Setiap orang ada impian untuk bertemu jodoh, bercinta dan berakhir dengan sebuah perkahwinan.
Boleh dikatakan setiap orang punya impian masing-masing memiliki jodoh yang serasi hingga kasih itu mampu kekal hingga ke syurga.
Berikut perkongsian Ameer Firdaus tentang jodoh.
“Saya nak sangat bawa awak ke sini”
Saya tahu, kenapa Allah masih belum temukan saya dengan awak (isteri). Saya tahu semua kekecewaan yang saya lalui selama saya mencari awak adalah bersebab. Dan kerana itu saya yakin yang Allah sedang aturkan pertemuan yang lebih indah buat kita..
Ads
Awak tahu, bila mana Allah masih tidak menemukan kita, saya sedar sebenarnya Allah sedang beri ruang pada saya untuk lebih meneliti pada rezeki saya yang lainnya. Dari situ, saya dapat tumpukan pada karier saya walaupun tidak seberapa. Dengan peluang yang Allah beri itu, dapat saya berbakti untuk ibu dan bapa. Alhamdulillah, mereka redha dengan apa yang saya buat. Semoga bila berjumpa dengan awak nanti, ibu bapa kita masih dan sentiasa redha dengan kita…
PELENGKAP HIDUP
Ketika Allah masih tidak menemukan kita, ketika itu saya sentiasa tahu yang semua ini membuatkan saya lebih menghargai insan-insan di sekeliling saya. Baik dari ahli keluarga, sahabat-sahabat, mahupun seluruh kenalan saya. Mereka inilah sebagai pelengkap hidup saya sebelum saya jumpa awak, dan mereka jugalah yang banyak membantu saya dalam urusan hidup saya.
Mungkin orang lain nampak saya kuat dalam berhadapan dengan segala hal. Tetapi ada hal-hal tertentu yang saya perlukan awak berada di sisi saya untuk saya hadapinya. Jujur saya beritahu, saya yang kecik manja ni memang tak kuat bila seorang diri. Semoga bila awak berada dengan saya nanti, akan membuatkan saya lebih kuat dan lebih menghargai segala insan di sekeliling saya…
Ads
Saya pernah mengeluh, mengapa bila saya cuba mencari awak untuk berada dekat dengan awak, pada masa yang sama saya rasa awak jauh sangat dari saya. Rupa-rupanya itu adalah ujian Allah buat saya supaya saya lebih dekat pada Dia. Kerana saya adalah seorang pendosa, dan setiap dosa yang saya lakukan mungkin menjadi asbab kepada jauhnya jodoh antara kita. Begitu baiknya Allah yang memberi kesempatan ini dan menyedarkan saya untuk memperbaiki diri sebelum saya berjumpa awak. Semoga nanti bila awak berasa disisi saya, membuatkan saya lebih dekat lagi dengan Allah…
MASIH MENANTI JODOH
Selama saya mencari awak, banyak ujian yang saya lalui. Mungkin semua itu Allah hadirkan sebagai wadah untuk saya menjadi lebih matang. Atau mungkin ianya adalah cara bagaimana Allah mahu saya mempersiapkan diri saya sebelum berjumpa awak. Agar saya lebih menghargai awak dan agar nanti awak lebih tenang dan gembira disisi saya…
Saya nak sangat tahu awak siapa. Tapi awak masih lagi dalam rahsia Allah. Ya, walau siapa pun awak, saya doakan agar awak ditetapkan hati supaya sentiasa sabar dan setia menanti untuk saya. Semoga awak sentiasa sihat, dilapangkan hati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala kejahatan dan sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang Allah…
Ads
Saya selalu menantikan kehadiran awak. Andai sempat nanti kita berjodohan di dunia, saya nak bawa awak ke sini. Di Jabal Rahmah (bukit kasih sayang) ini nanti, kita sama-sama singkap kembali sejarah pertemuan semula Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Dan semoga detik itu nanti juga menjadi titik permulaan pahit manis hidup kita berdua…
Saya nak sangat bawa awak ke sini.? -Ameer Firdaus-
*Seluruh ayat yang aku karang hari ni sangat berat bagi aku.
Sumber Kredit: Ameer Firdaus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu kebahagiaan wanita mahu pun lelaki di dunia ini adalah berhias cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Namun wanita adalah golongan yang paling suka berhias cantik dan sangat menghargai kecantikan diri.
Ada yang obsess dengan kecantikan. Tidak hairan saban hari ada sahaja produk kecantikan, perhiasan dan busana indah khas buat wanita dihasilkan.
Bagi wanita, tampil cantik bukan semata-mata untuk dilihat cantik di mata suami dan orang lain tetapi juga untuk keyakinan diri. Benar, ada wanita yang akan berasa yakin jika dia memakai tudung kegemaran, minyak wangi, gincu dan sebagainya.
Dalam Islam tiada larangan untuk wanita berhias kerana itu memang fitrah wanita yang suka kecantikan. Namun dalam keghairahan itu ada perkara-perkara yang boleh dan tidak harus dilakukan agar mengikut syariat dan mendapat redha Allah.
Agar tidak tersalah langkah, berikut adalah pelbagai jenis perhiasan yang dilarang untuk diaudit bersama
Jangan Berlebih-lebihan
Allah sukakan kecantikan dan kebersihan. Namun dalam keghairahan nak jadi cantik, ada batasan dan adab yang perlu kita ikut; sama ada bersolek, memakai aksesori hiasan, busana, haruman dan banyak lagi.
Keutamaan di sini ialah berhias secara sederhana bukannya berlebih-lebihan atau tabarruj. Tabarruj bererti sesuatu yang terang atau tampak.
Berlebihan tidak baik untuk kita, terutama berlebihan dalam mempamerkan perhiasan. Selain akan menimbulkan rasa cemburu masyarakat sekeliling, ia juga memancing fitnah dan maksiat. Untuk itu gunakan perhiasan sesuai dengan keperluan dan kemampuan.
Tidak ubah apa yang sudah diciptakan Allah SWT
Perkara utama yang harus semua ingat ialah tiada sebarang usaha mengubah kejadian atau ciptaan Allah pada diri kita secara kekal.
Antara yang banyak ditawarkan oleh pusat kecantikan dan kesihatan ialah bertatu, merenggangkan gigi, mencabut alis mati, melakukan pembedahan plastik dan lain-lain.
Atau dalam erti kata lain, melakukan operasi kecantikan untuk mengubah bahagian tubuh seperti yang diinginkan dari keadaan normal sebelumnya. Selain haram, hal tersebut juga menunjukkan kita tidak bersyukur terhadap apa yang Allah ciptakan untuk kita.
Tidak menyerupai jantina berlawanan
Allah sangat murka dengan sebarang usaha samada lelaki atau perempuan yang berhias menyerupai jantina berlawanan. Contohnya lelaki berhias dan berpenampilan seperti perempuan. Begitu pula bagi wanita, mereka berhias atau berpenampilan menyerupai lelaki.
Larangan mengenakan hiasan daripada sutera dan emas
Lelaki juga dilarang untuk tampil dengan perhiasan dan pakaian tertentu, seperti sutera dan emas. Kedua-dua material ini hanya boleh dikenakan oleh wanita.
Berhias hanya untuk pandangan suami
Wanita dibolehkan malah digalakkan untuk berhias sehabis cantik dan sentiasa tampil harum hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Jangan ada niat berhias untuk menarik perhatian lelaki lain. Dan lebih menakutkan apabila kecantikan dan kehariamn wanita itu mampu menaikkan berahi lelaki ajnabi.
Dan yang paling penting, lelaki dan wanita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menundukkan pandangan. Semua ini disyariatkan agar tidak terjadi kerosakan di muka bumi.
Memakai gigi palsu emas dan braces
Demi kesihatan dan penampilan, gigi yang sudah tanggal boleh diganti dengan gigi palsu. Hari ini telah banyak gigi palsu yang digunakan dengan berbagai bahan, termasuklah emas.
Sebenarnya menampal atau menggunakan gigi palsu emas tidak dibenarkan jika untuk kecantikan. Bahan tampalan atau gigi palsu dari bahan emas hanya dapat digunakan untuk kesihatan, apabila ternyata seseorang tersebut tidak dapat menggunakan bahan selain emas.
Begitu huga dengan kegilaan ramai pada hari ini penggunaan braces untuk mencantikkan susunan gigi. Usaha ini hanya diharuskan apabila keadaan gigi mengganggu rutin harian seseorang atau ia mengaibkan dirinya. Maka hukumnya adalah harus.
Memakai pewarna kuku
Tak kurang ramainya muslimah minat menggunakan pewarna kuku. Nampak anggun dengan pelbagai pilihan warna menarik. Sebenarnya pewarna kuku kekal ini tidak boleh digunakan kerana cat atau lapisan berwarna yang disapukan telah menutup sepenuhnya kuku asal kita.
Pada saat seorang wanita berwuduk, maka pewarna kuku akan menghalang air untuk sampai pada bahagian jarinya, iaitu kuku. Jika ingin mewarnai kuku, gunakanlah inai.
Menyambung kuku buatan
Menyambung kuku buatan tidak diperbolehkan kecuali disebabkan kuku rosak atau pecah akibat masalah kesihatan. Tidak diperbolehkan bagi wanita muslimah untuk memasang kuku buatan demi kecantikan dan perhiasan semata-mata.
Mengikir gigi
Banyak orang yang melakukan teknik kikir untuk memperbaiki giginya yang kurang menarik. Akan tetapi, sebenarnya mengikir gigi termasuk perbuatan tidak bermanfaat dan mengubah ciptaan Allah. Itu sebabnya, mengikir gigi termasuk perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Berkuku Panjang
Menjaga kebersihan sangat diwajibkan dalam ajaran Islam. Di mana kebersihan sangat berkaitan dengan kesihatan. Tangan seseorang sangat dekat dengan kotoran, di mana setiap saat kita akan memegang atau menyentuh benda-benda yang kotor.
Setiap saat bakteria daripada kotoran melekat di hujung kuku yang panjang. Itu sebabnya memanjangkan kuku termasuk perbuatan yang dilarang di dalam agama Islam. Bahkan Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar para sahabat tidak membiarkan kukunya panjang lebih dari empat puluh hari.
Kasut tumit tinggi
Wanita yang memakai kasut tumit tinggi tidak dinafikan akan kelihatan cantik. Namun daripada segi kesihatan kasut tumit tinggi ini menyebabkan pembuluh darah di kaki menjadi bengkak.
Selain itu postur tulang belakang juga akan berubah; tendon achilles menjadi rosak, terjadi degenerasi pada persendian kaki dan lainnya.
Selain itu, apabila berjalan, pastikan kasut tersebut tidak mengeluarkan bunyi kuat yang menarik perhatian ramai.
Para ulama menyebutnya makruh. Dan hukumnya menjadi haram apabila ketika penggunanya berjalan, kasut tersebut mengeluarkan bunyi seperti alunan muzik.
Tatu di badan
Dalam dunia fesyan, tatu memang memiliki tempat tersendiri. Bahkan menurut Prof. Quraish Shihab, pakar tafsir Al-Quran, tatu sudah dikenal sejak zaman Rasulullah SAW. Akan tetapi, dalam Islam tatu dilarang keras. Rasulullah SAW mengutuk hal tersebut, bahkan orang yang mentatu tubuhnya akan mendapatkan laknat dari Allah.
Memakai susuk
Zaman sekarang mungkin tidak ramai yang memakai susuk, lantaran adanya teknologi moden menggantikannya. Namun sekiranya masih ada, ingatlah bahawa memakai susuk adalah haram sama sekali. Susuk merupakan cara mendapatkan kecantikan dan memikat lawan jenis dengan menggunakan perantara ghaib. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan menyekutukan Allah atau syirik.
Menyambung rambut
Sedangkan tidak menutup aurat adalah salah, apatah lagi sebarang usaha kecantikan menyambung rambut untuk menarik perhatian ramai. Jika ada rakan anda ingin merawat rambutnya dengan menggunakan teknik ini, maka tegahlah dia. Perbuatan ini dilarang dalam agama Islam kerana ia merupakan perbuatan berlebihan untuk mempamerkan kecantikan. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memakai tudung labuh menutup aurat.
Mencukur alis mata
Ramai wanita hari ini mengenakan alis mata palsu samada dengan melakarnya menggunakan pensil alis hinggalah menyulam alis menjadi fesyen. Ada juga yang mencukur dan mencabut sebahagian alis mata atas alasan untuk tampil tambah sempurna.
Sebenarnya dalam fekah Islam, perbuatan mencukur alis adalah diharamkan baik sebahagian ataupun keseluruhan samada wanita mahupun lelaki.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mimpi ialah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, atau deria lain ketika tidur terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.
Tidak semua mimpi itu benar kerana ada individu yang terpedaya dengan bisikan syaitan namun dirinya mentafsirkan mimpi itu sebagai benar dan kemudian berkongsi dengan orang ramai. Bahkan sebelum ini negara dikejutkan dengan penahanan tetua Perjalanan Mimpi Yang Terakhir atas nama Sittah Annur yang kini dibebaskan atas jaminan polis berikutan mimpi dikongsinya di media sosial.
Bagaimana mahu memastikan bahawa mimpi seseorang itu benar? Ikuti kupasan Dr Ahmad Sanusi Azmi mengenai mimpi yang dinasihati Rasulullah.
Tular baru-baru ini tentang seorang wanita yang mengakui pernah berjalan di sekeliling Arasy Allah, melihat ketinggian Allah, bercakap dengan malaikat malah Allah dikatakan memberitahu dirinya tentang zikir tertentu dan sebagainya. Ketahuilah bahawa Rasulullah pernah berpesan kepada kita bahawa mimpi ini ada tiga jenis.
Dalam sebuah riwayat yang direkodkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah bersabda:
“Dan mimpi itu tiga jenis, mimpi yang soleh iaitu berita gembira dari Allah. (Kedua) mimpi yang datang dari syaitan untuk mengundang rasa sedih manusia dan (keitga) mimpi yang datang dari dalam diri manusia sendiri. Sekiranya seseorang itu ternampak dalam mimpinya sesuatu yang tidak disukainya, maka bangunlah dan dirikanlah solat dan jangan diceritakan mimpi tersebut kepada manusia.” (HR Muslim)
3.Dalam hadis ini Rasulullah menjelaskan bahawa ada mimpi yang datang dari Allah. Ia seperti yang berlaku dalam peristiwa Nabi Yusuf dan mimpi Nabi Ibrahim. Mereka datang dengan syariat yang benar.
4. Manakala yang lebih membimbangkan adalah mimpi yang datang dari syaitan untuk menakut-nakutkan manusia bahkan menyesatkan manusia. Sudah menjadi tabiat syaitan itu untuk menjauhkan manusia dari al-Quran dan hadis. Kata Sheikh Salman Audah:
أحياناً الرؤيا في المنام قد تكون من الشيطان بحيث يترتب عليها اعتقاد عند الإنسان
“Dan terkadang mimpi dalam tidur itu datang dari syaitan di mana ia merencana sesuatu yang boleh membawa iktikad (kepercayaan) di sisi manusia.”
Seorang Arab Badawi pernah melihat mimpi yang buruk dalam tidurnya lalu dia mengadukan perkara ini kepada Rasulullah. Rasulullah lantas berpesan bahawa mimpi yang buruk jangan diceritakan dan jangan dilayan mainan syaitan dalam mimpi. Sabda Rasulullah:
“Jangan ceritakan kepada manusia tentang permainan syaitan dalam mimpi kamu.” (HR Muslim)
Dan andai sekiranya seseorang itu melihat mimpi yang baik, dia dinasihatkan agar hanya menceritakannya kepada orang yang dipercayainya sahaja atau meminta pandangan dan nasihat daripada orang alim yang mempunyai ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.
“Jangalah kamu menceritakan mimpi kamu melainkan kepada orang yang alim atau orang yang nasih (yang memberi nasihat kepada kebaikan). (HR al-Tirmizi)
Sebagai orang awam, bagaimana pula kita boleh mengetahui samada mimpi seseorang yang menceritakan kepada kita itu adalah mimpi yang benar? Dalam perkara ini kita boleh menilai sosok peribadi seseorang itu sendiri. Seandainya dia orang yang soleh dan sentiasa berkata benar dan jujur, maka ada kebarangkalian mimpinya itu adalah benar. Namun andai sekiranya dia tidak menampakkan ciri orang yang soleh, dan mengajak manusia kepada kesesatan, maka ada kebarangkalian dia berdusta.
Mimpi juga bukanlah sesuatu yang boleh dibangunkan daripadanya hukum syariat. Sesungguhnya syariat Allah telah sempurna. Ini dijelaskan berdasarkan firman Allah dalam firmannya:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (Surah al-Maidah: 3)
Atas dasar itu Sheikh Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa pensyariatan melalui mimpi hanya dikhususkan kepada para Nabi sahaja. Kata beliau:
لا اعتماد على رؤية المنام في غير حق الأنبياء عليهم الصلاة والسلام
“Tiada sandaran buat kita untuk menerima mimpi (sebagai penghujahan) melainkan hak yang ditentukan kepada para Nabi AS.
Oleh yang demikian, kita hendaklah meneliti dahulu cerita mimpi yang disampaikan kepada kita. Bertanyalah kepada orang yang soleh lagi alim sekiranya disampaikan kepada kita tentang sesuatu mimpi dan berpegang teguhlah kepada ajaran al-Quran dan hadis yang telah sempurna, sebagai panduan buat diri kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Standard pematuhan mengenai kesalahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kegagalan mematuhi undang-undang ditetapkan membolehkan individu disaman sebanyak RM1000.
Disaat ramai mengeluh kerana ketiadaan duit dan sebagainya, mungkin ramai yang mengabaikan bayaran denda ini dan mengharapkan saman itu berlalu begitu sahaja. Boleh ke dari sudut perundangan, kita mengabaikan bayaran denda ini? Peguam Hasif Hasan mengulas isu ini yang perlu kita faham dan tahu.
Baca catatannya :-
Rakan fb menghubungi saya bertanyakan mengenai kesalahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang telah beliau lakukan.
Terdapat tawaran kompaun sebanyak RM1000 ditawarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh beliau disaman di bawah Seksyen 25 Akta yang sama.
Soalannya apa akan berlaku sekiranya beliau tidak mampu membayar atau tidak boleh membayar kompaun tersebut selepas berakhirnya tempoh 14 hari.
Jawapan saya.
Setelah berakhir tempoh tawaran kompaun selama 14 hari, maka pihak yang mengeluarkan saman boleh memfailkan kes di mahkamah.
Tarikh bila yang disaman perlu hadir ke mahkamah perlu dimaklumkan oleh pihak pendakwa kepada pihak yang disaman.
Di mahkamah, orang yang disaman masih boleh membuat rayuan kepada Majistret dan memohon agar kadar denda dapat dikurangkan berdasarkan alasan alasan yang munasabah dan sesuai.
Berapa jumlah denda yang bakal dikenakan di luar pengetahuan saya cuma denda (sekiranya dikenakan oleh mahkamah) mungkin RM1000 atau kurang.
Orang yang disaman juga perlu memohon kepada mahkamah agar tiada hukuman berbentuk pemenjaraan dikenakan terhadap beliau dan satu hukuman denda seminima atau sekurang mungkin dikenakan.
Sekian.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pasti ramai dalam kalangan kita yang selalu memberi makan kepada kucing jalanan yang mundar-mandir di kawasan rumah. Apatah lagi jika seseorang itu pencinta haiwan,...