Waktu Paling Agung Berdoa Ialah Pada Hari Arafah, Mustajab Doa Diperkenankan

Share

Puasa Hari Arafah adalah disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan haji. Ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan Abu Qatadah, Nabi S.A.W bersabda:-

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”(Hadis Riwayat Muslim, no.1162)
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata Al-Sarkhasi: –

“Adapun tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni. Para ulamak berbeza pendapat mengenai makna penghapusan dosa pada tahun sesudahnya (tahun depan).

Sebahagian mereka mengatakan, maknanya adalah bila seseorang melakukan maksiat pada tahun itu, Allah S.W.T akan menjadikan puasa pada Hari Arafah yang dilakukan pada tahun lalu itu sebagai penghapus dosanya, sebagaimana ia juga menjadi penghapus dosa pada tahun sebelumnya. Sebahagian ulamak lain mengatakan bahawa maknanya ialah Allah S.W.T menjaganya daripada melakukan dosa pada tahun hadapannya” [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/381].

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, hari Arafah juga adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Daripada Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:-

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah:-

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

(Hadis Riwayat al-Tirmizi no. 3585, Hadis Hasan)

Jangan lupa untuk berpuasa. Semoga Allah ‘tenggelamkan’ dosa kita dengan tenggelamnya matahari tergelincir.

IKLAN